"Kita nak pergi mana ni?" tanya Delisya kepada Harraz yang sedang memandu di sebelahnya.
"Eh, awak ni takkan kita nak pergi beli barang sekolah pula lepas bertunang? Mesti la nak pergi beli baju kahwin," kata Harraz sambil mengerling Delisya sekilas.
Alhamdulillah mereka sudah pun selamat bertunang setelah keluarga Harraz menghantar rombongan meminang seminggu yang lepas. Mereka hanya membuat majlis tunang secara kecil-kecilan sahaja kerana mahu fokus dengan majlis akad nikah yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
"Hehehe, saya tahu la nak pergi beli baju kahwin, tapi takkan sekarang?" soalan Delisya mengerutkan dahi Harraz.
"Jadi awak nak tunggu bulan depan masa akad nikah ke baru nak beli?" Harraz tergelak kecil.
"Bukan.. jomlah kita pergi makan dulu. Awak ni tup tup je pagi-pagi buta call bagitahu yang awak ada dekat depan rumah saya. Kelam kabut saya lari pergi bersiap nasib baik dah mandi, tapi saya tak sempat nak sarapan tau tak. Sempat masak untuk Damia dan Dania je. Hm, perut saya nyanyi-nyanyi lagu bole Chudiyan dah ni." Delisya memuncungkan bibir.
"Alololo, ye ke? Saya fikir awak dah makan la, yang. Okey, okey kalau macam kita pergi makan sekarang ya? Awak nak makan kat mana? Saya belanja harini," ujar Harraz tersenyum.
"Eh bukan biasanya awak ke yang belanja saya makan? Cara awak cakap macam saya pula yang selalu belanja awak." Delisya tersengih. Dah orang tu offer nak belanja, takkan kita tolak? Itu tolak rezeki namanya.
"Haah kan? Tak apa harini saya belanja awak dua kali ganda dari yang biasa. Awak cakap je kat mana dan awak pesan je apa-apa saya janji tak kisah dengan harga nya."
Mata Delisya bersinar-sinar.
"Hm... Saya rasa, saya nak makan..."
Harraz diam. Dalam hati sudah berdoa semoga tunangnya ini tidak meminta makanan dan minuman yang mahal-mahal.
"Saya tak nak makan la. Tak jadi." Delisya tersenyum comel.
"Aik? Tadi kata lapar macam tak makan 10 tahun, ni dah kenapa tak nak makan pula?" Harraz menggaru kepala menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya masih setia menggenggam stereng kereta.
"Hehehe, saya nak minum je untuk isi perut saya ni. Tiba-tiba dah tiada selera pula bila awak kata nak belanja saya makan besar. Mungkin perut saya jatuh kasihan dengan awak, kot? Dia tak nak duit awak habis macam duit Daniel." Delisya tertawa apabila teringat akan kisah adiknya yang selalu dibuli olehnya. Habis pokai juga si Daniel tu.
"Kenapa dengan Daniel?" tanya Harraz pelik.
"Hm.. dia pun macam awaklah, dia cakap 'harini Daniel nak belanja kakak apa sahaja yang kakak mahu.' Hah, lepastu bila saya dah pesan semua yang saya nak dia merajuk pula sebab duit dia habis saya boros. Sampai beratus-ratus juga la habis." Sekali lagi Delisya tertawa dengan kebodohannya sendiri.
Harraz membulatkan matanya. Fuh, selamat dia kalini. Terima kasih kepada perut Delisya.
"Hm, tapi awak jangan ingat awak boleh terlepas selalu tau! Mu tunggu nasib mu." Delisya tersenyum jahat. Jarinya menunding Harraz.
Harraz terdiam. Ada betul juga Delisya katakan itu. Dia akan berkahwin dengan Delisya. Sehidup semati bersama Delisya. Namun dia langsung tidak kisah akan itu. Duit boleh dicari, Delisya tidak boleh dicari mana-mana. Hanya dia yang satu.
"Okey okey, so sekarang awak nak apa?" Harraz menyoal.
"Saya nak yang murah jer." ayat Delisya melegakan hati Harraz.
"Oh, murah. Murah tu apa?" Lembut Harraz bertanya semula.
"Starbucks." Delisya tersengih.
Harraz menoleh ke Delisya tanpa berkelip. Starbucks dia kata murah? Oh my god! Kalau Starbucks pun dia kata murah apalah nasib untuk makanan dan minuman yang lain? Harraz was too stunned to speak.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...