"Hey Mia." Elyn dan gengnya mendekatiku. Aku yang sedang mengemas makmal Bio selepas tamat kelasku berpaling dan mendapati mereka berada di belakangku dengan senyuman nipis di bibir.
"H-hey." Aku membalas. Tanganku meneruskan kerja membasuhku di sinki tanpa memandang mereka. Sedang aku cuba untuk mengeringkan tanganku, rambutku ditarik dari belakang.
"Ahh!" Kepalaku terdongak ke belakang. Tarikan tersebut begitu kuat sehingga air mata keluar di tubir mataku.
"Sa-sakit." Adu ku perlahan mengundang ketawa daripada Elyn dan gengnya.
"Sakit? Kau tak tengok lagi sakitnya hati aku ni!" Dia menarik kuat rambutku sehingga aku terdorong ke belakang. Pantas tangannya menyuakan Iphonenya ke wajahku. Mataku membesar melihat gambar aku dan Ammar yang sedang berpelukan dan mencium dahiku.
"Kau siapa hah?! Kau sapa nak dekat dengan Ammar?! Aku benci kau aku benci kau!!!" Elyn menarik rambutku dengan kuat lalu dia menolakku sehingga aku terjelepok ke lantai.
Aku mengerang kesakitan apabila dia menendangku diikuti dengan gengnya. "Kau tahu tak aku sayang gila dekat Ammar. Kenapa kau?!! Perempuan murahan. Dengan Ammar pun kau nak jual diri kau ke?!" Mereka menendang perut dan wajahku. Aku menangis teresak-esak.
Sesudah puas membelasah tubuhku, Elyn mendekatiku dan menampar pipiku. Aku meraba pipiku pijar.
"Kau mengadu dekat Ammar pasal benda ni, kau memang cari pasal dengan aku." Kemudian dia menunjal kepalaku. Air mata yang mengalir di pipi aku sapu dan melihat langkah mereka meninggalkanku. Aku cuba untuk bangun dengan kedua tanganku berpaut pada kerusi berdekatanku. Badanku terasa pedih dan membengkak. Esakan tangisan ditahan dengan mulut.
"T-tolong aku." Aku tersedu. Air mataku tidak henti turun dan pantas aku menyapu dengan belakang tangan. "I-hepp-buu."
"Mia!" tangan panas merangkul pinggangku dan membantu aku bangun. Aku memeluk tubuh tersebut dan menangis sekuat hati.
"M-Mia." Ammar memegang wajahku dengan kedua tangannya. Pandanganku menjadi kabur dengan air mata.
Aku menangis lagi dan dia memeluk tubuhku erat. "Who did this to you? God Mia." Ammar bersuara tersekat-sekat. Mendengar kata-katanya, tangisanku terhenti.
Aku menolak dadanya dan tangannya yang berada di pinggangku terlerai. Ammar bingung dan cuba untuk mendapatku semula.
Rambut yang melekat di wajahku ditarik perlahan. "Jangan dekat."
"Mia. Youre hurt. P-please let me heal you. Aku tak sanggup tengok kau macam ni." Aku membisu apabila melihat mata Ammar yang memerah. Perlahan aku menggeleng. Aku menutup mata kesakitan dan memegang perutku yang terasa pijar dan berdenyut membengkak.
"Ammar." Aku memanggilnya. Aku tidak tahu apa yang nak dikatakan. Aku perlukan seseorang. Itu yang aku rasakan sekarang ni. Aku tak sanggup nak hadapi benda ni sendirian. Aku sudah biasa dengan semua ini, tetapi apabila aku melihat Ammar, aku seperti memerlukan seseorang untuk berpaut.
Aku menutup wajahku dengan tangan dan menangis. Aku menahan keperitan di dada, perut dan seluruh tubuhku lalu duduk menangis teresak-esak.
"Ya Mia. Let me heal you. I cant bare this Mia. Please." Aku hanya mengangguk dan dia mengangkatku gaya pengantin. Ammar bergegas ke bilik sakit. Aku memeluk dan menangis di lehernya. Mata-mata pelajar menyaksikan situasi ini membuat aku rasa tidak selesa.
Ammar membaringkan aku ke katil. Pantas dia mencari First Aid di almari dan mendapatkanku.
Ammar menutup langsir dan mengambil tempat di sebelahku. Aku menutup mataku dengan lengan. Tangisan sudah berhenti. Ammar mengusap rambutku perlahan. Wajahku yang dipenuhi luka dan kebiruan dilarikannya dengan jari. Dia menarik lengan yang menutup mataku. Apabila mata kami bertaut, mataku kembali kabur dengan airmata yang mula kembali untuk mengalir. Ammar merapatkan wajahnya dan meniup seluruh lukaku.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you