Fifth

850 47 0
                                    

Aku membuka bekal makanan lebihan sarapan pagi tadi. Telur gulung dicucuk dengan garfu dan disuakan ke mulut. Aku mengunyahnya perlahan sambil menongkat kepala.

"Mia!" Suara Ariana menyapaku. Aku mengangkat wajah dan melihat Ariana,Ammar dan beberapa teman mereka sudah berdiri dengan makanan di tangan.

"Vacant seats?" Ammar bersuara. Aku memandangnya dan menelan telur yang dikunyah. Terasa kelat di tekakku.

"Yeah." Aku mengangguk. Kemudian mereka mengambil tempat di hadapanku. Ariana duduk di sebelah Ammar bersama dengan teman-temannya. Aku berasa tidak selesa disitu. Seperti sedang diadili oleh mereka di hadapanku.

"You makan apa tu?" Ariana melihat ke arah bekal makananku. Pantas aku menariknya mendekati. Entah mengapa rasa malu pula dengan bekal makanan sendiri.

"Leftover breakfast pagi tadi. Bawak bekal." Aku tersenyum simpul. Ammar tidak berhenti memandangku.

Mereka menikmati makanan mereka. Teman-teman mereka bergurau senda dan kadang-kadang aku tertawa kecil mendengar gelagat mereka. Tiba-tiba baby tomato di tupperwearku di cucuk seseorang. Ammar.. Aku menelan liur memandang dia yang sedang mengunyah baby tomato yang dicurinya.

Aku berkalih ke Ariana yang rancak berbual dengan pelajar lelaki di sebelahnya. Mataku bertemu Ammar semula.

"Are you okay?" Dia menggerakkan bibirnya tanpa suara. Terkejut dengan tindakannya, aku menghiraukan sahaja soalannya.

Kemudian kakiku ditendang perlahan oleh nya di bawah meja. Aku memandangnya semula dan kembali menghadap makananku. Kakiku ditendang beberapa kali oleh nya.

"Whats wrong Ammar? Why are you kicking my leg?" Ariana memandang Ammar. Keningnya diangkat. Lantas aku tertawa perlahan kerana sedar yang kakinya tersasar ke tempat lain.

Ammar menggaru kepalanya dan menyuapkan kentang goreng ke mulut Ariana. "Nak suap." Dia memberi alasan. Alasan yang membuatkan hatiku tidak senang. Cemburu?

Ariana menarik hidung Ammar perlahan dan kembali menyambung perbualannya yang terbengkalai.

Setelah sesi rehat tamat, aku melangkah menaiki tangga menuju ke stor sukan. Beberapa kelengkapan sukan perlu aku ambil dari sana untuk di hantar kepada Cikgu Ramli di padang.

Aku membongkokkan badan mengambil beberapa biji bola di rak paling bawah. Tiba-tiba pintu bilik sukan kedengaran ditutup dari belakangku. Aku berpusing dan terkejut melihat Ammar menyandar di pintu tersebut. Bola-bola ditanganku terlepas dari tangan.

"Ammar!" Tepikku. Perlahan-lahan dia mendekati. Aku berundur setapak demi setapak.

"Why are doing this?" Dia bertanya. Matanya tajam merenungku. Entah kenapa tubuhku seolah-olah ingin melompat dan merangkulnya namun kewarasan masih menguasai diri.

"D-doing what?" Aku berbasa basi biarpun sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan soalannya.

"You are avoiding me for God's Sake Mia!" Lantas pinggangku dirangkulnya kemas tinggal kedua telapak tanganku di dadanya sebagai penghalang.

"What happen to this?" Dia menunjuk ke arah lenganku yang dipenuhi handyplast.

"Jatuh basikal." Aku menjawab. Sekali lagi skip bahagian sengaja itu. Malas nak memanjangkan hal.

"Did it hurt? Dia membawa lenganku yang luka yang mengucupnya satu persatu.

