19th

582 32 4
                                    

"Bukan kau ke girlfriend dia?"

Lamunanku terhenti apabila Zulaikha, rakan sekelasku bersuara.

"Huh?" keningku bertaut.

"Tuuu." bibirnya dimuncungkan menunjuk ke arah Ammar dan Ariana di padang. Mereka berdua sedang bermain bola keranjang bersama geng-geng Ammar yang lain. Ariana sahaja gadis di situ. Sorakan gemuruh menerpa pendengaranku apabila Ammar berjaya menjaringkan bola.

Crack. Hati aku ke tu?

Hatiku tidak senang apabila melihat Ammar menarik tubuh sepupunya dalam pelukan dan memeluknya.

Aku perasan yang semua mata memandangku seolah-olah menunggu reaksi daripadaku. Bibirku di gigit menahan rasa sebelum bersandar di kerusi. Topi hitam aku sarungkan di kepala menutup paras mataku.

Adegan Ammar dan Ariana sedikit sebanyak meluluhkan hatiku. Tapi dia kan sepupu Ammar jadi aku faham Ammar sudah biasa dengan dia.

Tapi sepupu dia sukakan dia.

Suara hatiku membisik.

Tiba-tiba hujung topiku disentuh seseorang menyebabkan aku mengangkat wajahku sedikit tinggi kerana penglihatanku di halang oleh topi yang aku pakai.

"Whassup?" Luqman yang sedang mencangkung di hadapanku menunduk pandang. Lolipop yang dihisapnya dialihkan ke pipi.

"Whassup." bisikku perlahan.

"Tak main ke?"Luqman mengangkat sedikit topiku. Aku senyum sambil menggeleng.

"My gangmates miss you." Dia menciut hidungku dan tersenyum. Dia masih lagi dengan posisinya di hadapanku. Lesung pipitnya jelas kelihatan apabila aku mencebik.

"Say I miss them too." Aku menyeluk sapu tanganku di poket dan mengelap wajahnya yang berpeluh. Luqman seorang kawan yang sangat baik. Aku sangat menyenanginya.

"Keep it." Aku menghulurkan sapu tangan itu. Luqman menerimanya.

"I can sense that you are bothered by something." bisik lelaki itu.

"Mana ada." pantas aku menjawab.

"Mana ada!" Dia melakonkan semula reaksiku.

Tch.

Zulaikha yang berada dekat kami mencuit bahuku.

"M-Mia."

Aku memandangnya yang sedang fokus di court bola keranjang. Aku mengikut matanya dan tergamam apabila melihat Ammar merenungku tajam. Ariana yang berada di sebelahnya tersenyum sinis.

"All hell broke loose." Bisik Luqman dan bangkit. Aku tidak mengerti dengan kata-katanya.

Mataku kian membesar apabila Ammar melempar bola di tangannya sehingga ia melantun kuat.

Lelaki itu berjalan pantas keluar daripada court itu. Tidak menunggu lama aku bangkit dan mengekorinya meninggalkan semua di dalam terdiam.

Sebaik sahaja keluar dari tempat itu, aku mengekorinya yang berjalan pantas menuju semula ke turf nya.

Dia membuka pintu dan belum sempat dia menghempasnya, tubuhku menghalang.

Fuhh.. nasib baik tak terhempas dekat badan aku.

Dia memandangku dingin sebelum melangkah ke dalam.

"Ammar." panggilku. Lelaki itu membelakangiku dan dadanya turun naik menahan sesuatu.

"Dont be m-mad. Its just Lu-"

"Oh dont you ever try to reason me out Mia." pintasnya dalam suara dingin.

Painful LoveWhere stories live. Discover now