45th

244 20 5
                                    

Bunyi kasut tinggiku bergema di lobi utama galeri milik ayahku. Aku mengambil nafas yang panjang dan memejam mata. Menghayati setiap detik ini kerana sudah lama aku tidak kesini dan seolah memori bersama ayahku kian muncul satu persatu.

"Looks like the event already started." Marc berada di sisiku dan tunduk menunjuk ke arah lengannya. Aku mengangguk dan melingkarkan tanganku lalu menghela nafas gemuruh.

"You got everything you need? The things Ammar told you?" Marc bertanya lembut. Turut ingin menenangkanku.

"Yes." Jawabku.

"Ariana and Khai are already inside. Are you ready?" Tanya Marc lagi. Aku membetulkan rambutku dan memandang mata lelaki itu lama. Kami berdua berpandangan dan Marc memberiku senyuman kecil.

"You can do it. Don't cry." Pujuknya dan aku mula perasan yang mataku berair. Jangan Mia. Kau tiada masa untuk menangis.

"By the time ends, I'll lead you to your man okay?" Marc menyambung dan mengelus lembut tanganku di lenganku. Aku memandangnya sayu dan mengangguk perlahan.

"Let's go inside."

______________________________________________

Langkahku diatur dengan tenang bersama Marc di sisi. Dewan Iris itu dipenuhi dengan gerangan tetamu yang semestinya berketerampilan elegan. Air terjun buatan tangan di tengah-tengah dewan itu aku tatap lama.

Itu merupakan hadiah daripada pereka terkenal yang aku panggil Uncle Sam semasa kecil. Dia turut telah pergi meninggalkan kami bersama ayahku. Muzik live yang indah berkumandang memenuhi pelosok dewan ini.

Dalam hati, aku sangat berdebar jika terserempak dengan ibuku. Dia tidak tahu menahu dengan kehadiranku pada hari ini.

"Ariana and Khai ada dekat koridor near the pool." Bisik Marc di sebelahku.

"Kita pergi sana ya?" Ucapku dan Marc mengangguk.

Kami melangkah ke tempat Ariana dan Khai berada. Sebaik sahaja wajah Ariana muncul di penglihatanku, aku tersenyum lega. Ariana sedang berbual serius dengan seseorang di sisinya yang aku yakin itu Khai.

"Ari!" Panggil Marc dan gadis itu berpaling.

Gadis itu berpaling dan matanya tertancap kepadaku terlebih dahulu. Ariana turut tersenyum lega dan mengisyaratkan kami ke arah mereka.

Beberapa langkah mendekati dan aku perasan susuk tubuh di sisi Ariana bukan Khai namun jejaka yang mampu membuatkan aku hilang nafas pada malam ini. Ammar berdiri sambil bersandar di cermin kaca di belakangnya.

Mata kami bertaut lama dan aku mengenggam tangan Marc dengan kemas. Dadaku berombak kencang. Tidak kira lah berapa banyak kali pun kami bertemu, hatiku tetap berdegup kencang tiap kali menatap matanya.

"Mia, lama kitaorang tunggu." Ariana menarik lenganku membuatkan Marc terpaksa melepaskanku.

Aku senyum menutup debaranku. Marc memandangku lama. Malam ini aku harus bersama Marc. Ini sahaja yang aku mampu buat untuk dirinya.

"Ammar nak brief you something kejap lagi. Are you ready? Don't be nervous okay? We are all here for you." Ariana menyambung dan aku mengangguk sambil memandang ke Ammar di sisi Ariana. Lelaki itu merenungku dalam.

Khai muncul dan menepuk bahu Marc. Dia turut kelihatan kacak pada malam ini. Walaupun kami hanya berdiri di koridor yang tersorok ini, kebanyakan mata tertancap ke arah kami semua. Ada yang berbisik sesama mereka, memberi pandangan yang sedikit sebanyak membuat aku tidak selesa.

"Mia, let's talk for a moment?" Ammar bersuara membuatkan aku menoleh memandangnya. Aku memandang pula ke arah Marc dan lelaki itu mengangguk.

Ammar memerhati kami dengan matanya daripada tadi. Dahinya sedikit berkerut.

Painful LoveWhere stories live. Discover now