33th

417 20 1
                                    

Jam menunjuk kepada angka 8:20 malam. Aku menanti di luar rumah dengan penuh debaran.

"Apa nak jadi dengan aku ni?"

"Kenapa aku setuju nak keluar dengan dia?"

Aku kehulur-hilir mengomel sendirian di hadapan pagar rumahku. Aku memang tak boleh move on daripada dia ke? Kenapa aku mudah sangat nak keluar dengan dia sedangkan dah hampir setahun dia meninggalkan aku! Apa nak jadi dengan aku ni? Persoalan itu bermain lagi di mindaku.

Ammar kata dia akan menjemputkan jam 8:30 malam ini. Katanya ingin mengajak aku ice kating di mall dan keluar makan. Aku setuju sajalah. Okay macam ni Mia. Kau bertegur dengan dia, luang masa dengan dia hanya atas dasar nak berkawan.

"Aku cuma nak buktikan yang ada healthy break up dalam dunia ni. Tak semestinya break up aja pasangan tu hold grudges then being toxic with each other all the time. Yup that's my ground!"

Hanpir terkeluar jantungku apabila deruman enjin yang kuat menerpa di hadapanku dengan laju. Sebuah superbike Ducati terpacak di hadapanku membuatkan aku tergamam. Penunggang superbike itu memakai helmet yang menutup keseluruhan wajahnya bersama jaket hitam likat. Aku diam tanpa kata di situ dengan jantung yang berdetak laju.

Melopong mulutku sekejap apabila dia membuka helmetnya dan memaparkan wajah Ammar yang memandangku sekilas dengan hujung mata sebelum tunduk melarikan jarinya ke rambut dengan pantas. Dia senyum kecil ke arahku sambil meramas rambutnya yanv kusut dek kerana memakai helmet itu.

"Hello." Ucapnya dan meletakkan helmet di peha sambil mengadapku. Aku menarik nafas panjang sambil tidak habis merenung wajah kacak itu. Kenapa nampak macam dua kali ganda kacak ni?

Aku menampar pipiku sekilas membuatkan Ammar terkejut. Dia ingin membuka mulut berkata sesuatu namun aku memotongnya pantas.

"You're here. Let's go. Nak helmet." Ucapku pantas dan bergerak mendekatinya. Ammar memandangku lama sebelum tawa kecil tercetus di bibirnya. Dia turun daripada superbike nya dan mengeluarkan lagi satu helmet hitam di dalam seat tempat duduknya dan kembali mengadapku.

"Let me." Katanya sambil tersenyum. Aku menghulurkan kepalaku kepadanya sahaja ingin menjauhkan jarak kami membuatkan dia mengangkat kening kirinya.

"Here.. pasanglah orang dah hulur kepala ni." Kataku pantas supaya aku tak tergagap dek kerana hati yang nak meletus dengan degupan yang laju. Ammar menarik lenganku membuatkan tubuhku terdorong ke depan mendekatinya.

Rambutku yang dilepaskan ke bahu di tolaknya perlahan dan dia memakai helmet di kepalaku dengan berhati-hati. Selesai mengemaskannya, dia mengetuk pula helmetku sambil tertawa membuatkan aku memegang kedua sisi kepalaku. Dah lah berat helmet ni dia pergi ketuk-ketuk pulak dah.

"Okay hop on." Katanya setelah selesai memakai kembali helmetnya dan menoleh ke arahku dibelakagnya. Aku teragak-agak untuk naik ke atas motor yang agak tinggi ini. Ammar menghulurkan tangannya dan aku cepat-cepat menerimanya kemudian menghayun sebelah kakiku.

"Woah.." ucapku dan tersengih pula. Dapat pun naik. Nasib baik pakai jeans kalau aku pakai skirt ke dress ke? Tak cakap awal-awal nak naik motor. Entah kenapa aku jadi teruja juga dalam diam kerana aku dapat menikmati angin malam.

Ammar menarik sebelah tanganku ke hadapan membuatkan aku memeluk pinggangnya. Tergamam sekejap.

"Pegang kuat-kuat." Ucapnya dan aku mengangguk dengan dagu di bahunya.

Deruan angin yang laju memecah kesunyian. Aku menongkat daguku di bahunya sambil melihat ke arah jalan yang kosong di hadapan. Aku perasan Ammar mengalihkan wajahnya yang bertutup dengan helmet ke arahku sekejap.

Painful LoveWhere stories live. Discover now