Aku menuruni tangga dengan cemas. Suara Ariana di belakangku hanya menjadi suara latar yang enggan aku dengari. Nafasku seakan tersekat-sekat. Kenapa ? Kenapa benda ini terjadi dalam hidup aku ? Mataku kabur dengan air mata yang cuba ditahan. Aku mengangkat wajah apabila bahuku dipaut seseorang setelah aku tiba di penghujung tangga.
"Marc.. tell me this is not true." Tangisan rayuan keluar dari bibirku sebaik sahaja wajah Marc yang cemas muncul di penglihatan.
Aku teresak dalam pelukan Marc. Ariana dan Khai memerhati di belakangku. Aku tahu mereka juga terkejut dengan rahsia ini. Rahsia yang seolah meragut segala perasaanku tika ini. Kenapa aku? Kenapa ibu?!
Aku meraup wajah. Tangisanku terhenti. Tanpa aku sedar, amarah menguasai diriku. Aku rasa dunia ini tak pernah adil buatku. Aku tak mampu nak mengalah dan jadi bodoh. Tak ada siapa pernah mengutamakan diriku. Ibu aku sendiri sanggup merosakkan rumah tangga orang lain tanpa rasa belas. Kenapa?!
Kalau dunia nak tunjuk yang aku dan Ammar tak patut bersama, aku boleh terima dengan seadanya. Tapi bukan dengan cara ini. Cara ini memakan diriku lagi. Nafasku turun naik menahan perasaan yang membuak-buak.
Aku meleraikan pelukanku daripada Marc dan diam menunduk ke lantai.
"You guys should go. I want to be alone." Pintaku tanpa memandang mereka.
"Mia, we can't leave you at this state." Marc membantah membuatkanp aku serasa ingin menjerit.
"Just leave me alone Marc! Please! I get it. Korang semua risaukan my well being but for once, I want to be alone! Please go." Kataku tegas namun sebak masih tersisa di balik suaraku.
Ariana memegang bahuku dan mengangguk. "Ari faham. Kitaorang balik. You need to keep calm Mia. Everything will be alright. Tolong hit us up if you want anything."
Aku mengangguk sahaja dan bergerak ke sofa di ruang tamu dan memeluk tubuh. Hatiku seolah mengeras. Aku rasa sungguh tak adil. Mereka bertiga memandangku lama sebelum keluar dari rumahku. Aku tak marahkan mereka. Kenapa pula mereka patut dipersalahkan? Ini semua salah hidup aku! Aku rasa malu dengan mereka. Malu dengan Ammar. Hatiku kembali sebak apabila teringat akan lelaki itu.
Perlahan-lahan aku membaringkan tubuh ke sofa dan mataku terus terlelap kepenatan. Hari ini terlampau panjsng dan penuh dengan air mata.
____________________________________________
Sinaran mentari mencelikkan mataku dek kerana bahangnya. Suasana kosong dan sunyi di ruang tamu itu aku teliti. Dah pagi.
Dengan langkah lemah, aku naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri. Kepalaku terasa berat dan tubuhku seolah ingin rebah kerana kepenatan.
Selesai mandi, aku mengeringkan rambut dan duduk di birai katil. Telefon bimbitku berdering seketika. Aku melihat ke skrin dan nama ibu terpapar di situ. Tajam terus mataku dengan perasaan membuak-buak.
"Hello anak ibu!"
Suara cerianya membuat aku jelak. Aku tak sangka ini rupanya ibuku. Kenapa aku tak pernah terfikir betapa aku ini anak yang terabai selama ini? Ibuku tak pernah pulang ke rumah. Jika pulang tak pernah lebih daripada satu malam. Awalnya aku akur dengan tugas kerjanya namun setelah menyedari bahawa dia bukan saja sibuk dengan kerja tapi sibuk berada di pangkuan orang yang tidak sepatutnya, duduk serumah ? Dan tinggalkan aku di banglo kosong ini? Ia membuka mataku.
"What?" Jawabku pendek tanpa perasaan.
"Kenapa bunyi badmood je ni? Ibu dah bank in duit kan? Tak cukup ya?" Ujarnya sambil tertawa kecil di talian. Menyirap darahku.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you