37th

349 28 2
                                    

Guys, it's called Painful Love for a reasonnn :,)

*back at the condo*

"Jangan jadi bodoh nak lawan aku. Kau dengan mak kau memang keturunan yang suka menyusahkan orang. Aku yang bangunkan segalanya. Atas usaha aku!" Suara Tuan Rikkard bergema di seluruh kediaman itu.

Ariana mengesat airmatanya disebelah Aunt Rossa, ibunya. Keadaan di kondo ini sungguh kacau bilau. Dia memandang sepupunya yang berdiri tidak jauh daripadanya. Wajah Ammar nampak terkesan sekali dengan raut menahan emosi dan amarahnya.

"Kenapa kurang ajar sangat ni? Ini anak kau lah. Apa masalah kau ni Rikkard?" Encik Zamrul, ayah Marc menyampuk dengan geram. Geram dengan apa yang dia saksikan sekarang. Sampai macam ini sekali lelaki itu sanggup mempergadaikan keluarganya?

Marc berdiri jauh daripada mereka semua. Biarpun dia hanya sepupu kepada belah Ariana namun dia juga turut terkejut apabila sesi berkumpul bersama keluarga pada hari ini boleh menjadi sebegini rumit. Fikirannya melayang kepada Mia yang bersendirian di rumah. Hatinya tidak tenang.

"Tak payah lah nak masuk campur." Bidas Tuan Rikkard. "Korang semua lupa ke? Aku yang bagi korang semua ni kerja. Kalau tak sebab aku, anak kau tu tak dapat lah nak masuk law school Zamrul. Kau, Rossa. Perniagaan kau takkan berjalan sampai ke hari ini kalau bukan aku yang taja hampir 50 peratus." Tuan Rikkard kedengaran sinis sekali. Encik Zamrul dan Aunt Rossa keduanya terdiam namun dalam hati sangat sakit mendengar kebongkakan lelaki itu di depan mereka.

Ammar meraup wajahnya dan menjegilkan mata kepada ayah kandungnya itu. Lama dia bersabar dengan orang tua itu. Hatinya seolah ingin pecah dan jiwanya berkecamuk. Wajah ibunya bermain di fikiran.

"Kalau nak kahwin lain sangat, bagi Ammar syarikat tu. I've been working for it almost 3 years already. I am capable enough." Ammar berkata dengan nada tenang. Cuba menahan segala tindakan yang bermain di fikirannya.

"Do you think I'm stupid? Kau dengan mak kau bukan boleh uruskan syarikat itu! Eah aku bagilah share of stocks dekat engkorang." Tuan Rikkard berang.

"You almost killed her and you want to take everything away from her?! She was the one who gave you everything. You were once just a penniless man begging for her to marry you! How shameless can you be?" Ammar meninggikan suaranya. Dia sudah tidak boleh menganggap lelaki itu sebagai ayahnya lagi. Seolah dia tidak mengenali lelaki itu. Ataupun memang daripada awal dia tidak tahu siapa ayahnya selama ini.

Tuan Rikkard merenungnya anaknya dengan tajam. Egonya tercabar. Berani Ammar mempersendakan dia?

"Kau tengok. Korang tengok cara mak dia besarkan dia? Jadi anak kurang ajar!" Tuan Rikkard menuding jarinya ke arah Ammar. Ariana menggeleng kepala tidak percaya melihat bapa saudaranya ini.

"Mak kau yang tak nak lepaskan aku! Eah aku bila-bila masa boleh ceraikan mak kau lah. Dah macam mayat hidup!"

Ammar meluru ke arah ayahnya dengan pantas dan ingin melepaskan tumbukan. Encik Zamrul pantas menarik jejaka itu menghalangnya daripada menumbuk Tuan Rikkard. Ariana dan Marc pantas mendekati dengan cemas.

"Kau memang tak guna!" Suara Ammar berdentum mengejutkan mereka. Ariana mendapatkan sepupunya dan memandang Marc. Bergetar bibir gadis itu menahan sebaknya melihat derita di mata Ammar.

