Jam menunjukkan tepat pukul lapan malam. Ini bermaksud sudah lima jam mereka menunggu khabar berita tentang Puan Dahlia. Namun, masih tiada lagi sehingga sekarang. Mereka setia diruang menunggu hospital.
"Papa, lama lagi ke nenek bangun?" tanya Damia sayu kepada Harraz.
Harraz menarik kepala Damia yang disebelahnya sebelum dikucup lembut.
"Sabar ya sayang? Kita tunggu nenek sama-sama," ujar Harraz.
"Damia kasihan kat mama," kata Damia lalu melihat wajah polos Delisya di hadapan mereka yang sedang tidur di atas kerusi bertemankan air mata yang masih bersisa. Tudung sarung yang Delisya pakai susah senget-benget jadinya.
"Papa pun sama tapi kita bagi mama masa untuk tenangkan fikiran ya? Eh, Dania dengan Daffwa dengan granny ke?" tanya Harraz kepada Damia. Rambut panjang Damia dibelai kasih.
"Haah, Dania dan Daffwa dengan nanny dan granny. Tadi Daffwa menangis jadi granny kata biar granny yang jaga adik tak mahu ganggu ibu," terang Damia dalam dakapan Harraz.
Harraz mengangguk faham. Dia ada menghubungi Datin Halimah dan Dato Harris tentang keberadaan dan kesihatan Puan Dahlia tadi petang. Tanpa bertanya panjang, mereka segera ke hospital.
Kelihatan Delisya sedang menggosok-gosok matanya.
"Abang? Abang! Ibu dah bangun ke? Boleh Isya jenguk ibu sekarang?" sergah Delisya sambil menuju ke bilik di mana Puan Dahlia ditahan.
"Eh ayang, belum lagi. Sabar ya? Kita doakan semoga ibu akam sedar sekejap je lagi. Ni, ayang nak makan tak? Abang pergi belikan apa-apa. Dari tadi petang ayang tak makan lagi nanti perut tu kosong," pesan Harraz sekaligus menghalang Delisya yang mahu menerjah bilik pesakit.
"Isya nak ibu... Isk isk isk." Sejurus itu Harraz membawa Delisya masuk ke dalam dakapannya. Tubuh belakang Delisya diusap-usap bagi meredahkan tangisan.
"Ayang, jangan macam ni. Abang tahu ayang kuat kan? Ayang duduk dulu sekejap abang pergi beli makanan ya?" Pipi Delisya dipegang sebelum cecair jernih itu diseka menggunakan ibu jarinya.
Tubuh Delisya dibawa ke kerusi itu semula. Damia terus mendapatkan ibunya lalu memeluk Delisya dari tepi. Delisya turut membalas pelukan anak pertamanya. Baru dia teringat akan Daffwa dan Dania.
"Daffwa dengan Dania kat mana?" soal Delisya membuatkan Harraz berpaling.
"Ayang jangan risau, anak-anak dengan mummy dan daddy. Dorang tolong jagakan, tak silap ayah dengan Daniel pun ada sekali." Harraz tersenyum tipis.
Delisya mengangguk perlahan. Dirinya ternyata tidak terurus mujurlah dia tidak boleh solat kalau tidak pasti dia sudah tertinggal solat maghrib.
"Hah, panjang umur," ujar Harraz seraya melihat kelibat Datin Halimah yang mendukung Daffwa, Dato Harris, Daniel dan Encik Danish bersama Dania.
Delisya mengelip matanya berkali-kali memandang mereka. Ini rombongan meminang ke apa?
"Kami saja duduk jauh sikit sebab tak nak ganggu tidur Isya, kasihan Isya letih sangat menangis," jelas Datin Halimah tatkala memandang wajah Delisya yang blur.
"Eh tak ada la, mana ada ganggu. Mummy, daddy duduklah dulu susah-susah je datang sini," pelawa Delisya. Matanya turut dihalakan kepada Encik Danish dan Daniel untuk duduk sama.
"Apa pula susah, ibu Isya kan masuk hospital mestilah kita orang datang." Datin Halimah tersenyum lagi.
Delisya mendekati Datin Halimah untuk mengambil Daffwa dalam dukungan mama mentuanya. Dia mengusap pipi gebu Daffwa yang sedang tidur. Dania yang disebelahnya juga dibelai sayang.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...