꧁ SL 11 ꧂

155 57 21
                                    

"Bos, ini dia proposal yang bos nak," maklum Adriana sambil menghulurkan fail.

Adrian menongkat dagu memandang wajah Adriana yang pucat.

"T..thank you Adriana," ucap Adrian sedikit bersalah. Fail bertukar tangan.

"You're welcome, kalau tiada apa-apa lagi.. Saya minta diri dulu." Suara Adriana kedengaran dingin. Dia berpaling ke pintu.

"Adriana."

Langkahnya terhenti. Dia memusingkan semula tubuhnya.

"Ya?"

"Muka kau pucat, kau tak tidur ke semalam?"

Pertanyaan Adrian membuatkan Adriana tersenyum sinis.

"Eh? Saya tidur je bos, cukup lapan jam. Proposal ni bukan saya yang buat, saya kan 'tidur' satu malam," perli Adriana pedas.

Adrian menggigit bibir bawah.

"Erm... Aku minta maaf sebab bagi kau buat proposal dalam tempoh yang singkat. Aku tiada niat pun nak susahkan kau, aku sebenarnya saja je nak buli kau tapi aku tahu aku tak patut buat macam tu. Erm... Sebagai tanda maaf, aku belanja kau lunch hari ini dan... aku bagi kau cuti esok. Is that okay?" Adrian menyusun kemas ayatnya.

Adriana terpempam. Hanya mata yang kuyu itu sahaja berkelip-kelip.

"B..bos minta maaf dekat aku? Bos nak belanja lunch? Uish, biasanya Isya je yang kena belanja dengan bos, tapi hari ni aku pula? Siap offer bagi cuti sehari pula tu.. Eh, memang patutlah dia buat macam tu! Penat aku berjaga malam buat proposal dia huh, saja nak buli konon!" bisik Adriana perlahan cukup dia sahaja yang mendengarnya.

Adrian berkerut. Tangannya diletakkan di bawah dagu. Wajah ayam mati anak Adriana dipandang. Terbit senyuman nakal di bibirnya.

"Bisik apa tu, sayang?"

Adriana bagai disambar petir. Nafasnya tiba-tiba seperti tersekat di kerongkong.

Adrian mula gelabah melihat Adriana yang kini sudah seperti patung hidup. Lantas dia menghulurkan botol mineral kepada Adriana.

Adriana merampas botol itu sebelum diteguk rakus.

"Feeling better?"

Adriana mengurut dada nya kerana terkejut dengan kehadiran Adrian yang kini sudah berdiri di sebelahnya. Ish! Aku dah nak mati kat sini, dia boleh buat magic.

"Y..Ya, B..Better." Adriana menyalit senyuman tipis. Botol kosong itu digenggamnya.

"Teruk sangat dah kau ni, tak apa macam ni la. Aku bagi kau cuti hari ini dan esok. Kau boleh balik, berehat la kat rumah dulu."

Adriana sembunyikan senyum. Mahu sahaja dia membuat lompat bintang.

"B..baik bos. T..terima kasih." Adriana menyatukan matanya ke dalam mata Adrian. Namun hanya dua saat.

"Lunch tu, jangan risau. I'm a man with my words. Lepas kau dah sihat, aku belanja kau lunch. Dengar tak ni?" Adrian mengerling Adriana sebelum menyilangkan kakinya. Badannya juga disandarkan pada meja.

Adriana mengangguk keras. Wajahnya semakin lama semakin membahang. Mungkin kerana jaraknya dengan Adrian agak dekat.

"Ya, bos dengar saya... eh! Maksud saya, saya dengar bos. Erh.. Sa..saya keluar dulu la, bye bos!" Adriana terus memecut keluar.

Setelah tiba di luar dia menutup seluruh wajahnya yang sudah merah seperti tomato.

"Arh, malunya! Malunya! Mana nak letak muka ni? Hah! Nasib baik aku boleh balik sekarang, tak payahlah tengok muka dia dua hari ni." Usai berkata sendirian, dia menurunkan tangannya. Matanya melihat kiri dan kanan sejurus itu dia berlari terkedek-kedek ke tempatnya.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now