59th

203 17 1
                                    

Keadaan ibu Ammar semakin pulih. Melihat sahaja wajahnya yang riang tersenyum membuatkan hatiku berbunga-bunga dengan kelegaan. Namun, aku tertanya-tanya di mana Katherine kerana sudah lama tidak ketemu atau terserempak dengannya terutama di hospital ini.

"Ammar dengan Mia nak balik dah? Bila flight?" Tanya ibu Ammar sambil memandang kami berdua yang duduk di sisi katilnya.

"Tomorrow morning." Jawab Ammar. Dia mengusap tangan ibunya sebelum memandang berkalih ke arahku.

"Ammar, Mia. I wanna ask both of you something." Ibu Ammar bersuara dan kami serentak memandangnya.

"What is it, mom?" 

Wanita itu menarik nafas panjang kemudian menghembusnya. Kemudian matanya fokus ke arahku. Aku melihatnya penuh debaran.

"Mia, do you love my son?" Tanya ibu Ammar. Mataku tidak berkerdip mendengarnya. Tubuh Ammar menjadi tegang.

"Mother, let's talk about this lat-"

"No. Let me speak." Potong ibu Ammar dengan tegas. Ammar hanya merenung ibunya dan sesekali menoleh ke arahku.

Aku menarik nafas gugup melihat wajah serius ibunya. Ini kali pertama aku melihatnya seperti ini walaupun wajahnya masih kepenatan.

"Do you love him?" Tanya wanita itu lagi. Aku menolak rambutku ke belakang telinga.

"I do." Anggukku.

Mendengar sahaja responku, secalit senyuman mulai muncul di bibir ibu Ammar. "Ammar?"

Lelaki itu memandang ibunya.

"Diam pulak. Sayang Mia ke tidak?" Sambung ibunya. Wajahku memerah mendengarnya. Aku mengipas wajahku sekilas.

Lelaki itu mengangguk. "Sayang."

"Habis kenapa dengan kamu berdua ni? Sampai bila nak macam ni?" Ibunya kembali tegas membuatkan aku terpaku.

"Mama nak kamu berdua lupakan apa yang berlaku dan cuba focus dengan hubungan kamu. Mama tahu semua ni sangat memeningkan dan complicated. Tapi mama dah tak nak kamu berdua hurt each other already." Ibu Ammar memegang tangan anaknya dan memandangnya dengan mata berair.

"Dan mama tak nak tengok Ammar macam dulu lagi. The old Ammar really broke me and i admit that this thing that happened around our household are the reason. I-I just dont want to see you like that anymore." Tutur ibunya membuatkan mataku mengalih ke arah Ammar dan dia hanya merenung ibunya dengan pandangan yang tidak dapat aku baca. Wajahnya kelam dan anak matanya meneliti wajah ibunya tanpa henti. Ammar menghembuskan nafas di hujung bibir dan mengangguk kecil sebelum memberi senyuman kepada ibunya.

"I wont mom. I'm sorry."

Ibunya menggeleng laju dan mengelap air mata. "Don't be sorry, son."

Kemudian ibu Ammar mengambil tanganku dan merenungku lama. "Don't give up on him. Promise me?" Bisik ibunya.

Aku teragak-agak menyentuh juga tangannya dan mengangguk. "I-I.."

"We'll try to work on it mom." Ammar memotong. Dia tahu aku takut untuk berjanji membuatkan aku berkalih memandangnya. Ammar membalas pandanganku dan mengangguk tanda mengerti.

Ibu Ammar merenungku dan mengusap rambutku perlahan. "Poor child. Just remember that you had nothing to do with this. Mama anggap Mia just like my daughter."

Mama? Aku mengangkat wajah dan wajahku mulai panas dengan emosi yang ingin mencurah. Perasaan sebak menyelubungi diriku membuatkan aku tunduk dan menutup kedua mataku dengan sebelah tangan.

Bahu terhenjut perlahan dan esakan kecil mula kedengaran.

"Ohh Mia.. don't cry. Come here." Ibu Ammar menarikku dalam pelukan dan aku membalas.

Painful LoveWhere stories live. Discover now