"Assalamualaikum, awak dari syarikat Bumi Gemilang, kan?" soal Delisya kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu mengangguk. Delisya kemudian melabuhkan punggung di atas sofa restoran yang bertentangan dengan lelaki tersebut.
"Damn, you look so gorgeous girl," ucap lelaki itu tiba-tiba. Bibirnya juga terukir senyuman nakal.
Delisya terkulat-kulat. Dia berasa tidak selesa dengan renungan lelaki itu, mahu sahaja dia pergi dari situ namun apabila memikirkan tujuan dia ke sini, dibatalkan niat itu.
"Thank you. Shall we start our meeting sir?" Delisya mengalih topik.
"You tak nak order minuman dulu ke? Kita sembang-sembang la dulu..." Tangannya diletakkan bawah dagu sambil memandang wajah Delisya. Satu per satu wajah itu ditilik.
Delisya mengerut dahi.
"Encik, saya ke sini untuk bincangkan hal mengenai projek syarikat saya yang akan bekerjasama dengan syarikat Encik. Bukan nak minum-minum," balas Delisya geram.
Lelaki itu tertawa kecil. Jelas menampakkan 'jawline' nya.
"Calm down, girl. You kenapa marah-marah ni? I cuma nak berkenalan dengan you je." Tangan Delisya di atas meja cuba diraih.
Delisya pantas elak dan terus bangun. Nafasnya tercungap-cungap.
"What the hell are you doing? Siapa izinkan awak untuk pegang tangan saya? Saya ulang semula, saya di sini sebagai wakil dari syarikat AZ Holdings untuk bekerjasama dengan syarikat Encik! Bukan untuk berfoya-foya dengan dengan Encik!" Delisya membentak.
Lelaki itu tersenyum sinis. Dia kemudian bangun dan berdiri tepat di hadapan Delisya.
"Bukan syarikat i tapi syarikat daddy i."
Delisya menjeling.
"Dah tu buat apa Encik kat sini? Kalau Encik kat sini sekadar untuk menggantikan ayah Encik, tak berminat langsung nak bincang tentang projek ni baik saya balik dulu! Saya tiada masa la nak layan lelaki gatal macam Encik!" herdik Delisya menikam tepat ke dalam anak mata kelabu lelaki itu.
"Cool... Siapa kata i tak berminat? I berminat apa, cuma sebelum tu kita berbual-bual la dulu... I nak kenal dengan you..." Lelaki itu mendekatkan jaraknya dengan Delisya. Matanya melilau memandang tubuh Delisya.
Delisya mengundur ke belakang. Tubuhnya semakin menggigil apabila lelaki itu bergerak setapak demi setapak ke arahnya. Delisya memandang keadaan sekeliling cafe bagi meminta bantuan namun tiada sesiapa yang kelihatan.
"Kau nak buat apa hah! Jangan sentuh aku!" Delisya memberi amaran sambil mengundur. Lelaki itu hanya memekakkan telinga kerana nafsu sedang menguasai dirinya. Lidahnya sesekali menjilat bibir.
Kepala Delisya terhentak pada dinding di belakangnya. Jalan mati!
"T..tolong jangan apa-apakan aku.. Tolong." Delisya merintih, pipinya sudah basah dengan air mata. Tidak henti-henti dia berdoa semoga ada sesiapa yang dapat membantunya.
Mata kelabu itu semakin dekat dengan tubuh Delisya. Bibirnya tersenyum suka.
Buk!
"Tak guna!"
Delisya terkaku. Dia menekup mulut kerana terkejut. Lelaki itu sudah jatuh rebah di lantai, kepalanya juga berdarah. Mungkin terhentak pada buju meja.
"Awak okey? Awak tak apa-apa kan?"
Delisya bagai dipukau, kepalanya mengangguk.
"Jom, kita keluar dari sini. Tempat ni bahaya untuk awak."
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomantizmDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...