"A-Ammar?"
Tangan di lengan itu terangkat dari matanya dan menoleh ke arahku. Reaksinya seolah dia turut terkejut melihat aku di kamar itu.
"What are you doing here? I mean where have you been all night?" Aku menyambung sambil memandangnya yang mulai bangkit daripada pembaringan.
"This is my room." Ucapnya dengan suara serak. Aku mengangkat kening dan melihat ke sekeliling suite ini.
"Ariana booked this suite for me."
Ammar membuka tali lehernya dan menggeleng perlahan. "Ariana Ariana.." gumamnya dan di situ aku sedar bahawa Ariana telah menempah bilik yang sama untuk aku dan Ammar.
Aku yang sudahpun agak penat tidak ada mood nak menelefon Ariana dan bertanya tentang semua ini. Aku membuka rantai di leherku dan menuju ke meja solek berhadapan dengan katil king itu. Sesekali mataku memandang Ammar yang hanya sudah berdiri dan meletakkan tali lehernya di atas katil.
"Ammar dekat sini ke all night during the event?" Tanyaku sambil memandangnya melalui cermin.
Lelaki itu menoleh ke arahku dan mengangguk sahaja.
Kenapa dengan Ammar ini? Auranya nampak lain berbanding dengan semasa dia di belakang pentas bersamaku.
Aku mula meletakkan aksesori yang dipakai malam itu di atas meja dan mengeluarkan penanggal makeup untuk membuang mascara dan gincu di wajah.
Sesudah selesai, aku menuju ke bilik air tanpa lagi menghiraukan Ammar di sekitarku. Mungkin kerana aku terlalu penat mencarinya malam ini menyebabkan sebaik sahaja aku bertemunya, tidak ada apa yang aku mahu katakan.
Lagi-lagi apabila dia duduk terdiam sahaja. Ke dia tak suka aku ada di suite ini? Aku sebenarnya agak takut untuk pulang ke rumah.
Aku tidur di sofa malam ni untuk elak daripada menganggunya.
Aku membersihkan diri dan selesai mengeringkan rambutku dengan tuala bersih. Hatiku agak berdebar untuk keluar daripada kamar mandi ini. Kenapa dia diam sahaja?
Memusing tombol pintu, aku perasan yang dia tiada lagi di bilik. Aku melangkah laju ke ruang tamu dan mataku tertancap ke arahnya yang sedang meneguk air di cawan.
Aku mengemaskan bathrobe di pinggang dan menghembus nafas lega. Aku ingatkan dia sudah pergi meninggalkan bilik ini. Ammar merenung wajahku sambil meneguk airnya membuatkan aku berdiri kekok.
"Are you okay?" Tanyaku kerana daripada tadi aku bingung kenapa auranya lain. Khai kata kali terakhir dia Ammar semasa dia sedang berbual bersama Marc. Aku menuju ke arah beg bagasiku yang sudah dihantar oleh staff hotel ke bilik ini.
"My father called me just now. He will withdraw from your father's gallery since it cause media attention." Ammar bersuara membuatkan aku memandangnya.
"Do you think he will ever gonna stop?" Tanyaku dan Ammar terdiam.
"He will stop pursuing what he needs that evolved you since you already show him the consequences. It is kinda funny but my father is not a risk taker." Ammar menggeleng dan membuka butang vestnya.
"I have to deal with my mother."
Ammar memandangku. "My lawyer will take care of it."
Aku diam di situ. Seolah segala kesulitan yang kami hadapi hampir sahaja pulih namun hubungan kami masih tergantung.
"What about our parent's affair?" Aku buka isu itu.
"My dad won't marry your mom since shes unable to give what he needs. Theres no such thing of love in his principle. Its all about collateral for give and take." Balas Ammar.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you