Ammar's POV
Aku merenung lama wajahnya. Kalau boleh aku ingin merenungnya sehingga ke akhir hayatku. Rambutnya beralun di kepala sofa. Dia bersandar sambil memeluk tubuh dengan mata nyenyak terlelap. Aku membetulkan selimut yang menutup kakinya. Sebaik sahaja aku melihat dia di dalam dress hitam ini, aku tidak dapat melarikan pandanganku daripadaku. But my Mia is always beautiful since the first day I met her.
"But you never cease to amaze me." Sambungku secara berbisik. Waktu sudah pun di tengah malam. Mia menemaniku di sini sebaik sahaja dia tiba. Aku tidak boleh ungkap dengan kata-kata betapa kehadirannya menenangkan hatiku.
Aku melutut di sebelahnya dan menongkat daguku memerhatinya tidur. Sepanjang dia berada di sini, dia nampak tenang. Kami masih lagi belum bertengkar seperti sebelumnya. Namun tiap kali aku berbicara dengannya, aku tidak dapat nafikan yang perasaan berdebar dan cemas sentiasa bermain di fikiran. Seolah aku juga turut menantikan, apa lagi yang bakal membuatkan kami bertengkar sebentar lagi? Adakah aku dengan dia akan selamanya berada dalam stable tension seperti ini?
Adakah kami perlu selamanya mengelak daripada berbicara perihal ibu bapa kami? Dadaku senak dengan pelbagai kerunsingan namun dalam masa yang sama, aku inginkan ketenangan seperti ini berkekalan. Aku ingin sentiasa tersenyum apabila berbicara dengannya. Aku ingin dia sentiasa tersenyum semasa denganku.
Tanganku dlarikan dilututnya yang diselimut. Perlahan-lahan aku meletakkan kepalaku di pehanya dan melepaskan nafas yang seolah ditahan lama. Haruman dirinya sentiasa menenangkanku. Can't we be like this forever?
Beberapa tika, mataku terlelap di pangkuannya.
____________________________________________
Mia's POV
Mataku celik kerana cahaya yang lembut menerpa ke wajah. Wad milik ibu Ammar terserlah di retinaku dan aku sedar sepenuhnya dan perasan susuk tubuh seseorang berdamping denganku.
Mataku jatuh di peha dan melihat Ammar merehatkan kepalanya di pehaku. Adakah dia tidur? Aku mengintai ke wajahnya dan melihat matanya terpejam rapat.
Perlahan-lahan tanganku turun di rambutnya dan diramas lembut. Aku melarikan jari jemariku di lehernya dan mengurut lembut. Tubuhku agak lenguh kerana tidur dalam keadaab duduk namun aku tidak beralih kerana jejaka ini nyenyak di pangkuanku.
Aku beralih memandang ibu Ammar di katilnya. Masih di dalam koma dengan bunyi peralatan di sekelilingnya. Wajahku terpamer garisan kerisauan. Aku berharap ibu Ammar bisa sedar dan sihat seperti sedia kala. Dia seorang individu yang tidak layak melalui semua ini.
Aku turun pula memandang anak lelakinya di pangkuanku. Rambutnya yang tebal beralun itu aku masih larikan dengan jari secara perlahan supaya tidak mengejutkannnya. Tiba-tiba seorang nurse membuka pintu wad ini dan mengintai ke dalam. Mata kami bersatu.
"I have to change her tube." Bisiknya dan aku mengangguk laju tanpa suara. Seolah aku dan jururawat ini pun tahu yang kami masing-masing tidak mahu mengejutkan Ammar.
Dia melangkah masuk dengan perlahan dan menuju ke katil ibu Ammar lantas menjalankan tugasnya. Ammar masih nyenyak dan aku menyeluk telefonku di beg bersebelahanku.
Ada panggilan masuk daripada Marc yang tidak aku jawab. Aku berniat untuk menelefonnya kembali nanti. Mataku tertancap pada mesej daripada ibuku. Dadaku berdegup kencang.
Ibu: Kau memang tak nak balik Malaysia ya? Kau nak cabar aku ke? Kau tengok lah nanti, sampai saja kau di sini, barang-barang kau semua aku buang di luar. Lagipun memang patut dah keluar, keluarga ayah kau dah tuntut nak ambil kau di bawah jagaan diaorang. Itu yang kau nak kan?
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you