43th

370 26 0
                                    

Aku mengacau milo panas di cawan sambil menunduk. Hembusan nafas dilepaskan perlahan dan aku menolak rambutku yang jatuh dari sisi. Ammar sedang menjawab panggilan di luar manakala aku sedang menyiapkan minuman untuknya.

Melihatkan dia yang masih sibuk di talian, aku melangkah naik sebentar ke kamarku untuk menukar pakaian yang lebih tertutup dan meletakkan selimut yang berada di tubuhku tadi ke katil.

Aku melangkah ke bilik air untuk mencuci wajah dan memberus gigi. Fikiranku melayang jauh sambil aku memerhati imbasan diriku di cermin. Bawah mataku ada lingkaran hitam yang pudar namun masih jelas dilihat. Mukaku agak cengkung daripada kebiasaan. Aku memberus gigiku dan memejam mata rapat lalu tertunduk.

Pili air dibuka untuk berkumur dan tubuhku terhenjut apabila aku merasakan ada tangan yang menarik rambutku ke belakang dan mengenggamnya lembut.

Aku mengangkat wajah dan Ammar berada di cermin membelakangiku. Dia menarik rambutku untuk membantu aku yang ingin tunduk berkumur. Aku menyudahkan kerjaku dan mengangkat wajah lalu senyum nipis memandangnya di cermin.

"Who's calling you?" Tanyaku perlahan sambil mengelap wajahku dengan tuala bersih.

"My mother's nurse. Just informing me about her current state and all." Jawabnya dan perlahan melepaskan rambutku di pinggang.

"Is she okay?" Aku berpaling dan menghadapnya sambil bersandar di sinki itu. Ammar memandangku lama dan mengangguk. Dia menunduk sedikit sambil merenung wajahku.

"She's better. Better than before." Jawabnya perlahan. Lelaki itu menilik keseluruhan wajahku kemudian keningnya berkerut sedikit. Seolah satu kerisauan timbul di benak fikirannya.

"What's wrong?" Aku bertanya risau. Adakah ada sesuatu yang sebenarnya berlaku kepada ibunya? Aku memandang wajahnya dengan mata membesar.

Tiba-tiba dia memegang tepi kepalaku masih dengan wajah risaunya. "You looked drain. It's like you're about to pass out anytime. Look at those dark circles under your eyes. Have you been dreaming those nightmares again?"

Soalan bertubi-tubinya membuatkan aku tercengang tidak sangka. Wajah risaunya adalah kerana aku. Dia memerhati dan menilik diriku lama. Aku tak dapat menahan daripada melepaskan tawa kecil.

"I'm fine, silly." Jawabku dan mengambil tangannya daripada pipiku.

"You always laugh at moments like this." Katanya sedikit tidak puas hati dengan matanya yang mengecil.

"You always caught me off guard and i'm just tired." Senyumku kepadanya. Ammar mengiring wajahnya ke kiri dan merenungku lembut. Dia mengemam bawah bibirnya beberapa kali. Seolah menahan daripada berkata sesuatu.

"What is it now?" Keningku terangkat.

"I saw a lot of baggage out there. Your packing." Katanya membuatkan aku terdiam.

"I'm planning to go to Australia." Jawabku. Wajahnya berubah mendengar kata-kataku lantas aku menambah.

"But this one guy just came in and wreck my plan." Aku memandangnya dengan hujung mata bersama senyuman di hujung bibir.

"Tough guy." Ucapnya dan tersenyum lebar. Aku menjuling mata dan tertawa apabila melihat senyuman lelaki itu tidak berhenti sambil memandangku penuh kasih sayang.

Ammar memegang wajahku dengan kedua tangannya kemudiana menarikku ke dalam pelukan. Aku menarik nafas panjang dihadiahkan dengan haruman tubuhnya yang aku cukup kenali. Pipiku direhatkan ke bahunya lembut dan menutup mata apabila merasa tangannya turun naik di rambutku.

"I need you to be with me this Tuesday." Bisiknya.

Aku merapatkan pelukanku dan memejam mata di bahunya. "Where?"

Ammar berdehem sekejap. "My father plan a party for his new bidding event. I want us to be there."

Mataku terbuka luas dan menarik tubuh daripadanya. "Bidding event?"

Ammar mengangguk. "It's an event collaboration with your mother's art gallery." Balasnya membuatkan aku termangu.

Galeri seni? Bukankah itu galeri milik ayahku? Ayah aku memiliki galleri seni satu di Malaysia dan di Australia. Ayahku seorang yang berjiwa seni dan selalu memberi sokongan kepada ramai seniman di tanah air malah di luar negara. Aku masih ingat kata-katanya.

"Art must be displayed not only for aesthetic enjoyment but also to appreciate cultural enrichment."

Sejak aku kecil, ayahku banyak membuat program dan acara menyokong seniman dan sering aktif untuk mengadakan pertunjukan, mempromosikan artis menjual karya-karya dan menyediakan perkhidmatan seperti pengurusan kewangan atau penerbitan buku.

Namun sejak ibu ambil alih, aku sudah lama tidak mendengar khabar tentang galleri-galleri milik ayahku. Dadaku berombak kencang dengan segala kemungkinan.

"Hey, kenapa ni?" Tangan Ammar hinggap ke tepi wajahku membuatkan aku naik memandangnya.

"That gallery. It belongs to my dad. What is this party for?"

Ammar merenung wajahku lama. "Your mom decided to sold the land of the gallery for my dad to open his new architecture groundbreakers."

Aku memandangnya tidak percaya. "No. That place is a soul for all artists whom my dad has associated with for so many years. It's a place where they can display their art and work. Ammar, my dad built that gallery with all his passion. It was his dream. I live for his dream."

Ammar meramas pergelanganku dan mengangguk. "You should come with me. We together must do something. Of course I want to honor your father's creation. You want to? Right?"

Aku mengeluh kecewa apabila dapat tahu ibu secara senyap ingin menjual galeri ayahku. Galeri yang aku membesar bersama. Sanggup ibu buat begitu?

Aku merenung jejaka di hadapanku ini dan mengangguk. "Yes. We should do something. I must do something." Aku menolak rambutku dan menunduk. Fikiranku sarat.

"And i'll be here for you. Remember that." Ammar mengalih perhatianku membuatkan aku memandangnya dan aku melepaskan nafas lega. Senyuman dihadiahkan kepadanya dan dia membalas.

"Likewise."

Painful LoveWhere stories live. Discover now