64th

189 11 1
                                    

Mia's POV

Seluruh badanku terasa seperti dihempap konkrit dan pedih dengan kesakitan. Wajah ibu yang berang muncul di hadapanku dan aku tidak dapat menahan tangisanku. Aku ingin lari daripadanya. Aku ingin melarikan diri daripada tempat ini dan berteriak sekuat hatiku.

"Ibu! Let me go. Please!" Aku menjerit sekuat hatiku dan merasakan kedua lenganku digenggam kuat membuatkan panikku mencanak naik.

"Let me go!!" Suaraku cukup nyaring dengan tangisan yang mendesak.

"Mia! Wake up. Babe, you are okay now. Please."

Satu suara yang cukup aku kenali kedengaran membuatkan tangisanku menjadi perlahan sebelum aku membuka mataku. Aku bermimpi dan dadaku berombak naik dengan air mata membasahi mungkin seluruh wajah dan rambutku yang melekat di leher. Aku menarik nafas seolah-olah aku baru keluar daripada tenggalam di lautan dan wajah lelaki itu muncul di hadapanku.

Bibirku menggigil dengan tangisan sambil mataku meliar melihat dimana aku sekarang. Namun panik masih belum hilang di dadaku membuatkan aku menggeram kesakitan dan menangis lagi.

"Babe. I'm here. You are okay. Please." Suara Ammar berbisik di telingaku apabila dia memeluk diriku rapat. Aku meraung di lengannya dan memejam mata rapat. Aku tidak dapat mengawal perasanku.

Aku menolaknya di bahu,  menekup telingaku rapat dan cuba mengawal raunganku namun jeritan dan suara ibuku menguasai mindaku kini. Ammar cuba menyentuhku sekali lagi namun aku menepis pantas.

"Babe." Suaranya garau dan tertekan. Raunganku masih tidak dapat dihentikan membuatkan dadaku sesak dan mataku bengkak. Tiba-tiba seseorang berkot putih mendekati dan mencucuk sesuautu di lenganku membuatkan aku panik dan ingin meloloskan diriku dengan jeritan.

"Miss Mia, you are okay now. You are safe. We are doing this to calm you down. You are safe miss." Suara lelaki yang aku kira doktor itu singgah di pendengaranku. Aku ingin menjerit namun tubuhku mula terasa seolah aku sedang melayang dan lemah. Perlahan-lahan mataku terpejam rapat.

___________________________________________

Ammar's POV

Aku meraup wajahku dan menekup mulutku menahan perasaanku apabila melihat gadis itu di katil. Matanya terpejam rapat namun keningnya bertaut. Wajah pucat dan lesu dengan luka di bibir dan pipinya.

Mendengar tangisan dan jeritannya tadi, aku mampu rebah di lantai wad ini dan menangis semahuku melihat keadaannya. Jeritannya jelas mempamerkan ketakutan dan panik yang membuak membuatkan mataku terpejam pedih.

Pintu wad ini terbuka dan terpamer Ariana, Marc dan Khai. Aku merenung mereka dan mula menekup mataku kerana tangisan mula muncul di bibirku.

"Oh Ammar." Ariana mendapatkanku dan memeluk bahuku pantas.

"She's screaming so hard just now Ari. I don't know what go do. She's scared for life and i can't bear it." Bisikku dalam tangisan. Ariana menepuk belakangku dan mengangguk. Marc dan Khai mengambil tempat di sofa sebelah dan terdiam.

"How is she now?" Tanya Khai.

Aku menunduk dan mengelap mataku sekilas. "Doc inject her to calm her down." Khai mengangguk dan terdiam.

"We caught all of the perpetrators. Mashitah is in 42 hours investigation." Marc bersuara dan membuatkan aku mengangkat wajah memandangnya.

"We have to put her behind bars." Ungkapku tegas. "Find evidence if Rikkard is behind this as well."

Marc mengangguk sebelum matanya berkalih ke arah Mia di katil. "For her."

Ariana melepaskan pelukannya di bahuku dan memberiku renungan kerisauannya. Aku menggengam lengannya sekilas dan berdiri daripada sofa itu mendekati katil Mia. Aku merenung wajah gadis itu dan dadaku mula berasak sekali lagi dengan emosi.

Painful LoveWhere stories live. Discover now