63th

249 14 1
                                    

Ammar's POV

Mataku tajam memerhati tiap langkah Mashitah memasuki satu rumah banglo yang agak terbiar. Sudah hampir sejam aku dan Marcos bersama beberapa pasukan keselamatan mengekori Mashitah sebaik sahaja majlis di syarikat ibuku tamat. Pada mulanya, wanita itu singgah di rumah Rikkard kemudian mengambil perjalanan jauh menuju ke kediaman ini yang sudah pun di luar kota Kuala Lumpur.

"Where the hell is this?" Khai muncul di tengah tempat duduk di antara aku dan Marcos daripada belakang. Aku memandangnya sekilas sebelum kembali fokus ke arah kediaman itu. Ada beberapa orang lelaki yang berkeliaran dan keluar masuk daripada banglo itu. Gambaran itu membuatkan aku tidak sedap hati.

"This is some shallow shit. You think Mia is in here?" Tanya Khai lagi. Aku mengangguk dan membuka tali pinggang keledar untuk keluar daripada kenderaan ini sebelum dihalang Marc.

"Let my team secure the area first. This is not safe. Tengok lah berapa ramai orang dalam tu dan diaorang semua nampak on guard." Marc berkata. Aku memandangnya dan mendengus kecil sebelum mengangguk faham.

Dadaku berombak kencang dan aku hanya mahu pecah masuk sahaja rumah ini untuk mendapatkan sama ada Mia ada di dalam atau tidak.

"What should we do now? Nak call polis ke?" Tanya Khai.

"We have to make sure Mia is in there first."

____________________________________________

Mia's POV

Pipiku ditampar dengan kuat sebaik sahaja ibu tiba di hadapanku membuatkan aku tersungkur di lantai. Aku menjerit kesakitan dan kulitku berdesing pedih.

"Ini semua salah kau!! Aku benci kau!" Ibu menendang kakiku penuh perasaan menyebabkan aku menangis teresak-esak. Kenapa dia bertindak sebegini rupa?

"Jantan kau tu sumpah menyakitkan hati aku! Kenapa dia nak bawak balik mak dia yang dah mati tu?! Kenapa dia tak mampos lagi?!" Wanita itu menjerit semahunya dan menghentak-hentak kakinya. Aku cuba sedaya upaya untuk menjauhi ibu bersama tangisan yang masih tersisa.

"Sekarang Rikkard tak nak bercakap dengan aku. Ini semua salah kau dengan jantan tak guna tu!" Aku menekup mulutku menahan tangisan. Ibu bertemu Ammar? Apa yang terjadi? Adakah dia mencari aku?

Tiba-tiba daguku ditarik kasar membuatkan aku memandang wajah ibu yang berang. "Aku akan pastikan kau terima padahnya. Kau takkan jumpa si Ammar kau lagi! Dia percaya yang kau dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Pelan aku berjaya jadi kau boleh blah daripada tempat dengan aman. Jantan tu pun dah teruskan hidup dia elok je aku tengok. Dia nak jaga syarikat mak dia je. Kau ingat dia ada masa nak kejar kau?"

Tohmahan dilemparkan kepadaku penuh kebencian dan air mataku mengalir laju dan dadaku kesakitan. Ibu mencengkam tanganku dengan kuat dan menarikku sehingga kami keluar daripada bilik itu.

Pertama kali sejak beberapa minggu aku di sini, aku menjejakkan kaki keluar daripada bilik itu dan kini di ruang tamu. Mataku membuntang melihat ibu menjerit semahunya dan melempar pasu bunga di kakiku sehingga serpihan kaca terkena pada kulitku. Aku memejam mata kesakitan dan melihat darah berlumuran di jari jemari kakiku.

"Ini semua salah kau!! Kau tu anak aku. Kenapa kau tak nak dengar cakap aku?!" Tanganku ditarik dan ibu memanggil seorang lelaki dan menyuruh mereka menyediakan kenderaan. Aku bernafas kuat bersama tangisan yang tidak dapat dihentikan apabila dia kembali menarik tanganku dan kami keluar daripada banglo ini.

Tubuhku ditolak kuat sehingga aku jatuh ke tanah. Tanganku menggigil untuk bangkit dan kepalaku kini berpusing seolah aku boleh saja pengsan pada bila-bila masa. Aku tak mampu lagi untuk dilayan seperti ini. Seolah aku ni macam patung yang boleh dipijak-pijak.

Painful LoveWhere stories live. Discover now