31th

569 29 2
                                    

This might be an emotional journey. Well for me...

____________________________

Mataku melilau mencari kelibat Ariana. Aku ingin pulang. Suasana majlis ini sudah riuh dengan dendangan lagu rancak membuatkan hatiku tidak keruan. Bukan ini yang aku perlukan sekarang. Aku perlukan katilku dan bersendirian adalah perkara terbaik buat diriku kini.

Sebaik sahaja aku keluar daripada bilik tetamu khas disediakan kepadaku oleh Ariana, aku menjengah ke tingkat bawah dari atas dan kelihatan ramai tetamu sedang beramah mesra sambil menikmati minuman mereka. Jam baru bergerak pada jarum 10 malam.

Hatiku berdetak kencang apabila kelibat Ammar masuk ke perkarangan ruang tamu daripada laluan masuk yang terbuka luas. Matanya turut kelihatan melilau mencari sesuatu. Mungkin Ariana juga. Aku asyik memerhatikan raut wajahnya yang kian matang. Alisnya berkerut memerhati tetamu di sekelilingnya.

Aku membuat keputusan untuk turun ke tingkat bawah untuk terus menuju ke Ariana. Mungkin dia masih diluar bersama Marc dan Khai. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke tangga terakhir, mataku bertembung dengan anak mata jejaka itu.

Dia menoleh ke arahku dan memandangku lama. Kemudian satu senyuman kecil terukir di hujung bibirnya.

Kenapa dia senyum macam tu?

"Mia pergi mana tadi? Lama Am cari." Ucapnya sambil melangkah mendekatiku.

Dia cari aku ke ? Kenapa? Aku hanya memandangnya dengan mata bundarku.

"I went to the guest room kejap." Balasku dan dia mengangguk kecil, masih dengan senyumannya.

"Nampak Ariana tak ?" Sambungku.

Dia mencebik bibir tidak tahu kemudian masih tersenyum memandang wajahku. Membahang terus pipiku apabila diperhatikan lama seperti itu. "Kenapa tengok Mia macam tu?"

Dia tunduk sebentar dan menggeleng kepala bersama senyuman yang asyik melekat di bibir.

"Saja."

Aku membiarkan sahaja jawapannya itu. Mataku menangkap kelibat Khai yang baru sahaja masuk ke dalam perkarangan ruang tamu .

"Khai!"

Lelaki itu menoleh dan menajamkan matanya ke arahku. Hm marah lah tu. Ammar masih di hadapanku namun aku cuba sedaya upaya untuk menghiraukan degupan jantungku yang masih laju daripada tadi.

"Lama aku cari kau. Nak aje buat pengumuman tadi." Ujar Khai sebaik sahaja dia mendekatiku. Khai dengan bebelannya membuatkan aku tertawa kecil.

"Nak pinjam kereta." Kataku dan wajah Khai makin tidak senang dengan permintaanku.

Kedua jejaka ini sungguh tinggi sampai aku terasa seperti diselubungi mereka. Nampaknya pakai kasut tinggi pun masih tidak berkesan.

"Nak pergi mana? Tak payah lah." Khai merungut. Dia menjeling ke arah Ammar seketika membuatkan aku turut sama.

"You can drive ?" Tanya Ammar kepadaku. Tiada lagi senyuman di bibirnya. Wajahnya nampak risau. Risau tentang apa pula?

"I'm 21." Balasku pendek dengan senyuman mengingkatkannya. Dia tidak membalas senyumanku.

"I dont think Marc will like this Mia." Khai berkata seolah berbisik dengan muka tidak senangnya.

"Please Khai. I just wanna go."

"I dont think its a good idea for you to drive alone Mia. Its dark already." Ammar berkata lagi dengan wajah serius. Aku memandangnya tanpa kata.

"I'll take you home." Khai berkata.

Painful LoveWhere stories live. Discover now