"Isya! Eh, cucu-cucu nenek pun ada la. Meh masuk-masuk," pelawa Puan Dahlia gembira tatkala melihat kelibat Delisya dan anak-anaknya di muka pintu.
Mata Delisya meliar melihat sekeliling rumah.
"Lama nya tak datang rumah ni," luah Delisya sebak. Sungguh dia rindu akan rumah tersebut. Rumah dimana dia dibelai dengan penuh kasih sayang, rumah dia dibesarkan dan juga rumah yang... dia dihalau tiga tahun lepas.
Puan Dahlia menghela nafas berat.
"Ini rumah Isya, sayang. Ibu tau ibu tak patut halau Isya keluar dari rumah ni dulu. Ibu dah sedar dengan kesilapan ibu." Sayu suara Puan Dahlia.
Deliaya meletakkan tangannya di atas bahu ibunya.
"Tak apa ibu, tak mau sedih-sedih. Isya dah lupakan semua tu. Sekarang Isya dah ada ibu, ayah dan Daniel macam dulu. Isya gembira sangat tau!" ucap Delisya teruja lalu memeluk ibunya erat. Puan Dahlia membalas pelukan.
"Damia, Dania. Mari kat nenek, sayang. Rindunya nenek dengan dua kenit ni! " Puan Dahlia mendakap Damia dan Dania pula.
"Damia pun rindu nenek! Lama sangat dah tak jumpa nenek. Nenek tak sayang kita orang ke?" Damia bertanya sambil mencebik bibir. Kali terakhir dia jumpa dengan Puan Dahlia adalah selepas kelahiran adiknya, hari dimana Delisya dihalau.
Puan Dahlia mencangkung bagi menyamakan tingginya dengan mereka.
"Tak. Nenek sayang sangat dekat Damia, Dania. Nenek minta maaf ya?" Pipi mereka dibelai kasih.
Damia dan Dania menguntum senyuman manis. Ini kali pertama Dania melihat rupa neneknya, sebelum ini dia hanya tau cerita daripada kakaknya sahaja. Katanya, nenek sangat baik tapi mereka tidak tahu mengapa mama mereka dihalau.
Hati Delisya menjadi pilu ketika menyaksikan adegan itu. Akhirnya anak-anaknya dapat juga kasih sayang seorang daripada seorang nenek.
"Sekarang jomlah kita makan. Ibu dah siapkan lauk kegemaran Isya! Ayam masak lemak cili api!" jerit Puan Dahlia teruja sekali.
"Yay! Terima kasih, ibu! Isya sayang ibu!" Delisya memeluk erat bahu ibunya.
"Ibu pun sayang Isya," balas Puan Dahlia lalu menggosok perlahan kepala Delisya yang masih berlapikkan bawal.
"Hmph... Sedapnya ibu masak! Isya rindu sangat-sangat dengan air tangan ibu." Bagai mahu mengalir air matanya apabila merasa masakan ibunya. Sempurna! *chef kiss*
"Mana ada, biasa je tu. Kalau Isya nak, ibu boleh masakkan lagi banyak khas untuk Isya dan cucu-cucu ibu ni." Puan Dahlia mengukir senyuman.
Makin berseri-seri wajah Delisya. Hilang semua masalah dalam kepalanya. Betullah orang kata, masakan ibu memang terbaik!
"Wah! Seronoknya!" Delisya menepuk tangannya beberapa kali. Bibir Damia dan Dania yang ligat mengunyah itu juga tersenyum. Gembira melihat air muka Delisya yang jelas bahagia.
"Sebenarnya, ibu ada cakap sesuatu dengan Isya." Puan Dahlia bersuara setelah lama mereka mendiamkan diri menikmati hidangan.
"Cakap apa tu ibu?" Matanya dihalakan kepada wajah cantik Puan Dahlia. Wanita lingkungan 45 an itu masih kekal cantik walaupun sudah berumur. Wajahnya yang tanpa seketul jerawat pun tidak menampakkan langsung dia sebagai wanita berumur.
"Ibu sebenarnya nak Isya, Damia dan Dania tinggal dengan ibu beberapa bulan ni boleh tak? Bukan apa, ibu.. Ibu rindu sangat dengan anak ibu dan cucu ibu ni. Ibu ingat masa macam ni la ibu nak luangkan Jadi ibu dengan Isya, Damia dan Dania. Boleh la sayang," pujuk Puan Dahlia lalu memegang lengan Delisya.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...