Suasana di kawasan tanah perkuburan sangat sesak, kawasan itu dibanjiri dengan orang ramai. Masing-masing mengunci bibir, lebih selesa untuk melayan perasaan. Hanya bahu sahaja yang terhenjut-henjut menahan esakan yang semakin mendayu-dayu.
Sebaik sahaja berita buruk yang mereka terima di hospital pagi tadi, mereka terus bergegas ke tanah perkuburan setelah dimaklumkan bahawa jenazah sudah dihantar ke situ bagi proses pengebumian. Sekujur tubuh kecil telah siap dikafankan dan sedang diangkat oleh beberapa orang lelaki, termasuklah Harraz, Adrian dan Ridzwan.
Kini jenazah sudah dibaringkan ke dalam liang lahad. Kafan yang menutupi muka diselak sedikit hingga menampakkan wajah jenazah.
Delisya menekup mulutnya. Tangisannya semakin kuat, air mata berpusu-pusu keluar membanjiri pipinya. Wajah suci itu membuatkan dadanya menjadi sesak. Air matanya menceritakan kesedihan yang dialami apabila mengenangkan bahawa itulah kali terakhir dia melihat wajah suci anak sulungnya. Saat-saat mereka bersama Damia terimbau bagai pita rakaman.
"Nanti Damia dah besar, Damia janji Damia akan bawa papa, mama dan adik jalan-jalan satu dunia!"
Dania menepuk tangan tanda suka.
"Ewah, nak bawa kita orang pergi mana tu?" Harraz tersengih.
"Mana-mana je yang mama, papa dan adik nak pergi! Damia nak spend time banyak-banyak dengan mama, papa, adik..." Gembira betul wajah Damia.
Mereka tersenyum lebar. Sejuk mata memandang anak sulung mereka ini mempunyai cita-cita yang tinggi.
"Bagusnya anak mama ni, kecil-kecil dah ada semangat dan azam nak gembirakan hati ibu bapa. InsyaAllah ya sayang? Belajar rajin-rajin baru dapat bawa mama, papa, adik jalan-jalan satu dunia!" sokong Delisya pula. Harraz turut tersenyum setuju.
Damia mengangguk laju. Damia janji mama, papa!
Suara comel Damia bagai terngiang-ngiang. Mana janji Damia? Bila Damia nak bawa kita orang jalan-jalan? Hal ini menambahkan lagi tangisan Delisya. Anak mama yang solehah, mama rindu... Adriana disebelah Delisya mendakap dan mengusap belakang tubuh kawan baiknya. Bimbang jika Delisya rebah dengan tiba-tiba. Sesekali dia juga menyeka air mata yang tiada penghujungnya. Doa kakak sentiasa dengan mu, adikku.
Daniel sedikit terkilan kerana tidak dapat menurut serta mengebumikan Damia. Dia harus mendukung dan menyenangkan Dania yang menangis terjerit-jerit. Wajah dan mata Dania kelihatan sangat merah akibat terlalu banyak menangis. Satu satunya kakak yang anak kecil itu ada telahpun pergi meninggalkannya. Sedaya upaya Daniel mendodoi Dania untuk meredakan tangisan meskipun hatinya terasa sakit bagai dicucuk-cucuk. Dia rindukan Damia. Senyuman manis Damia terbayang dalam fikirannya.
"Abang Niel! Abang Niel!"
"Ya, sayang?" Daniel membongkokkan tubuhnya separas Damia.
"Terima kasih tau sebab abang selalu gembirakan mama dari dulu sampai sekarang. Mama selalu cerita dekat Damia yang abang banyak tolong mama sama macam Kak Ad. Abang memang the best!"
Daniel sebak. Anak sekecil lapan tahun mengucapkan terima kasih kepadanya? Atas sebab mamanya?
Mata Daniel mula hangat. Dia membelai rambut Damia.
"Shhh.. tak perlu terima kasih dekat abang. Memang tanggungjawab abang sebagai adik kepada mama. Damia nak tahu sesuatu tak?" Sambil membelai rambut Damia dia bertanya.
Damia menanti dengan senyuman.
"Damia ni anak yang saaaangat baik. Hati Damia mulia dan suci. Mama beruntung sangat sebab dapat anak macam Damia. Damia kena ingat selalu yang Damia dan Dania ni kekuatan mama. Damia pun kena selalu kuat untuk mama, ya? Damia jaga adik dan mama baik-baik. Abang Niel sentiasa doakan Damia semoga suatu hari nanti Damia akan jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin.." Bersama air mata yang berjuraian dia memberi pesanan.
![](https://img.wattpad.com/cover/251117636-288-k946593.jpg)
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...