꧁ SL 67 ꧂

73 10 25
                                    

Adriana menarik brek kereta. Fail dokumen yang terletak kemas di kerusi penumpang dicapai. Adriana menggaru kepala yang tidak gatal tatkala melihat pintu pagar rumah Delisya terbuka.

"Apahal minah ni tak tutup pagar pula? Tak takut kena culik ke?" omel Adriana. Tanpa membuang masa, dia pun terus mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Membuntang matanya setelah melihat pintu rumah juga terbuka.

"Hek ele Puan Delisya ni buang tabiat ke apa? Bahaya betul biarkan pagar dan pintu terbuka luas macam ni. Nasib baik aku yang sampai kalau orang lain tadi maunya kena rompak si Isya ni," sambung Adriana lagi. Kepalanya digelengkan sebelum membuka kasut lalu masuk ke dalam rumah yang sunyi sepi itu.

"Isya! Oi makcik! Aku kat bawah ni!" jerit Adriana lantang tanpa memberi salam. Dia bergerak menuju ke arah tangga. Apabila tiada respon diterima, dia terus menginjak anak tangga rumah. Mulut tidak henti-henti membebel kerana kecuaian kawan baiknya.

"Isya, kau tidur ke? Aku dah kata kan jangan tidur, kalau kau nak tidur sekalipun agak-agaklah biarkan pintu dan pagar rumah terbuka je macam tu. Maunya nanti kena samun ke..."

Adriana menghentikan bebelan. Matanya tertumpu pada pintu bilik Delisya yang terbuka. Perlahan-lahan matanya turun ke arah lantai yang dipenuhi dengan cecair berwarna merah.

Adriana terpanar seketika. Kaki lantas diatur untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

"Ya Allah! Siapa pula ni!" teriak Adriana seraya melihat tubuh seorang perempuan yang tidak sedarkan diri. Rambut yang menutupi wajah gadis itu diselak Adriana dengan terketar-ketar.

"Ayu!" Pipi Ayu ditepuk-tepuk namun tiada gerakan.

Adriana melilau sekeliling mencari Delisya. Dia berlari ke semua sudut bilik yang ada untuk mencari kelibat kawannya namun hampa. Anak-anak Delisya juga turut tidak kelihatan.

Adriana mengalami panik yang teruk. Seluruh badannya bergegar dengan hebat. Dia terlihat telefon bimbit dan beg Delisya di hadapan pintu biliknya. Kini dia sudah membuat andaiannya sendiri.

"Isya.... Kena culik? Isya... Ya Allah, Isya!" Air mata Adriana berjuraian keluar. Rambutnya dikusutkan. Cepat-cepat dia lari turun keluar dari rumah itu dan menuju ke keretanya. Telefon bimbit di dalam beg pantas dirampas dalam keadaan terketar-ketar. Nama 'Harraz' dalam kenalannya dicari dan terus dihubungi berkali-kali.

"Arh, Harraz! Mana kau pergi!" Adriana lantas mencampak telefonnya ke atas kerusi penumpang bersebelahannya setelah mendapat voicemall. Stereng kereta diketuk-ketuk bagi memikirkan sesuatu. Lantas dia mencapai semula telefonnya dan mendail nombor seseorang.

"Hey sayang, takkan baru je jumpa dah rindu?" sapa Adrian tanpa sempat Adriana berkata.

"Ian! Ian kena tolong Iana! Iana takut Ian! Isk isk isk." Adriana menghamburkan tangisan.

Adrian terus berdiri apabila mendengar tangisan tunangnya.

"Ya tuhan, kenapa ni? Apa yang jadi? Bagitahu Ian!" desak Adrian.

"Isya... Isk isk isk... Isya kena.... Isk isk isk... Culik!"

Hampir terkeluar biji mata Adrian. Delisya?

"Hah? Iana biar betul? Macam mana pula Delisya kena culik?"

"Tak tahu! Iana datang rumah Isya sebab nak bagi fail tapi tup tup Isya tiada! Isk isk isk. Anak-anak dia pun sama dan.. pembantu rumah Isya pengsan tak sedarkan diri macam kepala dia kena ketuk," terang Adriana tercebik-cebik.

"Harraz? Dah call Harraz?"

"Dah! Berpuluh kali Iana call tapi asyik tak voicemall. Ian.. Iana takut sangat... Isk isk isk."

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now