"Dania? Kenapa ni , sayang? Dania tak sihat ke?" tanya Delisya setelah masuk ke dalam bilik. Tangannya naik ke dahi Dania yang sedang terbaring lemah.
"Ania otey mama ( Dania okey la mama )," balas Dania perlahan.
"Ye ke okey ni? Macam lemah semacam je badan Dania ni. Nak kata demam, badan tak panas pula." Berkerut dahi Delisya.
Dania hanya diam dan memandang Delisya sayu.
"Dania betul ke tak apa-apa? Dania sakit kat dalam ke? Ada rasa tak selesa? Ada rasa nak muntah?" soalnya sekali lagi. Tidak pernah Dania berkeadaan lemah seperti ini. Selalunya Dania mesti terlebih gula.
"Ya mama, Ania otey. Mama angan icau ( Ya mama, Dania okay. Mama jangan risau )," tutur Dania untuk menyedapkan hati ibunya.
"Hm... Kalau macam tu Dania rehat dulu okey? Mama nak pergi ambil kakak dulu," ucap Delisya lalu mengucup dahi Dania lembut. Kepala Dania dibelai sayang sebelum berlalu pergi.
Melihat sahaja Delisya sudah keluar dari bilik. Dania mencebik bibirnya.
"Ania minta maap mama ( Dania minta maaf mama )," luahnya sayu.
"Adik! Kakak dah balik! Jom kita main, ajak Damia ceria kepada Dania tanpa melihat wajah lesu adiknya. Beg sekolah diletakkan di atas meja berhampiran.
"Akak!" jerit Dania pantas memeluk kakaknya erat.
Damia terkedu.
"Dania kenapa ni? Hey, hey... Kenapa Dania nangis ni?" soal Damia panik tatkala melihat Dania yang sudah menangis teresak-esak dalam dakapannya.
"A...Ania isk isk isk a...kit isk isk isk akak ( D... Dania isk isk isk s...sakit isk isk isk kakak )," jawabnya bersama tangisan.
"Hah? Sakit? Sakit kat mana? Beritahu kakak apa yang dah jadi ni," pujuk Damia lalu menepuk perlahan belakang badan adiknya untuk meredakan tangisan.
"N.. nenek isk isk isk."
"Nenek? Kenapa dengan nenek? Kakak tak faham. Cerita kat akak cepat, " desak Damia.
"Nenek, ita at mana ni? ( Nenek, kita kat mana ni? )', tanya Dania sambil memimpin tangan neneknya.
"Kita kat taman bunga nenek. Cantik kan? Dania suka tak?" soal Puan Dahlia mesra.
"Uka angat! Ania uka engok bunga-bunga at ana tu ( Suka sangat! Dania suka tengok bunga-bunga kat sana tu )," kata Dania teruja berlarian anak menghampiri bunga-bunga milik Puan Dahlia.
Tiba-tiba dia terasa seakan tubuhnya ditolak dari belakang menyebabkan dia jatuh tersungkur lalu kepalanya terhantuk kuat pada lantai yang berbatu bata itu. Darah menitik-nitik membasahi kepalanya.
"Ya Allah Dania! Apa nakal sangat ni? Itulah lain kali jalan tu hati-hati," bebel Puan Dahlia sambil tersenyum herot.
"Sini kita masuk dalam. Nenek nak cuci luka kat kepala Dania." Dia menarik tangan Dania lalu dibawa masuk ke rumah.
"Auu auu! Nenek akit! ( Auu auu! Nenek sakit! ),"'jerit Dania menahan pedih apabila ubat luka itu disapu pada bahagian dahinya yang berdarah.
"Kau ni! Boleh diam tak? Aku tengah cuci luka kau ni dah kira bagus kau tahu? Lain kali tak payah lari-lari kan dah jatuh dah!" Puan Dahlia tiba-tiba menengking.
Dalam keadaan tercebik Dania berkata sesuatu.
"Tapi, Dania tak jatuh. Nenek tolak Dania."
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomansaDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...