32th

443 26 0
                                    


___________________________________

Aku meraup wajahku beberapa kali dan memandang ke luar cermin kafe bersebelahku ini. Suara Marc, Ariana dan Khai yang sedang berbual hanya menjadi suara latar belakang yang sayup kedengaran. Suara hatiku yang tidak tentu hala ini yang menjadi fokusku.

Setelah Ammar menghantarku pulang semalam dan tiba sahaja di perkarangan rumahku, kami masing-masing terdiam. Aku mengimbau kembali perbualan terakhir kami malam itu.

"Thank you Am." Ucapku dan memandangnya yang sudahpun menoleh ke wajahku setelah kami lama terdiam di dalam perut kereta itu. Dia tidak menjawab.

Bibirnya seolah bergerak ingin berkata sesuatu namun ditahan. Dia hanya mengangguk dan memberiku senyuman kecil.

Aku berura untuk membuka pintu namun dia menahan dengan memegang pergelanganku.

Ammar menunduk dan keningnya berkerut. Dia mengemam bawah bibirnya dan aku perasan ibu jarinya mengelus lembut pergelanganku.

"Ammar?" Panggilku dan dia mengangkat wajahnya.

"I just wanna make sure you're okay. If you want anything, just hit me up yeah?" Katanya.

"Its fine. I rang Marc all the time." Balasku jujur. Sememangnya jika ada apa-apa, Marc orang pertama yang akan aku hubungi kemudian Ariana dan Khai.

Ammar diam sahaja mendengar jawapanku. "Uhm o-okay then. But just in case, you still have my number right?"

Aku diam disitu. Nombornya sudah lama aku padamkan sejak setahun lalu. Taktik cliche apabila ingin melupakan seseorang. Seolah boleh hilang terus semua memori setelah kita padamkan nombor telefon seseorang.

Aku mengangguk sahaja tidak mahu memanjangkan hal.

"It's getting late. Thank you again." Aku membuka pintu dan keluar dari perut kereta itu. Ammar memerhati dari dalam. Aku yang sedang mengeluarkan kunci rumahku menoleh ke arahnya di dalam kereta dan mengangkat tangan tanda yang aku okay dan dia boleh beransur pergi. Ammar menggenggam stereng keretanya dan mula mengundur keretanya.

"Mia! Mengelamun pulak dah." Khai menepuk belakangku. Aku menoleh ke arah mereka yang sedang memerhatiku. Khai yang sedang berebut donut dengan Ariana dan Marc yang tidak habis-habis sejak daripada awal pagi tadi merenungku dingin. Masih marah lagi kah dia?

"Ahh sorry! Mia teringat something." Aku senyum simpul dan memandang mata Marc namun dia segera melarikan matanya dariku.

"It's okay! By the way siapa yang hantar you semalam. Ari harap nya lah Mia sleep over dekat my house tup-tup Mia dah balik." Ucap Ariana sambil mengunyah donut yang berjaya dirampas olehnya daripada Khai. Monyok saja Khai di sebelahku.

"Ouh sorry semalam Mia tak sihat sangat jadi Mia terus rasa nak balik." Jawabku menepis persoalan Ariana tentang siapa yang bawa ku pulang semalam. Khai dan Marc yang semestinya sudah tahu mengerling ke arahku.

"Tak sihat sampai boleh drift kereta orang kan Mia?" Marc berkata tanpa memandangku.

Here we go...

"What?!! You bawak kereta? Kereta siapa? You speed lagi kan? Sapa yang bagi you bawak? Eah kau eah Khai. Kau memang kan memandai je selalu sangat soft spot dengan Mia ni. We already discuss about this." Ariana menyepak kaki Khai dari bawah meja membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.

"Mana ada! Bukan aku lah." Nafi Khai.

"It's your cousin Ariana. Ammar." Marc menyampuk dengan nada dingin membuatkan Ariana tergamam dan memandangku terkejut.

Painful LoveWhere stories live. Discover now