"Ayangg, are you okay?" soal Harraz setelah masuk ke dalam rumah. Tubuh Delisya didakap penuh kasih.
"Yeah, I'm fine abang, but you need to see that," ujar Delisya. Jari telunjuk kanan naik menunding ke arah meja makan.
Harraz meleraikan pelukan. Dengan jantung yang berdegup kencang, dia melangkah ke meja makan. Matanya menangkap pada sebuah kotak merah yang terletak elok di atas meja. Kepalanya dipalingkan semula kepada Delisya yang di belakangnya. Kelihatan Delisya sedang mengangguk kepala sebagai tanda itulah benda yang merisaukannya.
Harraz merenung kotak itu kembali. Dia kemudian membuka perlahan-lahan penutup kotak tersebut untuk melihat kandungannya.
Mata Harraz terbeliak besar. Dia bagai disambar dengan halilintar. Tangan kanannya pantas menekup mulut dan hidung.
"Ee abang tutup balik! Isya tak tahan bau dia. Buanglah kat luar," suruh Delisya bersama tangan yang juga menutup hidung dan mulutnya.
Tanpa melengahkan masa, dia menutup laju dan terus berlarian membawa kotak itu sebelum di buang ke dalam tong sampah luar rumah.
"Macam mana benda mengerikan macam tu ada kat dalam rumah kita, yang? Bau dia pun dah serupa sangat dengan bau bangkai walaupun patung." Harraz memicit kepalanya.
"Isya pun tak tahu dari mana datangnya. Isya dengar ada bunyi lonceng pagi tadi, jadi Isya ingatkan abang la yang datang tapi bila Isya buka pintu, ada kotak pula kat depan. Isya pun bawa la masuk nak tengok apa kat dalam dia end up lain yang terjadi." Delisya melepaskan keluhan.
"Kita tak boleh biarkan benda ni semakin melarat. Kalau kita tak ambil serius memang makin teruk orang tu akan kacau kita. Macam ni la, ayang jangan risau, abang akan buat sesuatu. Ayang okey kan? Ayang tak apa-apa?" soal Harraz lalu melekapkan tangannya pada kedua-dua pipi Delisya.
"Ya, I'm okey abang. Nasib la Isya tak pengsan tadi. Tuhan sahaja tahu betapa terkejutnya Isya bila dapat benda yang sungguh menyeramkan tu."
"Next time ayang be carefull okey. Jangan buka pintu tanpa sebarang usul periksa. Kita tak tahu dia berada dekat mana sekarang, because of that we need to be more careful about it." Dahi mulus Delisya menjadi singgahan bibir Harraz.
"Terima kasih abang. I'm glad Allah sent you for me." Delisya menguntum senyuman bahagia.
"You're most welcome darling. I love you till jannah, my wife." Harraz membawa kedua telapak tangan Delisya ke pinggangnya.
"I love you more till syurga." Lantas Delisya menyembamkan wajahnya pada dada bidang milik Harraz. Sungguh dia terasa selamat ketika berada dalam pelukan Harraz.
"Sayang, sayang juga. Damia bila nak balik?" soal Harraz selepas pelukan dileraikan.
"Haah la bang. Pukul berapa dah sekarang ni?" Delisya memegang tangan kanan Harraz sebelum dibeleknya jam pada pergelangan tangan suaminya.
"Dah pukul 5.00 ni abang. Jom kita ambil Damia," ajak Delisya kemudian berpaling untuk berlalu pergi.
"Eh ayang tak payah ikut," arah Harraz menghentikan langkah Delisya.
"La, kenapa pula?" Delisya melipatkan tangan ke dada.
"No no no. Bahaya ayang kat luar tu. Pokoknya nanti dia serang pula ayang tiba-tiba kat luar tu macam mana? Ayang duduk rumah dengan Dania ek? Abang pergi ambil Damia dari sekolah," pujuk Harraz lembut.
"Hm... Okey. Isya duduk rumah." Delisya akur.
"Macam ni la isteri abang yang tomey tomey ni. Pastikan pintu, tingkap, tandas, dapur dan semuanya dalam rumah terkunci. Apa-apa kemusykilan terus telefon abang, faham?" pesan Harraz tegas.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...