"Eh, ayang buat apa ni?" tegur Harraz dari belakang Delisya.
"Lap meja ler takkan buat meja pula bang oi," balas Delisya sambil ligat membersihkan meja makan dengan kain.
"Kan abang dah pesan jangan buat kerja-kerja macam ni. Perut ayang tu dah 4 bulan bukan 4 minggu lagi dah. Boleh mendatangkan risiko besar untuk baby kat dalam perut tu tahu tak," bebel Harraz. Kain dalam tangan Delisya terus diambil.
"Lah, abang ni macam la Isya tak pernah mengandung sebelum ni. Isya dah mengandung dua kali tau! Kerja macam ni celah gigi Isya je la." Delisya berloyar buruk.
"Eee pandai dia cakap eh? Itu semua tak sama dengan kandungan ayang kali ni, jadi ayang mesti dengar arahan abang. Biar abang yang bersihkan meja ni, ayang pergi duduk depan dan rehat," ujar Harraz sambil mengelap meja dengan tekun.
"Ish, kalau semua benda tak boleh buat.. Isya nak buat apa? Isya nak kerja kat office pun abang tak kasih. Isya bosan la! Damia tiada, Dania tidur, Ayu dah balik, abang kerja. Haih, boleh reput Isya tahu tak?" adu Delisya tidak puas hati. Mulut dimuncung kedepan.
"Alololo, sian dia ya? Hm... Okey la okey la abang bagi ayang pergi office." Harraz mengukir senyuman.
Mata Delisya bersinar dengan tiba-tibanya tatkala mendapat 'green light' daripada suaminya untuk bekerja semula setelah sekian lama.
"Amboi suka dia. Abang sedar, abang tak boleh nak kongkong ayang kat dalam rumah ni sorang-sorang."
Delisya menyulum senyuman teruja. Akhirnya setelah bermisai lamanya dia memujuk.
"Tapi! Abang ada satu syarat."
Senyuman Delisya terus pudar. Satu keluhan berat dilepaskan.
"Hm..." Hanya itu yang terkeluar daripada bibirnya.
"Ayang kena pergi kerja selepas pukul 12 tengah hari dan balik sebelum pukul 5."
Terbundar mata Delisya dibuatnya. Apakah?
"Abang ingat tu office abang ke? Mana la bos nak bagi Isya kerja setengah hari je." Delisya menyilangkan tangan.
"Memang bukan office abang. Hah itu la, abang suruh ayang kerja dengan abang ayang tak nak."
"Tak nak la kerja dengan abang. Kang tak pasal-pasal abang duk kacau Isya kat office. Macam Isya tak tahu perangai kerek abang." Delisya mengerling Harraz sekilas.
"Hek ele banyak bunyi dah sekarang ni ek? Ah.. tak ada tak ada keputusan abang muktamad! Abang ulang sekali lagi, ayang akan bekerja dari pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang sahaja." Cukup jelas Harraz berkata.
"Ee mana boleh macam tu abang. Apa la staff staff yang lain kata Isya nanti. Habislah satu office penuh dengan bawang," luah Delisya.
"Eh biarlah dorang yang penting itu office kawan sehidup semati abang, so no hal punya la."
"Abang dah tanya bos ke ni? Bos setuju? Really?"
"Takkan la abang suruh ayang buat benda yang tak pasti kan? Adrian kata ayang boleh bekerja semula esok. Abang dah warning dia siap-siap jangan bagi ayang kerja berat-berat."
"Apa la abang ni, pilih kasih betul." Delisya mengecilkan matanya.
"Abang tak paksa pun. Dah dia sendiri yang setuju nak bagi ayang kerja setengah hari, abang pun onz je la." Harraz memasukkan tangan ke dalam kocek seluar track nya.
"Gaji Isya still masuk tak kalau kerja setengah hari je?" Delisya tersengih.
"Tak payahla gaji semua tu. Abang boleh tampung ayang dan abang boleh bagi lebih lagi daripada apa yang ayang dapat sebulan. Setakat 2000 sebulan, huh celah ketiak abang je la." Dengan penuh angkuh Harraz berbicara.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...