Langkah lemah dan fikiranku melayang. Kunci pintu rumah dibuka perlahan memaparkan kediamanku yang gelap dan kosong.
Gelap
dan
Kosong..
Itu apa yang aku rasakan sekarang. Dress biru paras lutut itu masih lagi tersarung di tubuhku dan rantai rama-rama itu sudah dilingkar pada leher jinjangku. Namun perasaanku masih sama. Kosong...
Lampu dibuka dan aku merebahkan tubuh ke sofa.
Aku menatap pasu bunga kecil di meja ruang tamu lama. Perlahan-lahan air mata turun dan akhirnya menjadi tangisan yang tidak tertahan.
Menggenggam rantai di leher,tangisan Mia masih di situ sehingga dia terlena dengan air mata.
Akhirnya... dia betul-betul berseorangan.
_________________________
"Mia?"
Tubuhku ditolak lembut menyebabkan aku terjaga dari lena. Mataku terasa berat untuk dibuka dan kepalaku terasa pening.
"Mia.." bahuku digenggam lembut dan akhirnya mataku terbuka sepenuhnya memaparkan wajah yang sudah sekian lama aku tidak lihat.
"Ibu..."
Puan Masturah terkejut melihat wajah anaknya yang sembab dan tidak bermaya. Dia baru sahaja tiba di Malaysia pagi itu untuk memberi kejutan kepada anaknya. Dress biru yang tersarung pada tubuh Mia diteliti sebelum kembali merenungnya risau.
"Kenapa ni?" tanya Puan Masturah.
"D-dia tinggalkan Mia. D-dia-" tidak sempat menghabiskan kata, anak gadisnya hanyut dalam tangisan.
Puan Masturah terdiam. Dia? Siapa dia?
__________________________
"Makan lah sikit." Puan Masturah menegur anak gadisnya yang masih merenung makanan di pinggan tetapi tidak langsung menyentuhnya.
"Mia... Ibu risau dengan Mia ni tau. Ibu tanya tak nak cerita. Jadi makan sikit."
Mia menyuapkan spagetti itu dan mengunyah perlahan. Setiap tingkahnya diperhatikan ibunya risau.
"I miss you ibu." bisik anak gadisnya.
"I miss you too. So tell me what is going on." pujuk ibunya.
Mia hanya menggeleng perlahan dan meneruskan kerja mengunyahnya.
"Ibu tak perlu risau lah. It will gone. Soon." Mia memandang ibunya dan wanita itu dikejutkan dengan matanya yang berair.
"W-well.. if you say so.." kata ibu perlahan.
"Mia naik dulu ye." Dia meminta diri dan meletakan pinggan di sinki untuk dibasuh.
Di bilik dia mencapai handphonenya dan mendial nombor itu.
The number you had dialed is unreachable.
Keluhan berat di lepaskan sebelum dia melilau ke biliknya. Dia mendail lagi dan jawapan masih sama. Rama-rama pada rantai tersebut digenggam lama dan bibir bawahnya digigit menahan tangisan yang mungkin akan meletus sekali lagi.
__________________________
"Life must go on."
"Life must go on."
"Life mussst goooo onn."
Mantera itu dibisikkan ke telingaku berjuta kali menyebabkan aku mengeluh perlahan. Lelaki itu aku jeling sekilas sebelum kembali mengelamun.

ANDA SEDANG MEMBACA
Painful Love
RomansaYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you