꧁ SL 63 ꧂

57 8 2
                                    

"Aku maafkan kau," ujar Adrian ikhlas. Bibir meniti sebuah senyuman manis.

Harraz mengangkat wajah. Dia terkedu seketika. Mata dialihkan menatap wajah Adrian dengan penuh harapan.

"Kau... Kau maafkan aku?" soal Harraz tidak percaya.

Kelihatan Adrian mengangguk perlahan.

Harraz lantas bangun sebelum memeluk erat tubuh kawan baiknya. Adrian hanya membiarkan sahaja Harraz memeluknya. Tangannya juga naik mengusap belakang tubuh Harraz.

"Terima kasih banyak bro, aku... Aku bersyukur sangat sebab kenal dengan kau, mulia sungguh hati kau. Aku menyesal dan aku tak akan sesekali ulang kesilapan aku lagi. Aku minta maaf sangat," tutur Harraz. Perkataan maaf berkali-kali diucapkan.

Adrian hanya diam sambil tersenyum. Jelas terpancar riak kekesalan pada wajah Harraz.

"Dah, kau ni macam budak-budak la. Benda dah lepas dah pun tak usahlah kita ungkit lagi," kata Adrian seraya meleraikan pelukan.

Harraz kini tersenyum. Wajahnya yang tampan itu agak kemerahan sedikit kerana menangis.

"Kau anggap je la benda tu tak pernah berlaku dalam persahabatan kita, ya?" Adrian menepuk bahu Harraz perlahan.

Harraz mengangguk comel sebelum mengesat air mata yang masih bersisa. Kelakuan Harraz ibarat anak kecil yang dimarahi oleh ayahnya.

"Ni, kau datang sini memang semata-mata nak minta maaf je ke?" Adrian membuka topik.

"Em... Haah, sebab aku rasa tak tenang selagi tak dapat kemaafan dari kau," terang Harraz.

"Lah, ingat nak belanja aku makan." Adrian tersenyum sumbing sebelum duduk semula d atas kerusinya.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Aku boleh je nak belanja kau makan, ala macam tak biasa la kau ni. Eh, sekarang dah waktu lunch kan? Apa kata kita lunch sekali? Ajak Delisya dengan Adriana, nak tak?"

Adrian menelan air liur. Adriana? Punggungnya tiba-tiba terasa panas dan tidak sedap duduk. Alergi mungkin mendengar nama Adriana.

"Kau dah kenapa macam cacing kepanasan? Haip... Kau malu ek bila aku sebut nama Adriana? Ele, macam la aku tak tahu kau simpan perasaan kau dekat Adriana. Macam ni la, serius aku kata masa inilah kau kena rebut peluang untuk pikat hati dia. Kau kan gentlemen bro, luahkan apa yang kau rasa. Kita tak tahu dalam hati dia ada apa kan? Tak salah mencuba," nasihat Harraz bersungguh-sungguh.

"Tapi... Aku takut la kalau dia..."

"Reject kau? Ah, tu semua belakang cerita. Sekarang ni kau nak Adriana ke tak?" tanya Harraz tenang.

Adrian mengangguk laju. Amboi, tadi alergi sangat.

"Okey, jom." Tangan Adrian terus ditarik untuk keluar daripada bilik tersebut. Adrian yang terpinga-pinga hanya menurut sahaja.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Terima kasih Raz sebab belanja lunch hari ni," ucap Adriana tersenyum manis sambil menyuakan garpu mi goreng ke dalam mulutnya.

"Ala, small matter. Dah lama kita tak lepak macam ni kan sejak aku dah dapat buah hati pengarang jantung aku ni," usik Harraz.

Berona merah wajah Delisya dibuatnya. Ada ke patut cakap macam tu depan bos? Sempat Delisya mengomel dalam hati.

"Haah, untung la kau dah dapat cinta hati kau hm, aku ni..." Adrian terjeda. Mulut ditampar perlahan kerana hampir sahaja dia meluahkan perasaannya.

Delisya dan Harraz berpandangan. Kemudian satu senyuman senang terukir pada bibir mereka. Adriana yang kesedapan hanya meneruskan makanannya tanpa memperdulikan mereka yang sedang bermain mata.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now