49th

229 23 2
                                    

"I'm taking you with me." ucapku dan memandang wajah terpanar Mia.

"What?" Balasnya tidak mengerti. Mata bundarnya membaca riak wajahku dan aku mengangguk menekankan yang aku serius.

"Come with me to UK. I'm not leaving when you have this narrative in your mind. We are over that phase Mia." Sambungku dan memandang gadis itu sedang melihat ke arah Marc, Ariana dan Khai di belakang kami.

Aku sangat berharap gadis ini akan bersetuju sahaja tanpa banyak bicara. Ini bukan sahaja tentang aku ingin pastikan yang dia tidak berfikir bukan-bukan tentang perkara ini, sejujurnya aku perlukan dia semasa aku di sana.

Mia menolak rambutnya dan memegang di kepala lalu tertunduk. Aku tahu dia terkejut dengan permintaanku. Aku tahu dia akan mempertikaikan segalanya. Dia memang selalu mempertikaikan segalanya. Even when I told her I love her.

"I have to think about this Ammar. You have to think about this." Ucapnya dan aku hampir mengeluh kesal.

"Mia, this is nothing. I'm just taking you to UK and see my mom."

Mia terdiam dan melepaskan nafas perlahan. Aku menunggu jawapan daripadanya dengan wajah tenang namun dadaku berasak dengan debaran. Hanya perkataan ya sahaja yang dapat surutkan debaran ini.

Namun gadis ini hanya merenung tanpa kata kemudian dia hanya memberiku anggukan kecil sebelum naik semula ke biliknya.

Aku tahu dia setuju namun ia tidak menyurutkan langsung debaranku.

________________________________________________

Mia's POV

Aku melipat beberapa helai baju dan disumbat ke dalam beg sambil mengelamun. Sebaik sahaja aku setuju untuk mengikut Ammar ; walaupun aku tidak berkata ya ke UK bertemu ibunya, dia terus menempah tiket penerbangan untuk esok hari bersama Ariana. Aku tahu benda ini berlaku dengan sangat drastik sekali tapi dalam masa yang sama aku tak dapat nak menolak lebih-lebih lagi apabila melihat riak wajah Ammar sebentar tadi.

Semestinya aku ingin bertemu ibunya...

Tapi bukan dengan keadaan seperti ini.

Aku mengeram perlahan di bibir dan sambung mengemas bajuku. Sebaik sahaja aku mengangkat wajah untuk mengenggam penarik beg, aku dikejutkan dengan figura Ammar yang sedang bersandar di tepi pintu bilikku. Kedua tangannya bersilang sambil merenungku.

Dah lama ke dia dekat sini?

Aku cuba mengukir senyuman nipis kepadanya namun serasa gagal apabila melihat wajahnya sedikit terganggu melihat wajahku. Seolah dia tahu yang aku cuba beriak biasa walaupun dalamanku berombak dengan keresahan.

Tidak mematikan renungannya, dia mendekati dan duduk bersamaku di lantai bersama bagasiku yang terbuka luas.

"I'm almost done packing." Bisikku sambil meletakkan beberapa helai baju yang siap dilipat ke dalam beg. Ammar hanya diam memerhati.

"I think I didn't bring my toiletries. I mean for my cleansers and other stuff. We can go buy it on our way to the airport tomorrow." Sambungku lagi. Aku tidak memandangnya dan sibuk menyudahkan kerjaku mengemas segala baju dan keperluan.

Sebaik sahaja aku ingin mencampak helaian terakhir di beg, tangan lelaki itu naik lalu menggenggam pergelanganku. Aku mengangkat wajah kerana terkejut.

"Are you having cold feet?" Bisiknya mendatar. Namun wajahnya seolah sudah tahu jawapannya. Mungkin wajahku terlampau ketara tentang betapa rumitnya semua ini untukku.

"We are not having this conversation Am." Tuturku. Ya, sebab aku pon tak mampu nak luahkannya. Baik aku diam dan ikut sahaja apa yang dia inginkan kerana aku tidak mahu bergaduh. Dia ingin bertemu ibunya yang kembali sakit oleh kerana perbuatan ibuku. Aku kalau boleh nak bertemu ibuku dan... aku sampai tidak tahu apa yang aku mahu lakukan kepada ibuku. Aku ingin mengamuk, menjerit dan menangis semahunya jika aku bertemu dengannya.

Painful LoveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang