48th

283 15 5
                                    

Tanganku mengigil melihat kekecohan yang berlaku di depan mataku. Wajahku mula panas dan dadaku serasa ingin pecah. Jeritan dan panggilan orang-orang asing ini membingitkan telingaku. Aku tunduk memandang kakiku yang terasa laju bergerak tetapi masih di tempat yang sama.

"Is it true you two are dating as well as your parents?!"

"Tuan Rikkard buat pengumuman tentang pernikahan yang sudah lama dirancang, kenapa korang berdua ada di bilik dan hotel yang sama?"

"Tolong jawab pertanyaan kami!"

Dahiku berkerut mendengar soalan-soalan ini. Kenapa mereka tiba-tiba ada di sini? Kenapa tiba-tiba keadaan menjadi kacau bilau sebegini dengan kamera yang tidak henti-henti memedihkan pandanganku?

Aku memandang tanganku yang digenggam figura di hadapanku. Sebaik sahaja aku dan Ammar ingin keluar daripada suite kami, segerombolan media dan wartawan berkerumun di lorong suite itu dan juga di lobi. Apa yang terjadi sekarang ini?

"Betulkah Puan Seri Suraya berada dalam koma kini dan meninggalkan wasiatnya kepada Tuan Rikkard?"

Aku mengangkat wajah mendengar soalan mengarut itu. Dengan kaca mata hitam di batang hidungku, aku memandang belakang Ammar.

"Woi, tepi lah ingat ni Hollywood ke?!" suara Khai berkumandang di lobi itu dan cepat-cepat menolak semua manusia yang berkerumun di situ. Ariana dan Marc sudah memarkir kereta betul-betul di luar lobi dan kami bergegas ke sana.

Jeritan soalan dan tapak kaki yang mengejar kami membuatkan aku hampir sesak nafas dengan panik. Marc membuka pintu kereta dan membiarkan aku masuk dituruti oleh Ammar.

Sebaik sahaja pintu tertutup, segala bunyi bingit menjadi kelam dan aku akhirnya dapat mendengar bunyi nafasku sendiri.

"Mia."

Aku meraup wajah dan memegang kepalaku dengan kedua tangan. Dadaku masih berombak kencang. Telingaku masih bingit.

"Mia! Hey!" Pipiku di tarik ke tepi dan wajah keras Ammar singgah di pandangan.

"Take a deep breath." Ucapnya dan aku mengikut. Marc memulakan perjalanan dengan laju tanpa menghiraukan wartawan-wartawan yang mengetuk cermin dan kereta kami.

"Ini semua gila! Kenapa sampai ada wartawan seramai itu dekat sana? Macam mana diaorang boleh tahu korang dekat sana?" Ariana bersuara tidak percaya. Khai yang berada di sisiku memegang bahuku lembut. Aku mengangguk sahaja kerana aku tahu dia inginkan respon untuk memastikan aku okay.

"Let me see the news." Kata Ammar tegas. Marc menghulurkan telefon bimbitnya.

Skrin telefon itu menunjukkan utusan media.

Tuan Rikkard, Presiden A.M Holdings umum perkahwinan bersama pemilik Galleri Wijaya Puan Mashitah.

Rahang lelaki itu diketap beberapa kali membaca headlines di skrin itu. Ammar menyandar dan meraup wajahnya beberapa kali dengan kasar. Jelas sekali amat jelak dan penat dengan semua ini.

Apabila aku teringat yang ibu tidak pernah menelefonku semalam, aku sudah rasa agak pelik kerana jika ada sesuatu yang merosakkan apa sahaja rancangannya, ibu pasti kecoh dan aku yakin dia akan mencariku. Namun semalam tiada langsung panggilan daripadanya.

"I'll take you to my villa. All of us can stay there for a while." Ujar Ariana dan semua orang terdiam sahaja manakala Marc mengangguk.

Mataku yang mula berair dapat disorokkan di sebalik kaca mata hitam ini. Situasi yang mengejut ini mengganggu emosiku. Aku tarik nafas perlahan untuk mengawalnya kerana tidak mahu menyusahkan hati mereka lagi.

Painful LoveWhere stories live. Discover now