Adrian tercegat di depan biliknya. Matanya melihat Delisya yang kusyuk membuat kerja jauh di hadapan. Jarinya mengetuk dagu.
"Aduh, rasa kekok la pula. Betul ke aku kena cakap dengan Delisya ni?" Adrian berkata sendirian. Mata masin terlekap pada wajah Delisya.
"Yes! Kau kena buat juga, Adrian. Ingat kau dah tiada apa-apa perasaan dekat Delisya. Kau buat semua ni untuk Harraz!" sambungnya lagi. Kali ini dia lebih yakin.
Kakinya mengorak langkah ke meja Delisya. Dia berdehen kecil. Delisya terperanjat, mujur dia tidak tertampar Adrian sama seperti Adriana yang kena lempang dengannya dulu.
"Delisya, saya nak minta tolong awak gantikan saya untuk pergi meeting pukul satu petang macam tu... boleh tak? Saya ada kerja sikit." Nada suara Adrian kedengaran tenang dan biasa.
Delisya menahan matanya daripada menguling ke atas. Kena ganti lagi ke?
"Eem... Sebelum tu, boleh tak saya nak tahu dari syarikat mana?" Delisya tersengih. Dia bukan apa, tidak mahu kejadian beberapa bulan lepas bertandang semula. Mengerikan!
Adrian terkulat-kulat. Aduh, nak cakap apa ni?
"Erh.. Pasal tu, saya rasa lebih baik awak tunggu dan lihat sahaja."
Delisya menghela nafas berat. Haih, naya aku macam ni.
"Baiklah bos." Delisya terpaksa akur demi 'seketul' gaji.
Wajah Adrian berseri-seri seperti baru sahaja memenangi juara Olympic Tokyo.
"Terima kasih, Delisya. Awak memang pekerja yang boleh diharap." Adrian mengukir senyuman.
Delisya tersengih beruk. Dah tahu dah...
Tanpa melengahkan masa, Adrian terus beredar. Delisya mengeluh. Nasib badan..
🌸🌸🌸🌸🌸
"Ish! Mana pula orang nya ni? Tak nampak batang hidung pun, dah dua puluh minit aku tunggu, ke aku salah tempat ni?" Delisya mengomel lalu tangannya menekan aplikasi WhatsApp untuk melihat nama tempat yang diberi.
Cinta Hati Kafe
"Eh, betullah ni." Delisya menggaru kepala walaupun tidak gagal.
"Maaf! Saya terlambat, ada kemalangan berlaku tiba-tiba di jalan raya," sergah lelaki itu laju. Lantas dia melabuhkan punggung bertentangan dengan Delisya.
Berderau darah Delisya saat melihat gerangan empunya suara dihadapan. Seseorang yang tidak mahu dijumpanya lagi, seseorang yang telah membuat hatinya kucar-kacir...
Harraz menelan air liur tatkala matanya bersatu dengan mata hazel itu. Dia tersenyum kecil, menampakkan lesung pipit pada belah kanan.
"Hai! Suprise! It's me." Dia berpura-pura ceria.
Delisya mengangkat kening tinggi? Suprise? Wah! What a suprise!
"S..So.. B..boleh kita mula bincang sekarang?" tanya Harraz takut-takut. Renungan Delisya membuatkan dia terkulat-kulat.
Delisya mengangguk tanpa senyuman dibibir.
"Jadi.. syarikat saya akan berkolaborasi d... dengan syarikat awak. Setelah berbincang dengan pihak atasan, projek pembinaan akan dijalankan di Terengganu. Erh... K..kalau awal t...tak keberatan, b.. boleh awak berikan saya idea dan pendapat tentang pembangunan syarikat ini dari segi kos, atau pemilihan tanah? Erh.. supaya kita dapat kembangkan lagi business kita bersama." Panjang lebar penerangan Harraz kepada Delisya. Dia merasakan peluh mula merinik di dahinya walaupun suhu kafe tidak panas. Mungkin kerana pandangan tajam Delisya kepadanya.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
Roman d'amourDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...