꧁ SL 59 ꧂

76 12 9
                                    

"Kakak saya macam mana doktor?" sergah Daniel seraya melihat kelibat doktor yang keluar dari wad tersebut.

"Pesakit berada dalam keadaan stabil. Mungkin dia terlalu terkejut dan menyebabkan pitam secara tiba-tiba. Keluarga dibenarkan untuk melawat pesakit tapi hanya beberapa orang sahaja ." Sejurus itu doktor tersebut meninggalkan Daniel dan Encik Danish.

"Doktor cakap apa Daniel? Kakak kamu okey kan?" Terpancar riak kebimbangan pada wajah Encik Danish.

"Alhamdulillah kakak okey. Doktor kata kita dah boleh tengok akak," pesan Daniel.

"Kalau macam tu ayah masuk dulu la." Encik Danish mengorak langkah ke bilik di mana Delisya di tahan.

"Delisya... Kamu dah bangun?" Lembut suara Encik Danish menyapa.

Delisya menggerakkan bebola mata sebelum perlahan-lahan dibukanya. Dia membetulkan postur kedudukannya.

"Ayah... Isya mimpi buruk," luah Delisya sayu.

Encik Danish mengeluh perlahan. Dia menoleh ke arah Daniel di sebelahnya. Mereka seperti sudah dapat mengagak mimpi yang Delisya alami.

"Isya mimpi doktor suruh Isya tandatangan borang untuk matikan suami Isya, ayah. Doktor cakap kalau Isya tak tandatangan, Harraz akan terus terseksa," jelas Delisya sambil termenung.

Tiba-tiba dia tergelak kecil.

"Nasib baik mimpi je. Haih, Isya ni kuat betul fikir negatif sampai terbawa ke mimpi." Delisya menggeleng kepalanya bersama senyuman tipis.

Encik Danish dan Daniel terdiam. Seolah-olah mulut mereka terkunci. Mereka tidak tahu macam mana cara untuk memberitahu Delisya perkara yang sebenar.

"Lah kenapa kau orang tercegat kat situ? Eh? Kenapa Isya kat sini? Isya patut lunch dengan Harraz sekarang. Mesti Harraz dah tunggu nak teman Isya makan." Delisya cuba untuk bangun dari katil namun dihalang oleh Daniel.

"Kakak, kakak tak boleh bangun. Doktor nak pastikan kakak betul-betul sihat dulu baru kakak boleh bangun. Kakak rehat ya?" tahan Daniel lembut.

"Kenapa pula? Kakak okey la. Mana ada apa-apa yang cedera. Anak-anak akak kat mana? Tak nampak batang hidung pun?" Mata Delisya meliar ke sekeliling kawasan itu.

"Damia, Dania dan Daffwa ada dengan mummy dan daddy. Anak-anak akak tu takut sangat bila tengok akak pengsan tadi jadi mummy dan daddy pun bawa mereka balik dulu nanti dorang datang semula," terang Daniel. Encik Danish hanya menjadi pemerhati.

Delisya mengangguk lemah. Kasihan anak-anak aku kena hadap semua ni. Dia mengeluh perlahan.

"Kakak belum makan lagi ni. Kakak dah lapar sangat. Kakak nak makan dengan suami akak. Ala boleh la, kakak okey je tak ada masalah pun. Please... Ayah?" Kepala menoleh pula ke arah Encik Danish.

"Ayah... Ayah bukan tak nak bagi Isya pergi jumpa Harraz tapi..." Lidah menjadi kelu.

"Buat masa ni tiada sesiapa yang dibenarkan untuk jumpa Harraz," sambung Encik Danish lagi.

Delisya mengerut kening. Tak boleh jumpa? Bukan baru je tadi aku duduk sebelah abang ke? Suara hati Delisya berkata.

"Lah.. Kenapa pula tiba-tiba tak boleh nak jumpa? Selama ini okey je pun," soal Delisya bersama kerutan.

Encik Danish menggaru belakang tengkuknya. Daniel yang faham dengan reaksi Encik Danish mula bersuara.

"Kakak... Kakak dengar apa Daniel nak cakap ni. Sebenarnya... Mimpi kakak tu bukan mimpi... tetapi realiti." Takut-takut Daniel beritahu.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now