Delisya menyanyi kecil sambil menuju ke arah mejanya. Semangat untuk memulakan pagi hari dengan kerja. Ini yang kita mahukan.
Tiba-tiba kakinya terhenti. Matanya berkelip-kelip.
"Dari mana pula ni?" Delisya mencapai sesuatu yang terletak kemas di atas mejanya.
"Ewah, ewah! Cik Puan Delisya kita dapat bunga la you all." Muncul suara mengusik Laila dari belakang.
Terperanjat Delisya dibuatnya. Dia mengurut dada.
"Hm.... Bukan untuk aku kot? Entah-entah bunga ni untuk kau tapi 'owner' dia tersalah letak kat meja aku. Mana kita tahu kan," sangkal Delisya sambil menilik sejambak bunga itu. Bunga kegemarannya!
"Aku? Eh... Aku tak suka bunga Tulips. Setahu aku kau sorang je yang suka bunga Tulips kat sini, kan? Hah tu meja kau pun penuh dengan bunga." Laila berkata lagi.
Delisya tersengih, memang mejanya dipenuhi dengan bunga tersebut. Namun persoalannya, betul ka bunga ini ditujukan kepadanya?
"Hah, tak payah nak serabutkan kepala. Tu, ada kad dekat kat situ. Masa aku datang tadi, bunga tu memang dah ada kat meja kau. Siapa yang letak pun tak tahu. Kau tunggu apa lagi, buka la cepat. Aku sambung kerja aku dulu," suruh Laila lalu berlalu pergi tempat duduknya yang selang dua baris dengan Delisya.
Delisya masih terpinga-pinga. Hatinya bermain teka-teki sama ada mahu buka atau tidak.
Dia kemudian menarik nafas. Senyuman terukir manis melihat enam kuntum bunga itu. Matanya terancap pada sebuah kad kecil yang terlekat kertas bunga itu. Dia mengambil lalu membacanya.
Six tulips for my love ones.
You
Are
So
Beautiful
To
Me... <3H.Z
Delisya termenung seketika. H.Z? Otaknya ligat menganalis singkatan huruf itu.
Setelah beberapa saat berfikir. Hatinya terdetik seseorang. Dalam masa yang sama pipi nya terus bertukar ton warna. Dia menggeleng tidak percaya.
"Harraz... Zafran?" Bibirnya menyebut nama itu perlahan.
Sedaya upaya dia menahan otot bibirnya daripada mengukir senyuman tetapi akhirnya dia tewas juga.
Adriana yang memerhatikan gelagat Delisya di sebalik pintu pejabat menayang senyum kemenangan. Nampaknya, rancangan mereka membuahkan hasil. Adriana membetulkan sedikit suaranya. Dia berjalan terkedek-kedek ke arah Delisya.
"Hah!"
"Oi, Harraz!" Delisya menekup mulutnya terkejut. Darah menyerbu wajahnya kembali. Adriana sudah bantai menggelakkan Delisya.
"Amboi, kau! Dah kenapa sebut nama Harraz, ni? Kau rindu dia ke?" Adriana meneruskan semula tawanya. Delisya terkulat-kulat.
"Ish! Mana ada! Tiada masa aku nak rindu dia." Delisya mengulingkan matanya.
"Eh! You dapat bunga ke tu? Wah, you ada secret admire, ya? Tak bagitahu i pun," sakat Adriana bersama nada gediknya.
"Secret admire apanya? Ni, aku rasa bunga ni daripada Harraz sebab kat dalam kad ni tertulis H.Z. Tapi... kau rasa dia ke?" Delisya bertanya.
"Eh, of course! Siapa lagi kalau bukan dia. Kau ada kenalan nama 'H'? Tak, kan?" Adriana meyakinkan kawan baiknya itu. Delisya berkerut.
"Tiada tu memang tiada tapi.. yang kau pasti sangat dia bagi tu kenapa? Taklah, aku rasa bukan dia. Nama aku pun tiada dalam kad ni. Mungkin orang lain punya bunga tapi terletak kat meja aku. Kalau tiada sesiapa yang tuntut, aku buanglah." Delisya berlagak tenang. Hatinya menjerit-jerit tidak mahu. Cantik kot!
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomansaDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...