"N-not really." Gagapku. Ammar mengucup lembut lenganku dan membawa bibirnya ke pipiku. Nafasku berterabur dan mataku menjadi kuyu. Aku cuba menolaknya di dada namun tindakanku salah kerana dia pantas membenamkan bibirnya ke bibirku. Dia mengurut lembut bibirku dan aku melingkar tangan ke lehernya. Ciuman bertukar rakus sehingga tubuhku mengerekot ke belakang.

"Mhmmhmm." Aku mendesah di bibirnya. Kemudian ciuman kami terhenti. Aku tercungap-cungap mencari nafas namun gagal kerana dia menarik lagi bibirku ke bibirnya. Aku mendesah terkejut. Rambutnya dilarikan dengan jariku. Rasa mint dan coklat dari mulutnya menambahkan getaran di tubuhku.

"So sweet." Dia tersenyum di bibirku dan mengucup beberapa kali di situ. "Thats for avoiding me just now." Dia bersuara tegas.

Teringatkan Ariana aku pantas menolak dadanya.

"I'd suppose to." Aku bersuara.

"Suppose to what?" Dia bertanya tidak senang.

Aku menaikkan dagu. "A-avoiding you. Namun suaraku gagal menyembunyikan kegelisahan di hati.

"And why is that?" Dia memandangku bosan.

Takkan nak cakap yang cousin dia suka kat dia kot. Apa hak aku? Aku rasa bersalah pasal Ariana. Dia suka sangat Ammar rasanya. Kalau cousin mesti since kecik lagi rapat. Mulutku terkumat-kamit mencari idea.

"Sebab saya dah ada boyfriend!" Ayat itu meluncur keluar dari bibirku. Lantas aku menekup mulut.

Oh god!

Wajah Ammar berang. Sudah pasti dia tidak suka mendengarnya. Apa aku nak buat ni?

"Siapa?" Dia cuba beriak tenang namun mataku sempat menangkap tangannya yang dikepal-kepal. "Luqman?"

Luqman? Eiii tak nak tak nak. Aku tak libatkan dia dalam hal ni. Aku memikirkan idea lain.

"Emm dia-dia kawan saya kat kampung. Err saya baru jumpa balik haritu pastu kitaorang kenal-kenal then yelah." Aku mengangkat bahu. Bibirku diketap rapat. Ammar kemudiannya beriak tenang.

"Oh really?" dia mengangkat kening. "How is he?"

Liurku ditelan. Apa maksud dia?

"He's great." jawabku sepatah. Apa yang aku cakap ni? Tah siapa lah lelaki tu. Aku mana ada kawan dekat kampung. Sepupu pun tak ada. Eventually, kampung pun tak ada! Kalau beraya pun dekat KL ni jelah. Arwah ayah aku anak yatim piatu, mak aku pulak anak tunggal dalam keluarganya. I am basically a loner!

Ammar meraba dagunya. "I mean. How he is? Handsome? Tall?"

Aku mengangguk faham. Alamak! Macam mana ni? Nak cakap apa? Tak wujud pun.

"Uhh umm..dia mestilah ka-kacak. Pastu, figure macam model. Rupa dia ada kacukan s-sikit. Genetik German?"Aku menggengam jariku. "Pastu dia caring, pandai menyanyi then mata dia lawa."

Aku ni cakap pasal siapa? Lantas aku memandang wajahnya. Bunyi macam dia je. Aduhhhh. Bibirku digigit hingga aku boleh rasa darahku sendiri.

Ammar tertawa kecil "He sounds interesting."

Kemudian, Ammar merapatkan wajahnya denganku. "I cant wait to meet him." Dia tersenyum sinis.

"S-sure. Saya bawak awak jumpa dia." Apalagi yang aku merepek ni?! Ibuuuuu. Selamatkan Mia.

Dia tertawa lagi. "Again. Cant wait for that day."

**************

Painful LoveWhere stories live. Discover now