"Babe... dah la tu. Kau tak boleh nak terus murung macam ni. Kasihan anak-anak kau tu kau tak layan. At least cakap la sikit dengan dorang," tegur Adriana lembut.
"Aku.. aku bukan apa, aku tak sanggup nak tengok mereka.. Aku jadi terus rasa sedih sebab aku seorang ibu yang tidak berguna kepada mereka, Ad. Ini semua sebab aku.. sebab aku la mereka tersiksa selama beberapa bulan. Aku terkilan sangat dengan semua yang telah aku lakukan selama ini. Aku tak tahu macam mana nak hilangkan rasa menyesal dalam diri aku ni," luah Delisya pilu. Tangannya menutup wajah.
"Past is past, Isya.. benda dah jadi dah pun. Ni, kau naik atas pergi borak-borak dengan mereka, nasib aku ada boleh tolong urus anak-anak kau."
"Lately ni aku down teruk sangat. Alhamdulillah sekarang dah pulih sikit. Ad.. terima kasih sangat sebab kau sudi jaga anak-anak aku selama ni, aku tinggal rumah kau dah nak dekat sebulan dah. Menyusahkan betul aku ni." Delisya merendah diri.
"Ish apa cakap macam tu, kau kan kawan baik aku.. tang mana pula susah? Dah pergi la cepat pergi mesti mereka rindukan kau," pujuk Adriana. Angguk. Kemudian dia menghantar pemergian Delisya dengan ekor mata.
Tok tok tok..
"Damia, Dania," panggil Delisya perlahan sesudah masuk ke dalam lalu meluru ke arah mereka. Sudah beberapa hari dia tidak melayan anak-anak nya kerana mengalami kemurungan selepas perjumpaannya bersama Harraz tempoh hari. Dengan izin Allah dia sudah semakin baik dan sedang mencuba untuk melupakan atau dalam bahasa inggeris 'move on'
"Mama...," luah Damia dan Dania sayu sebaik melihat kelibat Delisya.
Bertalu-talu kucupan yang singgah di dahi Damia dan Dania bersama air mata yang merembes-rembes keluar di pipi Delisya.
"Mama isk isk minta maaf sangat-sangat. Mama seorang ibu yang teruk... mama biarkan kau orang tersiksa selama ini isk isk mama minta maaf tau kalau kau orang tak nak maafkan mama, mama faham. Mama menyesal sangat isk isk lepas ni mama janji mama akan sentiasa dengar kau orang. Mama akan sentiasa percaya dengan kau orang. Ini janji mama. Maafkan mama ya sayang," pinta Delisya sambil memeluk mereka erat. Perkataan maaf itu sekian kali meniti di bibirnya.
"Mama isk isk isk kami tak marah mama pun... Kami sayang mama sangat, kami nak tengok mama happy je selalu isk isk isk sebab tu kami tak paksa mama percayakan kita orang," ujar Damia dengan tangisan. Sesekali dia menyeka air mata di pipi ibunya.
"Etul u, Ania un nak engok mama api eyayu isk isk isk ( Betul tu, Dania pun nak tengok mama happy selalu isk isk isk )." Dania pula bersuara sambil tersendu-sendu.
Air mata Delisya semakin galak mengalir. Dia amat bersyukur dikurniakan dua orang anak yang sangat memahaminya. Dia tekad bahawa dia tidak akan melukakan mereka lagi. Itu matlamatnya.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Isya, kau ada dengar tak pasal anniversary dinner kat Hotel De Leon tu?" soal Adriana.
"Hm... ada, kenapa? Malam ni kan?" tanya Delisya acuh tak acuh.
Hari ini merupakan majlis ulang tahun syarikat AZ Holdings yang ke-15 tahun. Semua orang dijemput hadir. Ya.
"Haah. Jadi.. kau tak nak pergi ke?" tanya Adriana lagi.
"Malas la Ad, kau je la pergi. Aku tiada mood," tolak Delisya.
"Ala jangan la macam tu kau kena pergi juga!" Adriana mendesak.
"Asal aku kena pergi pula? Bukan anniversary aku pun."
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...