꧁ SL 9 ꧂

156 64 17
                                    

"Good morning mummy, daddy," sapa Harraz sambil menuruni anak tangga rumahnya.

"Good morning, Raz. Amboi lambat bangun, mimpikan siapa tu?" usik Datin Halimah yang sedang mencedok nasi goreng ke pinggan suaminya.

"Ish, nak mimpi siapa pula, mummy ni ada-ada je la. Oh ya, malam nanti lepas solat Isyak macam tu Harraz keluar jumpa kawan. Jadi, malam nanti tak payah simpankan makanan untuk Raz, Raz makan kat restoran." Usai berkata, dia mencapai sekeping roti di atas meja.

Dato Harris hanya diam dan mendengar. Tidak berniat mahu menyampuk perbualan anak beranak itu.

"Okey, tapi.. siapa kawan Raz tu? Lelaki ke atau... perempuan?" Datin Halimah sambil mengangkat kening kanannya.

"Mestilah lelaki, mummy. Raz mana ada kawan perempuan." Harraz menyambung kunyah.

"Raz, Raz.. Kamu tu kenalah berkawan dengan perempuan, manalah tahu boleh buat isteri, kan? Kalau Raz tak ada kawan perempuan sekalipun, ni berderet anak kawan mummy yang masih single cantik-cantik pula tu. Haritu mummy ada la jumpa satu kawan mummy punya anak, anak dia tu baru je habis belajar dari luar negara. Mummy sempat nampak gambar dia haritu, memang cantik! Bagai pinang dibelah-belah kalau dengan kamu. Lepastu kan, anak kawan mummy tu dia pa..."

"Mummy, stop it. Raz tak berminat nak tahu. Raz bukan tak nak cari tapi..."

Harraz terdiam. Wajah seseorang terbayang dalam mindanya.

"Raz dah ada mummy."

"Tapi?" Datin Halimah berkerut melihat anaknya yang tiba-tiba termenung.

"Mummy tak payah risaulah, InsyaAllah one day Raz sendiri yang akan bawa bakal isteri Raz jumpa mummy dan daddy, okay?"

Dato Harris mengangguk. Dia faham dengan perasaan Harraz, berkemungkinan anak lelakinya ini sudah berkenan dengan seseorang tapi dia belum pasti dengan pilihannya.

"Okey, tapi Raz kena ingat yang Raz tu bukan muda lagi dah 31 tahun, mummy nak juga rasa ada menantu, ada cucu." Sayu sungguh suara Datin Halimah.

Harraz dan Dato Harris menggeleng. Emosi betul wanita kesayangan mereka ini.

"Raz ingat, mummy. Mummy jangan risau." Harraz menyentuh tangan Datin Halimah di sebelahnya. Dia menghadiahkan senyuman manis.

"Dah, sambung makan tu. Ingat ini program jejak kasih ke?" Suara Dato Harris kedengaran. Harraz tertawa kecil diikuti Dato Harris dan Datin Halimahh. Mereka kembali menikmati hidangan.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Siapa ni?" tanya Daniel ketika menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenalinya.

"Eh? Kata abang yang lupa dia tapi dia yang lupa abang. Tak apalah, abang letak dululah."

"Eh! Lah, abang Harraz ke?" Daniel menutup mulutnya.

"Hm... Tau tak pe."

Daniel tersengih.

"Kenapa call Daniel tiba-tiba ni? Lama dah tak dengar khabar abang sejak kat airport haritu."

"Saja je, rindu dengan adik angkat abang ni.. Abang ingat nak ajak lepak malam ni. Free tak?"

Bersinar terang mata Daniel dibuatnya.

"Eh, kalau tak free pun Daniel kasih free untuk abang. Pukul berapa?"

Kedengaran tawa Harraz dalam talian.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now