"K...ka..kau... K..kau.." Tergagap-gagap Harraz. Dia seperti mahu pengsan dengan apa yang dilihatnya sekarang ini.
"Aisyah Maisarah!"
"Yes, but nope. I am Alya Malissa." Dia mengangkat kening tinggi sambil menyilangkan tangan.
Sekali lagi Harraz terpanar dengan nama yang disebut tadi. A..Alya? Alya Malissa? Dia menggeleng kepala tidak percaya. Tak mungkin! Tak!
"Huh, kau tak payah terkejut sangatlah Harraz Zafran a.k.a my stupid bos." Aisyah menghamburkan tawa jahat.
Delisya ketandusan kata. Dia kenal gadis ini, Aisyah Maisarah selaku pembantu peribadi suaminya serta dia juga pernah bersemuka dengan gadis ini di pejabat Harraz dan ketika majlis akad nikahnya dulu. Delisya turut terkejut dengan penampilan gadis ini. Jika sebelum ini dia mengenali Aisyah Maisarah dengan berpakaian sopan santun, bertudung lingkup dan berbudi bahasa. Jauh sama sekali jika dibandingkan dengan penampilan Aisyah di hadapannya ini. Rambut terurai panjang, baju dan seluar yang ketat. Ini diibaratkan seperti dua badan yang berlainan namun mempunyai wajah yang sama.
Harraz masih lagi diam tidak berkutik. Dia seolah-olah sedang berada dalam dunianya sendiri. Nama Alya Malissa itu mengganggu fikirannya.
"Asal kau diam? Tadi bukan main tunjuk taring." Aisyah tersenyum sinis.
"Ap..apa k..kaitan kau dengan.. Al..Alya Malissa?" soal Harraz tergagap-gagap.
Delisya mengerutkan dahi. Ah sudah, siapa pula Alya Malissa ni? omel hatinya.
"Nampaknya kau masih kenal nama tu. Ingatkan sebaris nama tu sangat hina bagi kau," perli Aisyah.
Harraz terdiam sejenak. Kata-kata itu sungguh membuatkan dia terasa sesuatu. Otaknya masih lagi mencerna hubungan Aisyah Maisarah dengan Alya Malissa. Takkan la dua nama ini adalah orang yang sama? Bagaimana dan mengapa? Harraz bermain teka teki.
"Sekarang aku puas tengok kau dalam genggaman aku walaupun selama ini hati aku sakit sebab kau pernah buang aku macam sampah!" herdik Aisyah.
Harraz semakin dilanda kekeliruan. Kata-kata yang dilontarkan Aisyah seolah-olah dia sedang berada dalam badan seseorang. Ya, Alya Malissa.
"Ak..aku tak faham. Kau.. Kau Aisyah kan? Macam mana kau kenal Alya?" Harraz bertanya ingin menghapuskan kekeliruan dalam dirinya.
"Betul kau nak tahu?" Aisyah mendekati Harraz.
Harraz meneguk air liur nya perlahan sebelum mengangguk. Aisyah tersenyum herot sebelum memusingkan tubuhnya ke arah bertentangan dengan mereka.
"Alya! Kau ni lambat la kau tahu tak kelas dah nak start?" bebel Cempaka sambil bercekak pinggang.
Alya Malissa tersengih.
"Ala kau ni, lambat lima minit je. Lagipun lecturer belum sampai kan?" Alya membela diri. Buku notanya dikeluarkan dari beg.
"Alya, tengok tu." Cempaka memuncungkan bibirnya ke hadapan. Alya yang sibuk menulis terganggu apabila tangannya disiku oleh Cempaka.
"Apa dia?" Alya melihat mulut muncung Cempaka yang ke hadapan. Eh, dia ni nak cium orang ke? getus hatinya. Matanya dibawa jua perlahan-lahan ke hadapan.
Matanya tiba-tiba tidak boleh berkelip. Jantungnya berdebar-debar.
"Handsome kan lelaki yang pakai baju biru tu?" Cempaka menoleh memandang Alya yang bagai dipukau.
Alya masih leka merenung wajah tampan lelaki itu. Kelihatan dia sedang meletakkan buku-buku di atas meja bersebelahan dengan papan putih.
"Oi, sengal! Kau dah kenapa?" sergah Cempaka.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...