Kelihatan Adrian sedang termenung ke arah luar restoran. Jari-jemari di atas meja bermain sesama sendiri.
"Assalamualaikum," sapa seseorang dari tepi Adrian.
Adrian pantas menoleh ke kiri sebelum menjawab salam. Kelihatan Harraz sedang bergerak menuju ke kerusi yang bertentangan dengan Adrian. Dia melabuhkan punggung di situ.
Mereka kini bertentangan mata. Adrian menelan air liur ketika menatap wajah bengis Harraz.
"Sebelum itu, aku nak berterima kasih sebab kau sudi nak jumpa aku," ucap Adrian tersenyum tipis.
"Aku terima pelawaan kau pun sebab isteri aku. Kalau tidak, jangan harap aku nak jumpa manusia bertopengkan syaitan macam kau." Harraz menjeling tajam ke arah Adrian.
Hati Adrian terasa dihiris dengan pisau tajam. Sakit. Dia yang tidak terbabit dalam masalah ini dituduh sesuka hati.
Adrian menarik nafas dalam-dalam bagi mencari kekuatan untuk menyambung ayatnya.
"Aku tak nak cerita panjang. Aku bagi kau peluang terakhir untuk minta maaf dengan aku sebab kau dah tuduh aku yang bukan-bukan." Air muka Adrian berubah serius.
Harraz tergelak sinis. Lengan baju kemejanya dilipat hingga ke paras siku.
"Kau nak aku yang minta maaf? Kau yang hancurkan rumah tangga aku, aku pula yang kena minta maaf dekat kau?"
"Yes. Kau tak cukup bukti nak cakap semua yang terjadi adalah disebabkan aku. Kau dah dikira menfitnah kau tahu?"
"Tak cukup lagi ke sapu tangan tu jadi bukti? Kau nak bukti macam mana lagi, hah?"
"Memang la tak cukup. Sapu tangan tu bukan aku seorang je yang guna dalam Malaysia ni. Boleh jadikan itu sapu tangan orang lain?"
Harraz terdiam seketika. Perbualannya bersama Delisya mula bermain dalam kotak fikiran.
"Abang, sapu tangan yang Ridzwan jumpa dekat tempat kejadian bukan bos punya," beritahu Delisya setelah masuk ke dalam bilik.
Harraz mengerutkan kening. Pelik dengan si isteri yang tiba-tiba masuk tanpa salam.
"Ayang ni dah kenapa? Tiba-tiba je?"
"Hehe tapi.. Isya menang yakin yang bos tak bersalah dalam hal ni." Delisya menghampiri suaminya. Dia kemudian duduk di birai katil bersebelahan dengan Harraz.
"Amboi, backup sangat dengan bos dia tu," sindir Harraz.
"Abang, ini bukan soal backup atau tidak. Ini soal kebenaran dalam kita menyiasat sesuatu perkara." Lembut Delisya menyangkal.
"Macam ni, tadi petang bos ada jumpa Isya dan dia dah ceritakan semua tentang sapu tangan tu," terang Delisya.
Harraz mengerling Delisya sekilas. Mata kemudian dialihkan semula ke skrin telefon.
"Sapu tangan tu sebenarnya Adriana punya. Adriana pinjamkan sapu tangan tu dekat bos sebab ada kejadian yang mustahak berlaku habistu Adriana pun dah lupa yang sapu tangan tu sebenarnya ada dengan bos. Bos simpan sapu tangan Adriana sebab tu la dia kata sapu tangan itu berharga," jelas Delisya bersungguh-sungguh.
"So, what is your point?" soal Harraz sambik mengangkat kening.
"My point is... Sapu tangan tu sekarang masih ada dengan bos. Dia tercicir selepas jumpa abang dekat restoran yang kau orang pernah jumpa tempoh hari. The best part is, bila Isya tanya Adriana sapu tangan tu kat mana dia kata dia tak ingat jadi dia beli baru yang sebiji macam sapu tangan tu." Delisya tersenyum manis.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...