꧁ SL 10 ꧂

150 59 45
                                    

"Hey budak, bos panggil kau masuk bilik dia," ujar Delisya lalu meletakkan fail yang bertimbun ke atas mejanya.

"Me? Why me, man?" Adriana mendengus.

"Tak tahu." Senyuman mengejek dilontarkan kepada Adriana.

"Urgh... Jangan la dia suruh aku buatkan dia kopi lagi. Tak kuasa aku!" bentak Adriana.

"Haah memang pun, bos nak kau buatkan dia kopi tapi bukan secawan tapi sebotol. Katanya nak minum sampai petang."

Adriana ternganga sebesar alam. Matanya juga terkebil-kebil.

Delisya terus menghamburkan tawanya. Seronok betul usik budak sengal ni.

"Tak payah nak nganga sangat la! Nanti masuk lalat tak pasal-pasal kena buat operation nak keluarkan lalat. Ni, ada proposal baru sampai dari syarikat Jerung Merah rasanya bos panggil kau pasal itu kot." Delisya berkata.

Adriana mengulingkan matanya ke atas.

"Dah tunggu apa lagi? Pergi la cepat, nak tunggu bos pecat kau baru nak pergi ke?" bebel Delisya.

"Haih nak pergi la ni. Kecoh ah." Adriana mencebik bibir lalu mengorak langkah menuju ke bilik majikannya.

ADRIAN ZAMRI
CHIEF EXECUTIVE OFFICER ( CEO )

"Eh? Baru pula aku perasan yang nama aku dengan bos lebih kurang sama, Adrian dan Adriana. Huh, tapi dia dengan aku jauh beza! Aku kucing comel-comel tapi dia tu singa kelaparan, muka macam nak makan orang je," kutuk Adriana selamba. Tanpa dia sedari, Adrian sedang memerhatikannya di sebalik pintu transparent kaca itu.

"Hoi! Tercegat apa kat situ?" jerit Adrian lantang dari dalam.

"Oit nasi lapar nak makan kenit! " latah Adriana spontan. Dia menampar mulutnya. Nampaknya penyakit melatahnya datang lagi.

"Ya bos, bos panggil saya?" jawab Adriana lembut setelah masuk ke dalam. Rambutnya yang melepasi bahu itu diselitkan ke telinga.

"Tak la, aku panggil orang kat sebelah kau tu." Adrian menggerakkan mata ke sebelah Adriana.

Adriana meneguk air liur. Dia berpaling ke kiri dan kanan... Kosong.

"Ish, bos jangan cakap yang bos boleh tengok benda tu. Kalau betul, bos suruh la dia pergi dari sini... Berdiri kat sebelah saya ni buat apa," bisik Adriana kepada Adrian. Matanya sesekali bergerak ke kanan.

Adrian ketawa terbahak-bahak.

"Kau ni, pembaris betul la! Macam mana kau boleh masuk kerja kat pejabat aku ni? Adoilah." Dia menyambung semula tawanya.

Adriana terkaku. Bos.. Ketawa?

"Handsome." Bibir Adriana mengungkapkan kata.

Adrian berhenti ketawa. Dia berdehem kecil.

"Apa?"

"Eh? T..tak ada apa-apa. Erh... A..apa yang saya boleh bantu, bos?" Adriana mengalih topik.

"Baiklah, macam ni. Aku nak kau buat proposal berkenaan projek syarikat Jerung Merah yang baru dapat pagi tadi. Aku nak kau hantar hari selasa minggu ini," pesan Adrian tegas.

Dengan kening berkerut Adriana mengulangi ayat Adrian semula. Selasa minggu ni? Hari ini hari, Isnin. Lepas isnin, selasa. Bos nak hari selasa minggu ini maksudnya...

"Esok?!" Adriana terjerit kecil bersama mata yang terbeliak.

"Yes." Tanpa rasa bersalah Adrian mengangguk.

"Serius la bos kena hantar esok? Tak boleh ke minta tangguh sehari dua lagi? Bos tak kasihan kan saya?" pujuk Adriana sebelum mengelip matanya berkali-kali.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now