57th

279 22 4
                                    

Tubuhku dilanggar seseorang membuatkan aku terpanar. Seorang pesakit wanita menoleh ke arahku dan mengangguk tanda maaf dan bergegas jalan. Aku melangkah ke luar hospital dan cuaca mendung menghiasi langit. Anginnya agak kuat sehingga berterbangan rambutku. Ammar sudah tiada di hospital. Dia ke pejabat bersama Katherine dan aku dalam perjalanan pulang ke hotel. Namun aku tidak mahu pulang, fikiran berasak memikirkan jalan keluar. Jalan keluar daripada semua ini.

Aku menyeluk telefon bimbit di beg dan cepat-cepat mendail nombor yang sudah lama tidak hubungi. Beberapa deringan kedengaran dan ibu jariku digigit penuh debaran. Aku tidak pasti sama ada dia masih menggunakan nombor telefon ini. Aku tidak pasti sama ada dia masih mengenaliku. Kami berpisah sebaik sahaja sekolah tamat dan dia harus ke Australia untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang persis Marc. Dia sentiasa bersamaku di zaman sekolah terutama sekali apabila Ammar menghilang diri.

Dadaku hampir terhenti apabila panggilan diterima.

"Hello." Ucapku.

"Mia Amanda." Suaranya yang sudah cukup lama tidak aku dengari muncul di talian.

"Luqman."

____________________________________________

Author's POV

"You want me to email your dad?" Tanya Katherine dan merenung Ammar yang sedang menghadap ke luar balkoni. Pejabatnya di sini kelam dengan cahaya muram lebih-lebih lagi apabila cuaca mendung di luar.

"I sense something unusual with my mom's meds." Kata Ammar tanpa memandangnya. Katherine mengerut dahi dan bangkit daripada duduk.

"What do you mean?"

Ammar menoleh sekilas dan wajahnya serius sekali. "It's just that, my mother has been healing very well. I check up on her everyday. Her progress is good. But suddenly, it went like this. A sudden stroke. Hyperventilating and even hot flashes. She cant sleep these days and now she's in coma."

Katherine membetulkan kaca matanya dan menghadam segala bicara Ammar dengan tenang. Ammar memasukkan kedua tangannya di kedua poket seluar dan memusingkan tubuhnya menghadap wanita itu.

"It's just an episode Ammar. Dont worry too much. I'll check her up on her later on." Kata Katherine dan menyusun fail-fail di meja.

Melihatkan lelaki itu tidak menjawab, Katherine mengangkat wajah dan melihat Ammar memandangnya tanpa riak di wajah.

"What had you done to my mother?"

Mata lelaki itu dingin sekali merenung Katherine membuatkan kulit Katherine terasa seperti dicucuk-cucuk jarum. Katherine mengangkat keningnya namun mulutnya terasa kering sekali.

"You cakap apa ni?" Balasnya dan tertawa sarkastik. Ingin membuktikan bahawa Ammar berperangai tidak masuk akal dengan soalannya.

Lelaki itu diam tanpa suara namun masih lagi merenung Katherine. Menunggu wanita itu berterus terang.

"I'm giving you a chance Katherine. Tell me the truth." Tajam sekali bait kata lelaki itu membuatkan Katherine tidak senang duduk dan gelisah.

"You nak kata I put your mother in that state? Have you lost your mind?" Ucap Katherine. Ammar memegang belakang tengkuknya dan melepaskan tawa.

"I dont know. I might had just become surprise to actually know the real you. Having to know that you've been backstabbing me. I tak boleh percaya dengan mata kepala I sendiri. I dah gila ke? Am I seeing, hearing things right." Ammar berkata-kata dan meraup wajahnya beberapa kali.

"Berapa dia bayar kau?" Sambung Ammar dan tubuh Katherine terhenjut mendengar intonasinya bertukar lebih dingin.

"Stop this nonsense Ammar!" Katherine meninggikan suara namun ada getar dibaliknya. Wanita itu memasukkan telefon bimbit di dalam beg dan ingin keluar daripada pejabat ini.

"Sit down before I call your hospital and tell them what you had done. I have proof. Dr Keith will be enrage knowing that his favourite fellow fuck up big time and self-sabotaging herself just for money. Money, Katherine. Did he offer you the fucking hospital as well? I bet he did. I didn't know you badly want to be the director of that hospital but got the nerve to hurt a person who has half of share in there." Ammar melangkah mendekati Katherine yang sedang kaku di meja kerjanya.

"I just can't immerse myself with the fact that people around me are that stupid. Or maybe you guys underestimated my capabilities."  Ammar tersenyum sinis dan melirik matanya ke arah Katherine. Wanita itu memandangnya dan raut wajahnya sahaja sudah membongkarkan segalanya.

"A-Ammar. Hear me out. I-I I'm not thinking straight." Dia cuba meraih tangan Ammar namun ditepis pantas.

"No. You hear me out. I'll make sure you would never be able to step inside that hospital ever again. Use your brain next time Katherine. I think highly of you before. Kicking you out is the last mercy I can give. Tell Dr Keith, you are going to resign. You're just a fellow anyway." Ammar membetulkan lengan bajunya dan melangkah pergi.

"Ammar!! You cant do this to me! I was wrong! I miscalculated everything. I'm so sorry please Ammar!" Katherine meraung dan menghumban dirinya ke kaki lelaki itu. Ammar menepisnya namun dia berkeras menahan dengan mulut tidak berhenti berkata maaf.

"Save yourself for the last time Kath or I will tell Keith myself. Stop being stupid and 'calculate' your decision better now." Ammar meloloskan dirinya daripada cengkaman Katherine dan beransur meninggalkan pejabat itu diiringi tangisan wanita itu.

______________________________________________

Now, who remembered LUQMAN?!

Painful LoveWhere stories live. Discover now