"Assalamualaikum... Daniel bawa nasi beriani ni! Daniel baru lepas balik dari kenduri kahwin, ni yang tapaukan sikit untuk Kak Isya, Damia, Dania dan ibu. Buka la pagar cepat, panas la!" Daniel menjerit sambil menekan punat lonceng berkali-kali.
Sepi. Daniel menjenguk pula ke dalam rumah. Matanya dikecilkan sedikit untuk melihat gerangan yang terbaring kaku di atas lantai. Setelah 1 saat 2.5 detik, matanya membulat seperti bola sepak apabila sudah mengecam figura itu adalah ibunya. Dia membuang nasi tersebut lalu pantas dia memanjat pagar seperti monyet yang baru belajar memanjat. Kemudian dia berlarian pula seperti dikejar anjing meluru ke arah ibunya yang tidak sedarkan diri. Paling mengejutkannya adalah mulut Puan Dahlia yang sudah terkeluar buih-buih putih.
"Ya Allah! Ibu? Apa dah jadi dengan ibu?! Akak!Damia! Dania!" Daniel memanggil kuat nama-nama itu namun hampa hanya dilalu oleh cengkerik. Dia kemudian menampar perlahan beberapa kali pipi Puan Dahlia. Apabila tiada respon, lantas Daniel mendail nombor telefon Delisya dalam keadaan menggeletar.
The number you have dialed is unavailable, please try again later.
"Ish! Aku nak dengar suara kakak aku bukan suara kau la!" Daniel mendengus.
Dia mendail nombor Delisya sekali lagi tetapi panggilan tersebut terus ke peti suara.
Daniel meraup wajah kasar. Sejurus itu cepat-cepat dia mencepung tubuh Puan Dahlia dan membawanya keluar dari rumah itu dan meluncur laju menuju ke hospital yang terdekat.
"Macam mana keadaan ibu saya doktor? Kenapa boleh jadi macam ni? Apa yang menyebabkan ibu saya boleh pengsan tiba-tiba?" bertubi-tubi dia tanya kerana risau sedang menguasai dirinya.
"Sebelum tu saya nak tanya. Ibu encik ada sakit apa-apa tak?" soal doktor yang dikenali sebagai Doktor Raihana.
"Err, saya tak berapa pasti la doktor. Ibu saya ada penyakit serius ke?" cuak wajah Daniel.
"Mengikut laporan kesihatan ibu awak, ibu awak mengalami darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi." Doktor Raihana berhenti sebentar.
"Oleh kerana hipertensi ibu awak terlalu tinggi ia menyebabkan sakit kepala yang tiba-tiba muncul, ketiadaan koordinasi membuatkan hilangnya keseimbangan badan. Selain itu, ibu awak juga mengalami sakit jantung secara mengejut semasa kejadian kerana berkemungkinan ibu awak masa itu berada dalam keadaan marah, terkejut atau stres sehingga menyebabkan tekanan darahnya meningkat secara mendadak. Oleh sebab itu.." penjelasan doktor itu terhenti.
"Sebabnya? Kenapa doktor?" soal Daniel mula panik.
"Ibu encik terkena serangan strok. Sebahagian daripada badan dia lumpuh sebelah kiri. Buat masa ni, dia susah untuk berjalan dan bercakap. Dengan izin tuhan, dia boleh kembali pulih sekiranya dijaga dengan rapi. Dalam masa beberapa hari mungkin dia boleh keluar tetapi mesti bergantung dengan keadaanya. Diharap keluarga encik dapat bersabar," maklum Doktor Raihana sebelum pergi.
Daniel terkedu. Ibu... strok?
"Ibu..." rintih Daniel setelah masuk ke dalam wad di mana Puan Dahlia ditahan. Luluh hatinya tatkala melihat ibunya yang terbaring kaku bersama mulut yang sudah terherot ke kiri.
"Kenapa boleh jadi macam ni, ibu?" Daniel bertanya sambil meraih tangan Puan Dahlia yang sedang memandang ke arahnya.
"Ni shemua ebab empuan tsu ( Ni semua sebab perempuan tu)." Bersusah payah dia berkata.
Daniel tidak dapat menangkap butir perkataan yang dilontarkan ibunya.
"Hah? Apa ibu?" Dia mendekatkan pula telinganya pada bibir Puan Dahlia agar dapat didengar dengan jelas.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...