"Isya! Laju gila kau ni, tunggu la aku!" jerit Adriana tercungap-cungap.
"Heh kau ni lembab betul. Hah itulah pakai lagi baju bunga-bunga cinta dengan topi besar kedabak! Kan berat dah badan kau tu!" bebel Delisya sambil berpaling ke Adriana jauh di belakang.
"Ala kau tu dengki dengan baju aku! Huh!" Adriana membalas lagi.
"Tak ada masa aku nak dengki dengan kau! Pandai-pandai la kau hidup kat situ, aku gerak lu. Cau!" Delisya berpaling dan terus memecut meninggalkan Adriana.
"Tak guna punya kawan, nasib baik aku tengah penat kalau tak, memang aku dah sepak kau jauh-jauh." Adriana mendengus.
Adriana menyandang beg tangannya yang mula terjatuh. Menyesal pula dia membawa beg bersamanya.
Tanpa dia sedari, ada seseorang sedang berjalan dari belakang sehinggalah..
"Oi! Pencuri! Ya Allah, beg aku!" jerit Adriana kuat.
Pencuri itu terus pecut melarikan diri bersama beg tangan Adriana. Adriana turut sama berlari mengejar pencuri tersebut. Tiba-tiba laju kakinya berlari.
"Beg aku! Bagi balik! Ada orang tak kat sini? Tolong! Tolong!" Adriana teriak lagi sambil berlari. Namun, kekuatan kaki nya tidak dapat mengejar pencuri yang agak jauh di hadapannya. Dia terhenti kerana berasa semput.
Adriana menunduk lemah. Dalam hati sudah menyumpah seranah dirinya kerana membawa beg tangan. Dah la ada ic, duit, telefon semua kat dalam tu, luah Adriana dalam hati.
Buk!
Adriana terus mendongak ke hadapan tatkala telinganya menangkap satu bunyi. Kelihatan pencuri itu sudah jatuh tersungkur di atas jalan raya taman.
"Le..lelaki tu..."
"Cik, okey? Ini dia beg Cik." Lelaki itu berkata sambil bergerak ke arah Adriana. Dia menghulurkan beg tangan itu kepada Adriana. Riak wajahnya kelihatan sedikit risau.
Adriana mengangguk lambat-lambat. Huluran lelaki itu juga disambut. Lelaki itu menghembus nafas lega.
"Nasib baik hati saya terdetik nak jogging kat kawasan sini. Cik, lain kali jangan jogging kat sini. Kawasan ini sunyi tiada orang. Bahaya untuk Cik." Lelaki itu memesan. Dia menghulurkan botol mineral kecil di tangannya.
Adriana menyambut dengan berat hati. Sejujurnya dia memang haus, ditambah lagi ketika dia berlari mengejar pencuri tadi.
Setelah meneguk air itu, Adriana kembali tenang. Dia mengukir senyuman.
"Terima kasih banyak, Encik."
Lelaki itu membalas senyuman Adriana.
"S..saya nak tanya Encik, boleh?" Adriana bertanya.
Lelaki itu berkerut sebelum mengangguk.
"Encik yang dengan kawan saya Delisya kat restoran haritu, kan?"
Dia terpanar mendengar sebaris nama itu.
Adriana berkelip-kelip. Bukan dia kot?
"Erm... Tak apa la Encik tak kenal kot, saya salah orang rasanya. Saya minta diri dulu..."
"Eh, tunggu." Lelaki itu menahan Adriana.
"Kenal. Delisya.. Sofhia, kan?" Harraz tersenyum kecil.
"Jadi betullah Encik orangnya?" Adriana menyoal untuk kepastian.
Harraz mengangguk.
"Saja je tanya, nak bagitahu yang saya kenal Encik masa Encik dengan Isya kat restoran haritu. Saya kawan Isya, dia ada dengan saya tadi tapi dia dah tinggalkan saya jauh kat depan sana." Panjang lebar Adriana menerangkan. Harraz terangguk-angguk lagi.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...