꧁ SL 43 ꧂

100 20 81
                                    

Delisya memerhatikan dirinya di hadapan cermin. Tubuhnya sudah lengkap memakai gaun pengantin dan wajahnya juga telah disolek secara sederhana sahaja.

 Tubuhnya sudah lengkap memakai gaun pengantin dan wajahnya juga telah disolek secara sederhana sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju nikah Delisya

Namun, hatinya agak sedikit gementar dan gemuruh. Siapa sangka pertemuannya bersama Harraz membawa dia ke pernikahan bukan pertama, bukan juga kedua tetapi pernikahan buat kali ketiga. Sedang asyik menghayal, suara usikan sahabat baiknya dari arah belakang menyentakkannya.

"Wah wah, kawan aku sorang ni makin berseri-seri nampak? Kali ke-19 ni, aura dia Masya-Allah!" Adriana melepaskan tawa mengejek.

"Ish kau ni aku tengah nervous, kau boleh pula nganjing aku kat sini." Delisya menarik muka masam.

"Alah alah, ni kenapa nak nervous? Kau bukan pertama kali kahwin Cik kak oi!"

"Eee biar dah 5 kali kahwin pun rasa gementar tu tetap akan ada juga la bengap! Kau mana tahu, kau kan single lagi sendu." Giliran Delisya pula menghamburkan tawa.

"Hmph! Nanti akan ada masanya... Tidak perlu kita seru. Entah-entah jodoh aku sekarang tengah seronok makan. Huh, aku harap dia tercekik tulang ayam."

"Uhuk uhuk uhuk! Ya Allah mujur tak tertelan aku tulang ayam ni kalau tidak, tak sempat la aku nak tengok Harraz kahwin. Haih." Adrian mengeluh perlahan sebelum mencapai gelas air kosong yang terhidang di atas meja majlis pernikahan Harraz Zafran & Delisya Sofhia.

"Ish tak baik kau doa macam tu. Nanti dia mati tercekik tulang ayam macam mana? Tak pasal-pasal kau tak kahwin sampai tua. Tak ke naya nanti?" Delisya menjelir lidah.

"Ish mulut kau n..."

Tok tok tok!

Bunyi ketukan pintu itu sekaligus menghentikan bebelan Adriana. Kemudian matanya melirik ke Delisya sebelum keningnya di angkat tanda 'siapa pula tu?' Delisya hanya mengangkat bahu sahaja sebagai jawapan.

Adriana kemudian melangkah ke arah pintu lalu membukanya. Terjengul wajah cemberut Puan Dahlia di muka pintu.

"Mana perempuan tu?" sergah Puan Dahlia tanpa memberi salam.

Adriana hanya diam. Seolah-olah tahu perempuan yang dimaksudkan wanita tua ini.

"Eh lambat kau ni. Tepi!" Puan Dahlia menolak Adriana ke tepi lalu berjalan ke arah Delisya yang sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengan cermin.

"Ewah, ewah. Seronok nya orang tu nak kahwin. Tak sedar diri janda anak dua, menggatal juga nak kahwin," bidas Puan Dahlia pedas.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now