29th

604 30 5
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam kafe yang terletak di hujung jalan itu. Kecil sahaja tempat ini dengan suasana yang menyamankan memandangkan tiada pelanggan lagi yang datang berkunjung. Jam berada di angka 8:30 pagi dan aku membuat keputusan untuk memesan secawan kopi hitam bersama sandwich tuna.

"Ini pesanannya. Enjoy your meal." Pelayan wanita itu meletakkan hidangan di atas meja dan aku menghadiahkan senyuman kepadanya. Mataku melilau melihat interior dalaman kafe ini. Sangat klasik dan unik di mataku.

Telefonku berbunyi lalu aku menyeluknya dari dalam poket. Tersengih terus apabila nama itu terpampang di skrin.

"Mia. Where are you?" lelaki itu bertanya sebaik sahaja aku menjawab panggilan. Nada tidak puas hatinya kedengaran.

Aku tertawa kecil. "Dekat satu kafe dekat dengan my house. Kecil je macam old house." Jujurku.

"Well you should've told me. Marc tunggu depan rumah ni lama dah. The moment I saw your bike was not parked infront of the porch, I knew you werent home." merungut pula dia.

"Sorry. Meh lah datang sini. My meal baru je sampai." Aku berkata sambil mengunyah sandwichku.

"Takpelah. Marc kena balik ambil Ari kejap. Dia nak pergi ambil dress dia."

"Oh? Dia ada date ke?" Tanyaku. Aku melekapkan telefon ke bahu untuk mengambil cawan berisi kopi panas. Penuh sudah kedua tangan ni.

"Lol tak ingat ke? Malam ni birthday mummy dia, so ada celebration."

Aku mengangguk tanpa sedar mengingat kembali informasi itu. "Okay then i'll text her and send my birthday wishes to her mom kejap lagi." Balasku dan berura untuk menamatkan panggilan.

"Mia. You were invited to the party. Remember?" Marc berkata dan aku dapatkan bayangkan yang dia sedang menepuk dahinya sekarang.

"Oh! Right. I forgot sorry. Kejap lepastu Marc nak ambil Mia ke malam ni?"

"Yes. Be ready at 8. Wear that soft pink dress I saw in your wardrobe." Dia tertawa kecil.

"Bila masa pulak Marc selongkar almari orang ni eii." Aku menjulingkan mata namun tersenyum juga akhirnya. Marc ni memang macam-macam.

"Pakai yang tu tau. Lawa apa. See you then, bye."

"Hm tengoklah. Byee see you." Aku menamatkan panggilan lalu menyeluk semula telefon ke poket sebelah kiriku dan menikmati semula makanan.

________________________________________

Aku menolak satu persatu pakaian di dalam almariku. Sebaik sahaja ternampak dress yang disebut Marc pagi tadi, aku menariknya keluar.

Hmmm seriouslah Marc suruh aku pakai dress ni. I mean I bought this long ago tapi tak tahu nak pakai dekat mana dan bila. Aku menilik tubuhku bersama dress itu di cermin dan tersenyum kecil.

"Pakai jelah."

Sesudah mengeringkan rambut, aku menghumbannya ke hadapan wajahku dan meramasnya kasar. Nampak macam pelik tindakanku ini tapi aku ingin rambutku nampak voluminous kerana aku hanya ingin melepaskannya sahaja di bahu.

Tanganku nampak kelam kabut untuk memilih alat solekku. Aku mewarna wajahku nipis dengan foundation dan concealer. Bulu mataku dilentikkan.

Painful LoveWhere stories live. Discover now