Delisya mencapai beg tangannya untuk mengeluarkan telefon bimbit. Namun, ada sesuatu yang jatuh keluar dari begnya.
Sekeping polaroid yang terletak kemas di atas lantai Delisya renung. Perlahan-lahan bibirnya mencalit senyuman.
"Lawa sangat kau babe!" kata Adriana setelah mengambil beberapa keping gambar Delisya di telefon bimbitnya.
Delisya menayang sebaris giginya.
"Betul ke? Nak tengok!" Dia terus berdiri di sebelah Adriana bagi bersama-sama melihat gambar tersebut.
Sedang mereka melihat gambar, Damia dan Dania muncul.
"Eh? Kau orang pergi mana tadi? Mama nak ajak kita gambar sekali ni." Delisya melutut sedikit menyamakan paras mereka bertiga.
"Hehe. Kita orang main kat sana dengan uncle Harraz." Damia membalas.
Delisya diam. Mengapa, Harraz?
Adriana terkebil-kebil melihat Delisya yang membisu itu. Cepat-cepat dia bersuara.
"Erh... Eh, jomlah tangkap gambar sekali. Penat-penat dah sedondon anak beranak ni. Sayang pula tak gambar." Adriana bersuara.
Delisya angguk. Tangan kecil Damia dan Dania dia pimpin ke tempat Delisya bergambar tadi.
Pelbagai pose yang mereka buat. Adriana menekan sahaja butang camera berkali-kali.
Kecekak!
Delisya berkerut. Macam bunyi kamera je? Matanya bergerak mencari bunyi itu.
Tiba-tiba dia terlihat seseorang yang sedang memegang kamera di matanya.
Kecekak!
Orang itu mengambil lagi gambarnya. Delisya terdiam tidak berkutik.
Harraz menurunkan kameranya. Senyuman manis terukir dibibir apabila kameranya mula mencetak gambar.
Dia memegang dua keping polaroid itu. Matanya tidak henti-henti melihat wajah di dalam gambar tersebut. Perfect!
Damia dan Dania menayang wajah ceria selepas memandang Harraz di hadapan. Mereka berlarian anak ke arah Harraz.
"Uncle tangkap gambar kita orang ke tadi? Nak tengok! Nak tengok!" Damia melompat teruja begitu juga Dania.
Harraz menghulurkan sekeping polaroid itu kepada mereka. Mereka tersenyum suka.
"Cantiknya! Tapi, kalau ada uncle mesti lagi cantik! Jomlah kita gambar sekali uncle!" Damia sudah menarik tangan Harraz. Dania menarik pula tangan kiri Harraz.
Harraz dan Delisya terkesima.
Kini Harraz sudah ditolak bersebelahan dengan Delisya. Harraz menggaru kening. Sumpah dia tidak menyangka dia akan diheret sekali.
Adriana menahan tawa. Adrian yang sedang menuju ke arah mereka menekup mulut. Terkejut dia apabila Harraz betul-betul berada di sebelah Delisya a.k.a si crush.
"Akak gambarkan kita orang dengan mama dan uncle Harraz guna kamera ni boleh?" pinta Damia lalu menghulurkan kamera.
Adriana mengangguk laju seperti burung belatuk. Eh, boleh.. Takkan tak boleh. Kamera disambut.
"Mestilah boleh! Okey Damia dan Dania dekat sikit dengan uncle dan mama. Barulah nampak macam happy family!"
Delisya membesarkan matanya memandang Adriana. Adriana tidak memperdulikan renungan tajam kawan baiknya. Ele, Isya tu tak boleh layan sangat.
![](https://img.wattpad.com/cover/251117636-288-k946593.jpg)
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...