15th

641 28 5
                                    

"Tak tido lagi ke?" Wajah Ammar yang sedang menongkat dagunya di skrin Ipadku, aku renung.

Melihat jam di dinding sudah menunjukkan jam 10:30 malam.

"Kejap lagi. Saya nak siapkan assignment ni dulu. Awak tido lah, kenapa tak tido lagi ni?" Tanganku sibuk menaip tugasan di laptop tanpa melihatnya.

"Kejap lagi lah." Dia mengeliat. "Tak mengantuk lagi." Kemudian terdengar pula dia menguap. Ceh.

Aku memandang skrin dan mengangkat kening. "Seriously?"

Lelaki itu tertawa kecil dan mengangguk. Aku meneruskan tumpuanku dengan laptop di tangan. Aku tahu Ammar masih di situ tapi keseriusanku dengan kerja menyebabkan aku menghiraukannya.

"Pergilah tido dulu." Bisikku.

Aku mengalih pandangan di skrin Ipad melihat dia yang sedang memeluk bantal di dagunya sambil merenungku.

"Aku tunggu kau lah. Buat je lah kerja tu." Balasnya perlahan. Hidungku dikerutkan tanda tidak setuju namun siapa boleh katakan tidak pada dia ni. Kalau dia kata okay pun, dia takkan tido punya.

"Mia." Panggilnya.

"Mhmmhm?"

"Kau bahagia tak dengan aku?" Tiba-tiba soalan sebegitu diutarakan. Aku memandang wajah seriusnya bingung. Kemudian menangguk. "Bahagia."

Ammar seolah-olah membaca wajahku dan mengeluh.

"Okay."

Sedikit keliru dengan pertanyaannya, aku mengangkat Ipadku dan dipegang paras wajah.

"Kenapa tanya macam tu?" Tanyaku. Mata Ammar tidak henti merenungku membuatkan rama-rama di perutku kuat berterbangan.

"Kau tak pelik ke dengan kisah kita?"

"Kenapa dengan kisah kita?"

Ammar terdiam sekejap. Kemudian menyambung.

"Kau ingat tak first time kita jumpa?"

Aku mengangguk sebaik sahaja soalan itu muncul. Mestilah ingat. Pertama kali jumpa dia dan aku terus tak boleh berhenti fikir pasal dia.

"Mengelamun lah pulak." Ammar bersuara.

"Eh sapa suruh tanya. Tengah teringatlah ni." Aku mencebik dan berpaling semula kepada kerjaku di laptop.

"Love you." tutur Ammar. Aku memandangnya sekilas dan tersenyum kecil. Mata Ammar yang kuyu mengundang perasaan kasihan di hatiku.

"Ok la awak. Saya sambung esok je." Aku menutup laptopku. Sepantas kilat mata Ammar segar dan bangun dari baringnya.

Aku kerling ke skrin Ipadku dan menjulingkan mata. Tak mengantuk dah?

Rambutku dilepaskan dan Ipadku dipegang sambil berbaring. Wajah Ammar yang mengantuk bersama rambutnya yang tidak terurus aku perhatikan penuh kasih.

"You look even more cute at night." tiba-tiba Ammar berkata. Mataku dikecilkan tanda tak setuju.

"I wanna fly to your house and hug you right now." tutur jejaka itu sambil meramas rambutnya.

"Nope. Hug yourself." Aku menggeleng laju. Ammar tertawa melihat reaksiku. Comel nya ketawa dia.

"Who do you want besides you when you feel down?" tiba-tiba aku pula bertanya.

"You." pantas dia menjawab. Mata coklat nya redup memandangku.

"Why?" aku bertanya lagi.

Painful LoveWhere stories live. Discover now