60th

273 19 3
                                    

Aku melepaskan nafas yang tidak teratur sambil membelek segala kertas kerja dan usul yang Luqman emel kepadaku. Aku meneliti setiap klausa dan cuba untuk memahami apa yang aku patut buat dan perlu laksanakan supaya kes ini berjalan dengan lancar. Sudah semestinya Luqman membantu aku begitu juga dengan Marc kerana dia juga seorang peguam.

Marc berada di sisiku sepanjang hari pada hari ini. Menjelaskan satu persatu dengan teliti tentang apa sahaja yang aku kurang mengerti. Setelah hampir setengah hari kami meneelaah, aku akhirnya bersandar dan memandang ke siling tanpa suara.

Kenapa peguam ayahku berbuat sedemikian? Menurut Luqman, dia pasti yang peguam ayahku seolah menukar isi wasiat ayahku. Kenapa? Aku sangat mempercayai Dato' Iskandar. Dia seolah ayah kepadaku. Aku menggeleng kepala dan mengeluh.

"Dont let it too sink in Mia. We are trying to find the surface of this. I'm sure Luqman will help you. I will as well." Marc bersuara dan aku mengalih pandangan ke arahnya di sisi.

"I know. We can do this. i want this to end." Bisikku. Ammar sekarang berada di pejabat seperti biasa dan akan tiba sebaik sahaja matahari terbenam seperti selalu. Aku menoleh ke arah jam di tangan dan waktu sudah tepat pada jarum 7 malam.

Lelaki itu bakal tiba dan aku pantas bangun dan mengemas meja di ruang tamuku yang penuh dengan kertas dan dokumen. "Let's wrap up Marc. Thank you for coming and help me with this." Aku memberi senyuman kepadanya.

"Sure. I'm having dinner with my family tonight so i gotta go. Let me wake Khai upstairs."

Ya. Khai turut ada di rumahku dan sedang nyenyak tidur di bilik tetamu. Aku mengangguk dan sambung mengemas di meja sementara Marc naik ke tingkat atas.

Kedua lelaki itu turun setelah aku siap mengemas. Khai dengan rambut kusut dan mata kuyu melambai tangannya ke arahku.

"Bye Mia. See you tomorrow." Katanya dan aku tertawa. Marc mengambil kunci kereta di meja makan dan mendekatiku.

"Apa-apa inform Marc. I'll help you with anything."

Aku mengangguk dan memberi senyuman terima kasih kepadanya. Mereka beransur pergi ke kereta dan mulai hilang daripada pandangan. Aku mengiringi mereka dan melambai sebelum masuk semula ke rumah. Z w. QqEa

Baru sahaja aku ingin naik ke bilik, satu kereta berhenti di perkarangan rumahku. Ammar? Cepat juga dia tiba. Langkahku menuju ke halaman rumah. Kakiku terhenti apabila melihat figura itu di hadapanku.

"Ibu." Ucapku dan wanita itu memandangku atas bawah. Dia membuka tali kasut tingginya dan melangkah masuk tanpa menyapaku.

"Bila kau balik?" Tanyanya dingin. Aku memeluk tubuh dan bergerak menuju ke ruang tamu di mana dia berada. Dadaku berombak kencang dengan kegelisahan walaupun aku tahu yang aku sangat marah padanya. Namun dia tetap ibuku dan aku tahu kehadirannya bukan petanda positif.

"Last week." Balasku. "Ibu buat apa dekat sini?" Tanyaku dan melihat matanya mengerlingku.

"Ini rumah aku. Biarlah aku nak kemari. Kenapa? Kau tak suka?" Jawabnya dan jantungku luluh. Siapa sahaja yang ingin bertelagah dengan ibu kandung sendiri? Namun aku tahu yang aku tak boleh mengalah kerana dia seorang yang bakal bertungkus lumus merosakkan hidupku. Walaupun dia melahirkan aku.

Wajah ibu mulai berang sambil dia mengambil tempat di sofa. "Kau pergi UK jumpa perempuan itu kan? Jumpa mak boyfriend kau tu? Apa masalah kau sebenarnya? Kenapa kau suka memalukan aku? Lagi satu, kau tak tahu malu ke? Kau nak lagi dekat budak tu sedangkan kau tahu apa yang jadi dekat mak dia? Kau ingat perempuan itu boleh terima kau ke?!"

Segala persoalan dia ialah persoalan yang pernah menghantui diriku sebelum ini. Namun persoalan itu sudah terjawab dan aku tidak peduli dengan nada sinisnya yang ingin merendahkan aku. Ammar dan ibunya sudah memberi jawapan yang lengkap dan cukup utk menjawab segala isi hatiku. Wanita di depanku ini, ibuku masih ingin mengapi-apikan diriku dengan perasaan serba salah.

Painful LoveWhere stories live. Discover now