Tuan Rikkard memandang sahaja anaknya tidak berperasaan. Tanpa bicara, dia berlalu daripada situ.

"Ammar. Calm down. It's alright. We are here. We are here for you." Ariana memegang kedua bahu Ammar membuatkan jejaka itu memandang wajahnya. Sekali itu juga Ammar memejam mata seolah kesakitan. Dia tunduk dan sebak kecil bercampur amarah keluar daripada bibir lelaki itu.

Ariana merangkul leher Ammar membiarkan lelaki itu melepaskan segalanya. Dia telah lama bertahan sendirian selama ini. Encik Zamrul menepuk belakang Ammar bersama Marc di sisi.

"Come. Let's get out from here." Ariana memujuk sambil melepaskan rangkulannya. Tangan Ammar ditarik perlahan dan mereka bersama Marc keluar daripada ruang tamu itu ke ruang parkir kereta di luar.

Sebaik sahaja mereka bertiga di luar, Ammar menarik nafas panjang dan meraup wajahnya. Ariana memerhati dengan risau dan Marc terdiam sahaja.

"Ammar-" Ariana memanggil.

Kata-kata terhenti apabila Ammar mengangkat telapak tangannya sambil sebelah tangan memicit dahinya. "It's okay Ariana. I'm fine." Potong Ammar seolah tahu apa yang bakal dikatakan sepupunya.

"This is so messed up." Kata Ariana dengan sebak. Marc memerhati Ammar tanpa kata-kata. Fikirannya sarat dengan pelbagai perasaan. Ini rupanya sebab Ammar meninggalkan Mia. Marc memejam matanya.

I will never stood a chance. Bisik Marc di dalam hatinya.

Ammar diam dan perlahan-lahan memandang wajah Ariana. Pamer riak risau di raut muka Ammar.

"You already told her?" Ammar cemas mendekati Ariana. Gadis itu mengangguk dalam sebak.

"Kenapa kau tak bagitahu awal-awal?" Marc menyampuk.

"What should I do?! I should greet her and told her your fucking mother had an affair with my father and fucked everything up?! Should I told her like that? I can't even put a word on this shit." Ammar membalas dan memegang kedua sisi kepalanya. Dia mengawal pernafasannya tidak mahu serangan panik muncul lagi. Namun dadanya berasak dengan rasa cemas apabila terbayang wajah Mia. Mukanya merah membahang.

"She's been miserable when you left her Ammar." Ariana berkata membuatkan mata Ammar terpejam rapat.

"It's better that way. It is better if shes in pain thinking about how cruel I was to her rather than blaming herself for every fucking thing." Ammar bersuara.

"What do you mean?" Marc bertanya tidak mengerti.

"She's gonna blame herself. Starting now knowing that it's her mother." Ammar meraup wajahnya.

"How would you know that? Maybe she'll confront you and want to make it work. She loves you and we all already know your father and her mother's relationship does not compare to what you guys had." Ariana cuba beriak positif dan memegang bahu Ammar lembut.

"No. I knew her. She will take the blame a-and she's gonna give up on me." Suara Ammar terbias dengan kepedihan. Tiba-tiba dia pantas menuju ke keretanya tanpa memandang lagi Ariana dan Marc di sisi.

"Ammar! Where are you going?!" Ariana melangkah pantas mengekori Ammar.

"Just give her space for a while Ammar. She's not taking this issues very well." Marc pula berkata menyebabkan Ammar terhenti di pintu keretanya yang sedia terbuka.

"More of a reason why I have to see her now." Ucap Ammar dan terus masuk ke perut kereta dan memulakan enjin. Deruman keretanya memecah kesunyian dan pantas memecut keluar daripada perkarangan kondo itu.

Ariana melihat ia hilang daripada pandangan.

"What will happen to them Marc?" Bisik Ariana. Marc mengeluh lama. Dia menggeleng kepala dan tidak menjawab.

Painful LoveWhere stories live. Discover now