"Morning." Suara itu kedengaran di speaker handphoneku.
"Morning. Saya dah siap dah." Aku memberitahunya.
"Im on my way. Nak breakkie rumah kau boleh?" Dia bertanya.
"Sandwich tuna je ada. Cukup ke?"
"Boleh je. Okay see you babe." Ammar mematikan panggilan. Aku duduk di birai katil sambil memegang dahiku. Dari malam semalam pening tak hilang-hilang. Plus fikirkan sangat pasal Arianna, jadi tak boleh tido.
Aku menyapu sedikit gel aloe vera di wajah untuk menambahkan kelempaban. Kalau tak cukup tidur, muka nampak kering dan lesu. Dioleskan juga di bibir.
Bunyi horn kereta Ammar mengejutkanku. Turun ke tingkat bawah, aku membuka pintu mendapatkan Ammar yang nampak segak dengan uniformnya. Design uniform sekolah kami memang kemas dan menarik. Apalagi kalau Ammar yang memakainya.
"Masuklah." Tuturku lembut. Ammar yang sedang bermain dengan kunci kereta mengangguk dalam senyuman.
Ammar duduk di meja makan sementara aku menuangkan jus oren di cawan. Beberapa sandwich aku hidangkan di meja lalu duduk di sebelahnya.
"Kau ni sesuai jadi isteri orang dah." Ammar berkata sambil mencapai sandwich dihadapannya.
"Untunglah suami saya tu." Balasku tanpa memandangnya.
"I know I know.." bisiknya.
Aku mencapai gelas berisi jus oren.
"I am lucky."
Tersedak aku semasa minum air tersebut. Sempat mengerlingnya yang tersenyum simpul sambil mengunyah sandwich.
"Apa awak ni." Aku menyambung kerja meminumku.
"Yela yela." Dia menghabiskan sandwichnya dan mengerling ke arah jam di pergelangan tangan.
"Jom babe." Dia berkata. Laju aku menghabiskan kunyahan ku dan mengangguk.
"Okay."
*********
Memasuki pagar sekolah, kereta Ammar menerima perhatian banyak mata. Aku turut perasaan jelingan dan pandangan-pandangan yang ditujukan ke arahku disebalik tingkap.Ammar memarkir keretanya lalu mematikan enjin. Serentak itu aku keluar dari perut kereta tersebut.
"Meet me after class." Ammar mengingatkan. Aku hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
Serabutnya sakit kepala ni.
Ammar melangkah pergi meninggalkan aku di situ. Dengan langkah yang lemah, aku berjalan menuju ke kelas.
"Untung lah ada orang hantar pergi balik. Macam tuan puteri." Seseorang berkata sambil memandang ke arahku.
"Alah. Sekejap je tu. Bukan tuan puteri lah. Dia tu cuma bibik yang berangan nak jadi macam tuan puteri je. Tapi sebenarnya perempuan murahan." Seseorang lagi menyahut.
Aku diam dan meneruskan langkahku. Pelajar-pelajar yang memandangku tersenyum sinis dan ada yang melemparkan kata-kata tidak puas hati.
Kemudian mataku menangkap Arianna yang berada di kalangan mereka tertawa kecil melihatku. Pandangannya sinis dan bongkak sekali.
Aku menghiraukannya dan meneruskan perjalanan ke kelas. Sakit kepalaku bertambah sebenarnya apabila melihat Arianna namun aku masih mampu menahannya.
Aku mencapai pemegang besi di tangga dengan pantas apabila terasa pandanganku mula kabur. Tiba-tiba seseorang menampung kedua pinggangku kemas.
"Luq." Bisikku. Luqman membantuku berjalan.
"Tak boleh ni. Kau berehat dekat klinik sekolah dulu lah. Come."

ANDA SEDANG MEMBACA
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you