Aku membersihkan diri sebaik sahaja turun selepas bertemu dengan Ammar. Ammar membuat aku berjanji kepadanya untuk tidak mengungkit apa-apa isu yang bermain di fikiran kami hanya pada percutian kali ini. Aku akur kerana tidak mahu berdebat. Lagipun aku tahu aku tak dapat mengelak daripadanya juga di sini.
Malam itu suasana riuh sekali kerana staff Ariana turut serta dengan malam barbecue ini. Khai cuba menunjuk handalnya semasa membakar ayam dengan sous chef Ariana yang risau melihatnya di sisi.
"How's you and Ammar? I thought he's gonna flip out the moment we got back." Marc berkata di sebelahku. Aku memandang ke arah Ammar yang sedang memerhati Ariana menyusun bunga ros di pasu kaca. Wajah lelaki itu nampak tenang sahaja sambil sesekali tersenyum apabila Ariana nampak teruja dengan gubahan bunganya.
"He's suprisingly fine." Jujurku dan berkalih memandang Marc. Lelaki itu mengangguk dan merehatkan tangannya ke penyandar sofa di belakangku.
"That's good. Wanna grab some food?" Marc mengajak sambil menunjuk ke arah Khai yang sedang mengipas-ngipas sosej dan pelbagai jenis makanan laut beserta ayam di hadapannya dengan cemas. Riak wajahnya menciut hatiku. Aku mengangguk dan mengekori Marc. Kami sekali lagi bertelagah di bar panjang yang berada di luar tentang makanan yang terlampau sikit aku isi di pingganku dan dia menambah sambil membebel. Aku hanya mencebik dan patuh sahaja dengan permintaannya.
Baru sahaja aku dan Marc melintasi balkoni dan aku berura untuk duduk disebelah Marc kembali di sofa tadi, pergelangan tanganku yang tidak memegang pinggan ditarik seseorang. Membuntang mataku apabila Ammar menarik tanganku membuatkan aku duduk di sisinya sebelum sempat aku pergi kepada Marc di depan kami.
Marc memandang aku dan Ammar dihadapannya. Ammar mengambil pinggan di tanganku sementara aku berwajah tercengang.
"Stop clinging to Marc. He already had you all day today. It's not fair." Ammar kata kepadaku namun suaranya cukup kuat untuk Marc dan Ariana yang berada di bar dekat dengan kami untuk mendengarnya. Merah padam mukaku.
Ammar membuat muka selamba dan mencuit sosej bakar di pingganku dan menyuap ke mulutnya. Kemudian dia bersandar dengan sebelah tangannya melingkar ke belakangku santai. Ariana tersengih kecil melihat perangai Ammar yang merenung Marc di hadapannya.
Looks like Ammar already begin to claim his territory. Bisik hati Ariana dan menggeleng sambil tersenyum.
"Geez get a room." Khai yang baru melangkah masuk dengan kedua tangan memegang pinggan yang penuh berisi makanan memandang kami dengan muka berlakon seperti geli. Kehangatan tubuh Ammar yang rapat denganku membuatkan hatiku tidak tenang. Lagi-lagi apabila mereka semua sedang menyaksikannya. Ammar menghulurkan kembali pinggan kepadaku dan mengangguk menyuruh aku untuk mula bersantap bersamanya di sisi.
Aku diam dan mencubit makananku lalu mengunyahnya perlahan.
"By the way, thanks for flowers Marc! I love it!!" Ariana berkata teruja dan tersenyum lebar ke arah Marc sambil masih lagi bermain dengan gubahan bunganya. Marc tersengih dan mengangkat bahu.
"We already knew your obsession with flowers Ari. How could I not brought some for you." Marc membalas.
"Kenapa kau tak belikan aku?" Khai yang kini sedang duduk di sisi Marc bertanya dengan wajah tidak puas hati. Aku dah mula nak tergelak mendengar soalannya.
Marc mengerling Khai perlahan seolah ingin meluku kepala sahabatnya itu. "Kau apahal?"
"Aku pun suka jugak bunga. Kau ni sexist betul lah!" Khai mengunyah ayam bakarnya dan merenung Marc tajam.
"Kau belilah sendiri tak kuasa aku nak belikan pastu bagi kau satu." Marc mengesot menjauhi Khai dengan pinggan di tangannya. Aku yang sedang mengunyah menguntum senyuman yang tidak dapat ditahan. Kemudian mereka bertengkar pula sampai ke Ariana sekali masuk campur. Mataku bergerak liar sambil mendengar celoteh mereka yang sangat menghiburkan. Jariku sibuk mencubit makanan di pinggan dan wajahku tertancap ke arah Khai yang mengamuk apabila Marc mencuri sosejnya dengan pantas.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you