꧁ SL 27 ꧂

94 40 93
                                    

Delisya merenung sayu sekujur tubuh yang terlantar di atas katil hospital tidak sedarkan diri sejak tadi. Terasa baru sahaja dia dan Puan Dahlia berbual dan meluangkan masa bersama. Tidak sangka Puan Dahlia akan dimasukkan ke hospital seperti ini. Baru sahaja ingin mendapat belaian kasih sayang daripada seorang ibu, malah sudah ditimpa musibah yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Damia dan Dania pula hilang entah ke mana. Selepas ini dia mahu membuat laporan polis.

Renungan terhenti apabila telefon bimbit berdering dari dalam beg tangannya. Sebelah tangan menyeluk ke dalam beg untuk mengambil telefon.

Harraz Zafran is calling...

Delsiya mengerut. Mengapa lelaki ini menghubunginya? Dia menggesek ikon hijau.

"Hello." Suara kedengaran serak akibat terlalu banyak menangis. 

"Hello Delisya! Awak kat mana sekarang?" sembur Harraz terlebih dahulu.

"Saya kat Hospital Tun Razak ni, ibu saya masuk hospital. Damia dan Dania saya tak tahu kat mana. Puas saya tanya semua tapi mereka tak tahu. Saya ingat saya nak buat laporan polis." Delisya menggigit bibir bawah berusaha  menahan tangisan.

"Tak! Tak perlu! Sebab mereka ada  dengan saya sekarang. Mereka ditahan dekat hospital yang sama dengan awak! Awak datang cepat ke second floor!" Suara Harraz sudah dinaikkan satu oktaf.

Delisya terkesima. H..hos..pital?

"M...macam mana m..merka k..kat hos..pital? Apa yang terjadi Harraz?!"Delisya pula menjerit. Satu lagi berita malang menimpa dirinya.

"Nanti saya cerita semua tu. Awak datang sekarang, mereka masih belum sedarkan diri," beritahu Harraz lembut.

"B...baik s...saya pergi sekarang."  Dia mematikan talian lalu tergesa-gesa ke tingkat dua.

"Damia, Dania!" pekik Delisya bersama tangisan yang semakin mendayu tatkala memandang dua insan yang terbaring lemah dengan wayar yang berselirat di atas katil hospital.

"Delisya, sabar... Kita doakan semoga mereka sedarkan diri ya?" Harraz yang berada di sisi Delisya cuba untuk menenangkannya.

"Kenapa semua ni jadi? Ibu saya dipukul, anak-anak saya kena tahan, apa sebenarnya yang berlaku? Saya tak kuat awak." Tangisan Delisya semakin menjadi-jadi.

"Awak kena tenang dulu, saya akan bagitahu apa yang berlaku selepas ini. Sekarang kita tunggu keadaan Damia dan Dania stabil." Harraz memujuk Delisya lagi sekali.

Kelopak mata Damia perlahan-lahan terbuka. Dia melihat keadaan sekeliling.

"M...m.a..ma." Damia bersuara tersekat-sekat.

"Damia! Alhamdulillah!" ucap Delisya laju meluru ke arah tubuh kecil itu lalu dipeluknya erat bersama tangisan.

"Mama, jangan....lah....nan...ngis. Damia dah se....dar ni. A...dik, oh.... a...dik bangunlah. Mama a...da d...e...ngan k....ita," panggil Damia separuh maya pada Dania yang masih menutup mata disebelahnya.

"Shhh... Sayang rehat ya? Jangan banyak bercakap nanti Damia penat." Angguk. Delisya mencium dahi Damia lalu menutup matanya membiarkan air mata mengalir dengan derasnya.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now