"So... what you got?" Khai mengecilkan matanya memandangku.
"I'm not suppose to tell you anything on my cards. It's UNO." Aku tertawa besar melihat Khai membuat muka sambil menilik kad di tangannya.
Sejak kebelakangan ini, aku banyak menghabiskan masa bersama Khai. Tingkahnya yang sentiasa lucu membuatkan aku seolah lupa dengan masalah yang aku hadapi tika ini. Ini sudah masuk kali ke enam kami bermain UNO bersama dan lelaki tak pernah menang.
"I give up!" Khai bersandar ke sofaku dan menyilang tangan ke bahu.
Aku cukup pelik dengannya sambil tertawa. UNO adalah tentang luck. Walaupun kad aku tinggal satu, ada kemungkinan aku bakal mengambil banyak lagi kad. Cepat betul dia mengalah. Ke dia tak faham konsep? Dah 6 kali dah ni main.
"Remember about our weekend getaway?" Khai bertanya. Aku yang sedang mengacuh kad di tangan hanya mengangguk.
"It's tomorrow. You better come." Khai menuding jari ke arahku. Aku mengeluh kecil dan senyum.
"Okay."
Khai memerhati aku lagi. "By the way... asal aku nampak bagasi kau belambak dekat atas? What are packing for?"
Soalan itu membuatkan aku bungkam. Aku belum memberitahu sesiapa tentang keberangkatanku ke Australia beberapa minggu lagi.
"You're going somewhere..?" Tanya Khai curiga.
"You know what? I better make you some waffles!" Aku bingkas bangun dan meluru ke dapur.
"You tried to distract me with waffles and YOU KNOW IT'S WORKING!!" Tepik Khai di ruang tamu membuatkan aku tertawa kuat.
___________________________________________
Mataku meliar ke kawasan rumah percutian milik Ariana. Sungguh cantik dan tenang. Bunyi ombak laut membuatkan aku terasa teruja memandangkan sudah terlalu lama aku tidak ke pantai.
Marc mengeluarkan bagasiku daripada bonet keretanya dan tersenyum sambil memandangku. Wajahnya yang tersarung cermin mata hitam itu memerhati riak wajahku yang kagum setelah tiba di sini.
"Kau dah kenapa bawak pelampung bagai? Dah lah warna oren!" Marc bersuara apabila melihat Khai yang sedang berlari ke arahku dengan pelampung oren sebesar alam di tangannya.
"Nak berenang lah." Balas Khai membuatkan aku tertawa. Apa dah besar panjang berenang pakai pelampung. Marc hanya menggeleng. Cukup masak dengan perangai pelik-pelik rakannya itu.
"Ariana mana?" Tanyaku. Sebaik sahaja Marc menjemputku di rumah, kelibat Ariana masih tidak kelihatan. Aku ingat dia bersama Khai.
"Dia ada benda nak settle. Dalam petang ni sikit dia datang. Come, kita masuk dulu and rest for a bit. It's a long ride, my back is hurting." Adu Marc dan menarik tanganku bersama bagasi diangkatnya. Khai sudah berlari anak pantai yang terpampang luas berhadapan dengan rumah percutian ini. Lelaki itu seolah tidak pernah ada sesuatu yang menganggu hidupnya. Jiwanya seolah sentiasa bebas. Sedikit sebanyak aku agak cemburu dengan Khai.
Aku perasan Marc mengemaskan genggamannya di jari-jemariku. Kami masuk ke dalam banglo dua tingkat itu bersama. Pintu kaca yang besar sudah terbuka luas membuatkan angin pantai menghembus bebas ke ruang tamu.
"This is your room." Dia membuka pintu sebuah bilik dari tingkat bawah yang luas dengan interior putih dan sangat minimum sahaja. Aku senyum lebar dan duduk di katil bersize king itu.
"Thank you Marc." Ujarku senyum ke arahnya.
"Rest ahead. I'm just gonna settle down at my room and we get something to eat." Katanya.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you