You are fucking selfish..
Why would you make it all about you?
Kata-kata Ammar terngiang di fikiranku. Aku tidak mampu lagi untuk berdiri di sini. Aku juga turut rasa seperti aku tidak layak untuk bernafas.
Your fucking boyfriend is about to lose his mother.
Ariana dan Ammar sudah pergi meninggalkan kondo ini sebaik sahaja mereka keluar daripada bilikku. Lelaki itu tidak langsung memandangku semasa Ariana menarik tangannya.
Adakah aku mementingkan diri sendiri?
Betul. Aku tidak langsung bertanya pasal ibunya. Aku tidak langsung bertanya tentang perasaannya. Apa perasaan dia sebaik sahaja menerima panggilan daripada doktor tentang ibunya. Aku terlalu sibuk dengan perasaanku dan airmataku. Benar kata Ammar. Aku mementingkan diri sendiri.
Sebaik sahaja aku mengetahui kebenaran, dia tidak pernah meninggalkan aku. Dia sabar menungguku. Dia ada semasa aku panik menghadapi situasi ibu bapa kami. Tapi semuanya tentang aku. Tidak pernah tentang dia. Dia turut panik sehingga dia sakit. Dia juga gelisah apabila tahu tentang nasib kami. Namun apa yang dia fikir adalah untuk memastikan aku tidak terseksa. Dia hanya memikirkan tentang aku.
"I am selfish, Marc." tuturku tanpa sedar. Marc memang sedang duduk di sisiku daripada tadi di sofa sebaik sahaja Ammar pergi. Khai sekarang berada di bilik untuk menelefon Ariana kerana sudah hampir dua jam dan mereka masih belum pulang.
"What happened Mia?" Marc bertanya.
"I really struck a nerve. I dont deserve him."
Aku kecut perut mendengar kata-kataku sendiri. Adakah aku akan menyalahkan diri sendiri lagi?
"Kitaorang terkejut dengar the two of you upstairs." Khai sudah kembali ke ruang tamu. "I dont want to interfere but Ive never see Ammar cried like that."
Aku memejam mata rapat. Tangisannya tadi menusuk hatiku. Seolah aku tidak mampu nak mengingatinya kerana tangisan itu adalah kerana diriku.
"I blame myself too much didnt I?" Bisikku tanpa memandang mereka.
Khai merenungku lama kerana aku perasan pandangan matanya begitu juga dengan Marc.
"Maybe you tend to blame yourself at the wrong time. Some things are not in our control."
Kata-kata Khai menyentak dadaku. Aku menekup wajahku dengan kedua tangan.
"I messed up. I really do. Mia salahkan diri with a narrative that he wouldnt want me to be there for him because it was my mother."
"He never see her in you. For him, its just you. You are you." Khai membalas dan aku memeluk kedua kakiku di sofa itu. Perasaan bersalah untuk perkara yang tidak dapat aku fikir vmembuatkan fikiranku bercelaru.
"Dia dah tak nak dekat Mia kan? I dont think he no longer want me to go to UK with him." Bisikku dan memejam mata. Aku menarik nafas panjang dan fikiranku hanya nampak wajah Ammar.
"Dont add that narrative. He will always want you. Maybe it was you who always think he would want otherwise. I mean Mia, look past all of this. He's always there for you." Khai mengingatkan. Marc menarik bahuku dan aku bersandar di bahunya. Kepalaku pening sambil aku mengangguk. Mengiyakan apa yang dikatakan oleh Khai.
"But tonight, I truly broke him. I never thought I am capable of that."
Khai tertawa kecil. "Mia, the more we love someone, the higher the capability for that person to break us."
Aku terdiam mendengar itu. Tubuhku terus terjaga apabila melihat kelibat Ammar memasuki perkarangan rumah dan di ruang tamu ini. Ariana mengekorinya daripada belakang. Dadaku berombak kencang melihatnya dan hatiku luluh apabila matanya tajam melihat aku di sofa. Dia menggeleng perlahan kemudian ke arah Marcus di sebelahku. Aku perasan yang Marc masih merangkul bahuku.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you